KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 14 June 2015

EDISI KASI BONGKAR SAMPAI TERBURAI ... AHLI MAJLIS DAP TERKANTOI FITNAH KARYAWAN UTHAYA SANKAR SB.



Pada 14 Jun 2015, sekitar pukul 8:25 pagi, seorang rakan mengirim mesej peribadi menerusi laman rangkaian sosial Facebook.

Katanya, seorang individu bernama Satees Muniandy (https://www.facebook.com/satees) memaparkan perkara-perkara buruk mengenai saya di Facebook.


Saya melayari laman Facebook milik Satees dan terkejut membaca perkara yang dipaparkannya. Satees ternyata berniat jahat dan mahu menyebarkan fitnah bagi mencemarkan maruah serta nama baik saya.


Ahli Majlis DAP fitnah karyawan Uthaya Shanker SB

Satees menulis bahawa dia mencari maklumat mengenai diri saya di Wikipedia.

Dia memaparkan foto skrin yang kononnya memuatkan biodata diri saya. Kandungan yang dipaparkan itu memberikan gambaran buruk mengenai saya sebagai seorang individu dan penulis.


Saya segera melayari Wikipedia iaitu pautan https://en.wikipedia.org/wiki/Uthaya_Sankar_SB. Saya mendapati paparan sebenar di Wikipedia tidak sama dengan laman palsu yang dipaparkan dan dikongsi oleh
Satees di Facebook.



Ahli Majlis DAP fitnah karyawan Uthaya Shanker SB-

Maka, kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, Satees sendiri telah berusaha menyunting entri Wikipedia itu dengan niat memfitnah saya serta menjatuhkan maruah saya di mata orang ramai.

Kecuali dapat dibuktikan sebaliknya, Satees sendiri telah mengambil foto paparan laman Wikipedia yang sedang/telah disuntingnya itu dan dia sendiri telah berkongsi foto itu di Facebook bagi mencemarkan maruah saya serta memfitnah saya.


Berikut antara fitnah yang dilakukan oleh Satees menerusi paparan foto Wikipedia palsu itu:


1 – Memfitnah saya dengan menulis “Due to difficult past (mother crippled and drunkard dad), he grew up hating people.”


2 – Memfitnah saya dengan menulis “He was known to be a social outcaste with no friends.”


3 – Memfitnah saya dengan menulis “He is also the founder of malaysian indian kama sutra magazine.”


4 – Memfitnah saya dengan menulis “He spent many years at Henry Gurney (Juvenile) school Melaka between 1990 to 1994 for sexually assaulting a fellow classmate.”


5 – Memfitnah saya dengan menulis “It was also reported that he raped his english school teacher, resulting in him not learning english.”


6 – Memfitnah penduduk Aulong Lama, Taiping, Perak dengan menulis “He grew up in a village (Aulong Lama in Taiping, Perak) where the majority were registered sex offenders with serious criminal histories.”


7 – Memfitnah akhbar theSun dengan mengatakan laporan di perenggan di atas (Perkara 6) disiarkan di akhbar berkenaan pada 16 Julai 2009.


8 – Memfitnah keluarga saya dengan menulis “His Dad went to prison after raping his own daughter, and his mother committed suicide.”


9 – Memfitnah saya dengan menulis “His criticisms on women working amongst men resulted in him going to prison again.”


10 – Memfitnah akhbar New Straits Times dengan mengatakan laporan di perenggan di atas (Perkara 9) disiarkan di akhbar berkenaan pada 11 Februari 2004.


11 – Memfitnah tiga individu dengan menulis “Kumareswaran’s wife Neta ran off with Uthaya.”


12 – Memfitnah saya, wartawan Dina Zaman, wartawan Rachael Philip dan akhbar New Straits Times dengan menulis “Dina Zaman calls him ‘stupidly blunt’ in an article she wrote in New Straits Times (4 July 2001) while Rachael Philip admits that he is ‘undeniably untalented’ in New Straits Times (28 August 2005).”


13 – Memfitnah saya, penulis Amir Muhammad dan akhbar The Edge dengan menulis “Amir Muhammad refers to Uthaya as ‘one of the least brightest pervert exixting’ in The Edge (19 November 2001).”


14 – Memfitnah saya dengan menulis “Uthaya’s particular gift lies in manipulating men thinking that he is a woman.”


15 – Memfitnah saya dengan menulis “He later changed his name to Uthaya Sangari.”


16 – Memfitnah saya dengan menulis “He has been one of the most prolific transgender in …”


Rujukan di Wikipedia membuktikan bahawa apa yang ditulis (disunting) dan dipaparkan oleh Satees menerusi Facebook adalah maklumat palsu yang tidak terpapar langsung di laman Wikipedia seperti didakwa oleh Satees.

Kecuali Satees mampu membuktikan sebaliknya, adalah nyata bahawa Satees sendiri melakukan suntingan itu (tetapi mungkin ditolak daripada siaran oleh Wikipedia) dengan niat memfitnah, menghina, mencemarkan nama baik serta menjatuhkan maruah saya dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.


