KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 18 June 2015

MANA SATU BETUL NI???? .... LIM GUAN ENG KATA PR SUDAH BERKUBUR TETAPI LIM KIT SIANG PULA CAKAP DAP TIDAK PERNAH BUAT PENGUMUMAN.



Dah macam serabut DAP nampaknya ... anak kata Pakatan Rakyat sudah berkubur dan 2 hari kemudian bapanya cakap DAP tidak pernah membuat pengumuman untuk menamatkan riwayat Pakatan Rakyat.

Dalam tempoh 2 hari boleh berbeli membuat kenyataan dan pengakuan.

16 Jun 2015 :- Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat malam tadi memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud.

Dalam kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pakatan Rakyat ditubuhkan pada 1 April 2008 sebagai respon bersama oleh DAP, PKR dan PAS untuk memenuhi aspirasi rakyat yang ingin melihat perubahan politik di Malaysia berikutan tsunami pilihan raya umum pada 8 Mac, 2008.

“Ia mendorong pimpinan DAP, PKR dan PAS untuk membentuk Pakatan Rakyat dengan beberapa prinsip yang dikongsi bersama,” katanya.

“Namun, ekoran beberapa insiden sepanjang tahun lalu, termasuk krisis Menteri Besar Selangor, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabuli keputusan yang telah dicapai di peringkat Majlis Pimpinan mengakibatkan muafakat sedia ada hampir lumpuh.

“Keadaan Pakatan Rakyat yang hampir lumpuh ini direncatkan lagi dengan kerelaan Abdul Hadi membentuk sebuah kerajaan perpaduan bersama Umno serta sokongan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,” katanya.


18 Jun 2015 :-  Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menegaskan bahawa parti itu tidak pernah membuat pengumuman untuk menamatkan riwayat PR.

Kit Siang, bagaimanapun tidak menjelaskan parti mana yang harus dipersalahkan dalam isu tersebut.

“DAP tidak pernah membuat keputusan," katanya ringkas kepada pemberita di perkarangan Parlimen hari ini.‎

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyifatkan tindakan DAP mengumumkan penamatan PR adalah tergesa-gesa.

Sementara menyentuh mengenai isu kerajaan Selangor Kit Siang berkata, dia menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

“Itu terpulang kepada perkembangan yang akan berlaku, dan lebih baik pemimpin-pemimpin di peringkat negeri Selangor yang  membuat ulasan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dilihat menjarakkan diri daripada menjawab spekulasi berhubung usaha Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) yang mahu menubuhkan sebuah parti baru.

Beliau dilihat tidak mahu mengesahkan sama ada parti baru itu akan membentuk satu pakatan rakyat baru yang akan menggabungkan kerjasama dengan dua lagi parti iaitu DAP dan PKR.

“Siapa yang cakap? Saya tidak melayan apa orang sangkakan?,".

“Saya masih belum berjumpa Pasma, jadi saya tidak boleh sebut ada di dalam DAP yang sudah jumpa Pasma," katanya.

Sementara itu, beliau juga dilihat tidak mahu menjelaskan kedudukan sebenar DAP dan Pas di Selangor walaupun sudah ada pihak mendesak kedua-dua parti itu berundur daripada Selangor selepas tamatnya gabungan pakatan rakyat.

“Saya belum baca itu, jadi lebih baik awak tanya Datuk Mahfuz apa ertinya (mendesak Pas dan DAP menawarkan diri daripada berundur di Selangor)?," katanya.

Malah ditanya adakah wajar pembubaran Selangor dibuat segera memandangkan politik Selangor yang semakin bercelaru, Lim bagaimanapun sekali lagi menegaskan keputusan pembubaran itu perlu diserahkan kepada Azmin.

“Saya rasa soalan itu lebih baik dijawab oleh Selangor.”

12 comments:

  1. CINABENG DAPIGS MEMANG KAKI TIPU

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  2. hoiii...klu ulamak mulia kami...tuaq guru sifu besar ahlul nujum dah ckp pr belum mati.....maka yakinla...kami teguh dibelakang tuaq guru

    ReplyDelete
  3. Murshidul am roket Penang mari yg dipandang suci oleh jebon Dan babboon.

    ReplyDelete
  4. Apa susah,pgil ostat jampi kasi minum buleh setel semua.kahkahkah.elok.kalit jd ketua umum pkr,abis semua duit kasi pada fekah.kahkahkah

    ReplyDelete
  5. Sapa surah percaya kepada dap

    ReplyDelete
  6. Tunggu tuang presideng balik dari jepung

    ReplyDelete
  7. kan berbeza antara pandangan dengan pengumuman. Fahami sikit.

    ReplyDelete
  8. DALAM MUKTAMAR PAS KATA PUTUS DENGAN DAP. MASIH NAK BUAT U TURN KE?

    ReplyDelete
  9. Sebelum muktamar parti suci buat bising tak mau kerjasama dgn parti kapir tolak hudud.
    Akhirnya kena kencing dgn parti Melayu yg ngaku Islam. Hudud entah di mana.

    ReplyDelete
  10. Ameno !!! mana janji nak lulus hudud. Kesian pas. Sana sini ditertawa kawan dan musuh.
    Mokhtar Senik dah kecut telor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pulak umno janji nak buat hudud.. Tak pernah dengar pun.

      Delete
  11. cepat dap istihar bercerai dengan senang je, padan muka tahu malu dap ini, kalau selangor undang2 macam p.p dah lama dah kena pilihanraya dun sebab pr tak kuasai mejoriti dinegeri ia. pas dan dap Kawan lagi dengan dap itu, dap itu kan parti macai

    ReplyDelete