KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 23 June 2015

KETUA EKSEKUTIF IDEAS BIDAS KETUA AMK KERANA DESAK MALAYSIA TARIK DIRI DARI TPPA



Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) hari ini mengkritik kenyataan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berhubung gesaan supaya kerajaan Malaysia menarik diri daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata Malaysia seolah-olah meletakkan diri di kedudukan lemah sekiranya tidak menyertai rundingan TPPA kerana negara tidak akan tahu apa yang sedang dibincangkan dan tidak dapat mempengaruhi perkembangan rundingan.

Beliau menyarankan Nik Nazmi tidak memandang rendah terhadap pegawai negara dalam rundingan tersebut kerana mereka bukanlah dari kalangan yang hanya menurut segala arahan pihak Amerika Syarikat (AS), sebaliknya berusaha mempertahankan kedaulatan negara.

"YB Nik Nazmi menuntut supaya kerajaan membuat keputusan yang betul dan mempertahankan kepentingan dan kedaulatan negara kita. Tapi bagaimana kita hendak menjaga kepentingan negara kalau kita sendiri keluar dari bilik rundingan?

"Saya tidak nampak logik yang digunakan oleh YB Nik Nazmi," kata Wan Saiful dalam satu kenyataan hari ini.

"Jika hendak memastikan kedaulatan negara, maka yang paling baik ialah untuk kita kekal dalam rundingan supaya kita tahu perbincangan dalaman yang berlaku. Kalau kita tidak berada di dalam, maka kita hanya terpekik di luar tanpa mengetahui hujung pangkal."

Bagaimanapun, Wan Saiful menyokong pandangan Nik Nazmi AS menjalankan perundingan tersebut secara amat sulit sehingga menimbulkan rasa sangsi rakyat berhubung status dan perkara-perkara sebenar yang dirundingkan.

"Kelemahan yang ketara ini perlu diperbaiki segera. Kerajaan Malaysia tertakluk kepada persefahaman dengan semua negara-negara lain yang turut serta dalam proses rundingan dan kita mesti menuntut agar maklumat yang sesuai didedahkan kepada masyarakat," katanya.

3 comments:

  1. ye tak ye jugak..tengok menteri kewangan kita..CGPA 3.8 kot...xkan bodo....

    ReplyDelete
  2. Baca kembali.......

    Ketua Eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata Malaysia seolah-olah meletakkan diri di kedudukan lemah sekiranya tidak menyertai rundingan TPPA kerana negara tidak akan tahu apa yang sedang dibincangkan dan tidak dapat mempengaruhi perkembangan rundingan.

    Tidakkah perbincangan TPPA itu sudah berlarutan sehingga bertahun lamanya

    Wan Saiful Wan Jan perlu bertanya pada pegawai yang bertanggongjawab itu, apa mereka faham apa yang dibincangkan ?

    Atau ada kemungkinan TPPA itu akan menguntungkan segelintir pemimpin dalam kerajaan BN seperti projek Lynas di Pahang..... ?

    ReplyDelete
  3. TPPA buat Malaysia papa kedana macam MEXICO

    Orang orang Kampong Melayu jadi papa kedana lagi cepat

    Pelajari dari MEXICO

    Ini akibat Ketua Besar ada kes burok kena ugut terus BAHALOL

    ReplyDelete