KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 21 June 2015

PESERTA PERHIMPUNAN KHAS MIC DIBAYAR?????



Terdapat dakwaan mereka yang menghadiri Perhimpunan Khas MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dibayar.

Beberapa orang awam yang berpakaian putih bertulis ‘Saya sokong G.Palanivel’ dan menggantungkan tag ‘sukarelawan’ yang didekati memberitahu mereka hadir kerana dijanjikan wang, makan tengah hari dan minum petang.

Seorang lelaki yang enggan membenarkan namanya ditulis mengakui dia dibayar RM50 untuk hadir ke perhimpunan itu.

Apabila ditanya siapa yang membayarnya, lelaki itu menjawab, “Kawan yang bawa, kawan yang bayar.”

Manakala seorang lagi wanita yang dikenali sebagai Saraswathy mendakwa dia dijanji dibayar RM50 seorang untuk menyertai perhimpunan itu.

“Saya bukan ahli MIC atau mana-mana parti. Mereka beri makan tengah hari tetapi oleh kerana sangat lapar saya mencari kalau-kalau minum petang disediakan. Kami semua sangat lapar,” ujarnya yang dibawa bersama 40 orang rakan yang lain dari Padang Jawa, Shah Alam.

Ketika ucapan Jawatankuasa Tertinggi MIC sedang berlangsung di dalam dewan Tun Hussein Onn, kelihatan warga emas, wanita termasuk kanak-kanak berlegar di luar dewan.

Sebelum ini, Palanivel bersama pemimpin yang lain menyangkal mereka yang datang telah dibayar.

Sebaliknya kehadiran peserta dan perwakilan berkenaan atas semangat menyokong Presiden MIC dan kepimpinan beliau.

9 comments:

  1. Peluang terbuka .......... inilah masa terbaik utk puak2 yg kalah dan kecewa dlm PAS utk berhijrah beramai2 dan menyusup masuk serta daftar sbg ahli Mic .......... pakat2 buat rancangan utk rampas jawatan Presiden dan ajk parti mic pastu gabung dan kukuhkan PR dan tetapkan hala tuju sbg mana direstui oleh tuan guru khalifah LGE dan LKS almaksumi ............... kerja2 ni lebih berfaedah dpd dok buat onar dlm PAS ......... DHPP N Bala pun dah bagi tahu mana yg tak setuju dgn PAS boleh masuk je DAP atau PKR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka orang la nak buat apa pun...nak masuk parti mana atau tubuh parti baru. Engkau lebih baik pegi jilat bontot Haji Hadi sebagai amalan mulia berbuka puasa mazhab WALAON kah kah kah....

      Delete
    2. Itu hari wala'on pakai baju saya sokong sotong

      Delete
  2. Mereka belajar dari parti apa .......sekutu dia lah....

    ReplyDelete
  3. MIC ni belajar taktik ni dari Parti Suci PAS.

    Parti PAS pakai baju KAMI SOKONG ULAMA.

    Parti UMNO pula pakai baju I LOVE PM.

    3 parti ini nampaknya mempunyai satu kesaksamaan dan berada dalam kelas bangsawan.

    Eloklah 3 parti ni bergabung.

    Satu parti pembelit, satu lagi parti penipu dan yang satu lagi parti siku lutut tikam kawan.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Bawak banner kami magu nurul nuha Jadi President MIC

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suruh bapak ko aje la
      Tak pun suruh emak engko ganti pelinivell

      Delete
    2. Macai bila kalah hujjah depa guna hujjah bapak , emak , bontot dsbnya ...... ini semua depa belajar dpd tuan guru LKS dan LGE ...... apa pun boleh walaupun ketika bulan puasa !

      Delete
  5. Eh2 pkr, dap, pasma tak ada baju love ketumkah..... Tipu siap ada kebab Anwar lagi.....
    Malah siap anjurkan pesta peluk anjing, pesta minum arak, Sokong LGBT.

    ReplyDelete