Hasil carian di Internet pada 14 Jun 2015 menunjukkan bahawa Satees adalah “research and development bureau chief for DAP Socialist Youth” (The Malaysian Insider, 17 Februari 2015).


Hasil carian juga menunjukan individu yang tidak saya kenali ini merupakan “Seberang Perai municipal councillor … who is also the aide to DAP’s Prof P. Ramasamy” (The Malay Mail Online, 10 Julai 2014).


Saya ada ramai kenalan yang merupakan ahli dan pemimpin DAP. Malah, Penasihat Agung Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan), Datuk A. Samad Said (Pak Samad) menyertai DAP pada 13 Jun 2015.

Saya juga kolumnis ruangan sastera dan budaya di Roketkini milik DAP.


Tindakan individu seperti Satees membuatkan nama baik DAP tercemar. Rasa hormat saya terhadap pemimpin DAP juga terjejas. Bak kata pepatah Melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.


Saya berharap pihak berkuasa dan kepimpinan tertinggi DAP menyiasat kes fitnah ini dengan segera dan teliti. Saya mengharapkan laporan bertulis daripada DAP dalam hal ini.


Saya juga ingin mengadakan pertemuan dengan pemimpin atasan DAP bagi membincangkan isu ini sebelum orang ramai (termasuk saya) mula membenci dan menolak DAP.

______________________________________
Uthaya Sankar SB adalah penulis sepenuhnya. Beliau pengasas dan presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan). Uthaya boleh dihubungi di www.facebook.com/uthaya, uthayasb@yahoo.com.my dan 016-3288142.


KALAU PENYUMBANG KEPADA ROKETKINI TERGAMAK PUAK-PUAK INI FITNAH .. TIDAK BOLEH BAYANGKAN YANG TIDAK ADA SANGKUT PAUT DENGAN DAP.


16 comments:

  1. PKR TAK BETUL. DAP TAK BETUL. HANYA DAMACAI PAS SAJA YANG SUCI. OMAKKAU PRO UG NAMPAK SANGAT SAYANG PADA TUANG PRESIDENG.

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutnya ostad unkwnow belasah aki ali togel ni cukup2 pasal dia dah menyelewrng akidah.....percaya kepada nujum dan ramalan....nanti ramai kaki judi yg terpengaruh....bertindak cepat !!!

      Delete
    2. yakinlah semua umat islam pada tuan mahaguru sifu besar ahlul jumum lks dan anaknya khalifah besar lge....yakinlah dasar2 mereka utk membawa kita keluar dari kemelut duniawi kepada duniawi yg lebih baik...pangkat...kedudukan...semua boleh diuruskan...asalkan dengar dan taat pd jehendak tuan mahaguru...yakinlah sahabat2 ku

      Delete
    3. 2348...
      demo ni kaum wala'un keh?

      Delete
  2. Kalau fitnah g la report Polis ane..

    Ayo yo...

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tetap yakin pd tuan mahaguru sifu besar alnujum lim kit siang....no way tuan mahaguru silap....beribu tahun ulamak muktabar islam cuba kupas...tuan mahaguru boleh check mate dlm 3 hari jer...tak hebat???? kami tetap bersama tuan mahaguru.....

      Delete
  3. Penjilat najis dap d kesan berkeliaran...kah kah

    ReplyDelete
  4. Aku rasa nak terkentut2 bila lihat pemimpin baru pas yg suci terkebil2 bila jawatan hilang. Rasa nyesal pulak putus dengan dap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 21.13 memang patutpun PAS bermusuhan dengan DAP sebab DAP tu kapir. Parti Islam mana boleh berkawan dengan parti kapir.

      Delete
    2. aku lagi nk terkincit tgk org islam tapi xnak terima hukum islam...lbh suka makan babi dr mkn ayam....lbh suka pangkat dari kehendak rakyat islam...lebih suka pesta beer dari hukum islam...lebih suka tgkmelayu dgn mudah utk murtad dari memelihara akidah....opss dh kincit

      Delete
  5. bila macai bersuara. . nak ketawa pun ada . . benda yg xlogik pun digembar gemburkan . kecian macai dap. xde sape nak mendengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. DAMACAI PAS dah kerinduan. Lepas cerai talak tiga kini meroyan nak cari cina buta. Apa cara pun mesti kawin semula dengan DAP. Mana boleh tidur sorang2. PKR pun dah mula menjauhkan diri.

      Delete
    2. Nanti siapa nak bayar duit rumah. Kereta besar tak lama lagi kena tarik. Celaka betul dap ni.

      Delete
  6. ayoyo...amma appa.....berapa banyak fitnah daaa.... tapi takpe nanti kita saman fitnah100 juta...kaya kaya.....

    ReplyDelete
  7. Asalkan ada DAP pada hujung nya pasti jadi berita sensasi....Kesian omakau...

    Dinasihatkan, baliklah ke Thailand dapatkan pil kuda bagi menenangkan fikiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal ada hak org islam jer kt hujung pasti kepanasan......terkentut2

      Delete