Wednesday 24 June 2015

PENIPUAN JUTAAN RINGGIT HARTANAH MARA DI MELBOURNE .... AKHBAR HARIAN AUSTRALIA MENAMAKAN PENGERUSI DAN CEO MARA INVESTMENT BERHAD ANTARA YANG TERLIBAT.



Bekas ADUN UMNO yang menjadi pengerusi MARA Investment Berhad Datuk Mohammad Lan Allani, Ketua Eksekutifnya Datuk Halim Rahman dan dua ahli perniagaan Melayu telah dinamakan dalam dakwaan penipuan jutaan ringgit hartanah MARA di Melbourne.

Dalam satu laporan eksklusif semalam, akhbar harian Australia, The Age mendakwa bagaimana A$4.75 juta (RM13.7 juta) dalam bentuk sogokan diambil daripada urusniaga hartanah A$22.5 juta (RM65 juta) itu pada tahun 2013 dan kemudian didakwa disalurkan balik ke Malaysia.

Penyiasatan selama lapan bulan oleh The Age dilakukan selepas urusniaga perjanjian hartanah yang luar biasa mahalnya itu, telah mengejutkan pasaran.

Siasatan juga dilakukan berikutan peningkatan kebimbangan mengenai dana asing yang mengalir ke dalam pasaran hartanah dan kebimbangan bahawa Australia telah menjadi pusat pengubahan wang haram.

Siasatan itu mengesan aliran wang yang mencurigakan, dokumen mahkamah dan rekod korporat di Australia, Malaysia dan Singapura untuk mendedahkan mengapa hartanah itu, Dudley International House di Melbourne, begitu mahal.

Siasatan tersebut kemudian mengaitkan urusniaga itu dengan pegawai kerajaan Malaysia yang didakwa sengaja membayar 20 peratus lebih daripada harga yang diminta, dakwa Laporan The Age.

Laporan itu menunjukkan aliran wang tambahan (RM13.7 juta) dibayar oleh pemaju Dudley House bagi perkhidmatan yang didakwanya tidak wujud, termasuk 'nasihat profesional' dan fi 'perundingan dan khidmat nasihat'.

Empat rakyat Malaysia telah dinamakan ekoran penyiasatan tersebut.

Pengerusi MARA Investment adalah bekas ADUN Sulabaya dan bekas bendahari UMNO bahagian Semporna.

The Age mendakwa, ia telah menghubungi Mohammad Lan yang berkata tidak dapat ingat urusniaga itu walaupun mengunjungi Melbourne untuk memeriksa hartanah tersebut pada bulan Mei tahun lepas.

Bekas ADUN itu, dakwa akhbar tersebut, mengakui beliau terlibat dalam menubuhkan syarikat-syarikat luar pesisir di kawasan perlindungan cukai sebagai satu cara 'mudah' untuk menjual hartanah yang dibeli oleh kerajaan Malaysia.

Bekas ahli politik itu, bagaimanapun, meletak telefon ketika ditanya mengenai dakwaan sogokan yang dikatakan itu, lapor The Age.

Ahli perniagaan Malaysia Yusof Gani dan Ahmad Azizi pula telah digambarkan sebagai pemaju 'misteri' dan berprofil rendah dalam projek usaha sama pembangunan Dudley House.

Rakan-rakan Australia mereka adalah pemaju Chris Dimitriou dan Peter Mills.

5 comments:

  1. Beli nak simpan lembukah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha......
      Dah biasa siapa tak tahu dun ke ahli umno ke memang kaki rasuah kaki samun sejak dulu lg....gaji berapa???? Kenapa kaya raya??? Cuba jawap??? Adakah wang jatuh bumbung rumah ahli umno??? Ketamakkan umno sudah terbukti sampai mati tak akan mengaku kecuali terbukti, namun tetap lepas sebab umno berkuasa. Jadi tumbang umno kita rakyat lihat berapa byk umno samun!!. Sebab tu umno akan guna cara kotor utk menang ,namun kalau rakyat bersatu tumbangkan umno pasti terkubur....

      Delete
  2. Mana ahmad maslan dan hasan malek? Kah! Kah! Kah! Kah!

    ReplyDelete
  3. satu lagi kegagalan projek penternakan ahmad maslan dan hasan malek. kah! kah! kah! kah! pundekar bugis buat muka tembok lagi! kah! kah! kah! kah! tiang lampu berskirt tak bernafsu ke? kah! kah! kah! kah!

    ReplyDelete
  4. Pegawai kerajaan takkan terlibat ngn rasuah puluh2 juta nih kalu bkn arahan menteri dan ahli politik...taktau laa lpas nih ade pegawai kerajaan kene jadi kambing hitam plak..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...