Friday, 19 June 2015

TIADA SEORANG PEMIMPIN PAS DARI DULU KINI DAN SELAMANYA MENGATAKAN PAS ITU AGAMA ... SUBKY LATIF



DARIHAL seorang ADUN Selangor yang saya tidak kisah partinya berkata betapa PAS bukan agama seperti Islam, bahkan sebuah parti politik.


Memanglah PAS sebuah parti politik. Tiada pemimpin PAS mengata ia agama atau ia addin, kecualilah ahlinya yang mustakjilun. Orang mustakjilun tidak dikira jurucakap kumpulannya.


Akan tetapi PAS adalah parti siasah yang oleh ulama terkemudian menamakannya siyasah syariyah, yang berpolitik mengikut jalur Islam. Ulama yang demikian adalah ulama haraki – gerakan Islam. Ulama yang tidak haraki seperti Abu Zar. Rasulullah SAW dan khalifah tidak beri jawatan politik padanya. Ulama politik itu contohnya Saidina Umar al-Khatab, Khalifah Umar Abdul aziz.


Ulama yang tidak haraki kata Imam Khomeini ialah ulama haid dan nifas.


Ulama haraki mengira gerakan Islam adalah antara jamaah Islam. Hadis yang bersumber daripada Huzaifah al-Yaman bermaksud kira-kira seorang Islam hendak berada dalam jamaah Islam. Jika tiada jamaah Islam dalam masyarakatnya hendaklah dia mencarinya. Jika tidak jumpa, hendak dia membentuknya.


Jika tidak ada, membentuknya tidak upaya, maka orang Islam itu lebih baik menggigit perdu kayu, tidak layak sama sekali menyertai jamaah yang tidak beraliran Islam.


Maka PAS bukan ganti agama Islam tetapi ia adalah jamaah Islam yang kewujudannya amat dituntut oleh Islam.


Maka sebagai jamaah Islam PAS bergerak atas dwi fungsi – politik dan dakwah. Sebagai parti Islam ia hendak mendaulatkan Islam dalam negara dengan melaksanakan aturan dan peraturan serta hukum-hukumnya.


Itulah sebabnya ia memandang hudud itu penting dilaksanakan, berbeza dengan politik orang Islam yang mengira hudud ada tak apa, tak ada hudud pun tak apa.


Sebagai badan dakwah ia berhasrat memperkenalkan Islam dan menegakkan ajaran pada diri seseorang, pada masyarakat dan bangsa dan pada negara mengikut jalur bukan politik.


Sebagai jamaah Islam berjalur politik ia tidak sama dengan parti-parti politik yang lain kerana ia berdakwah di samping berpolitik. Sebagai gerakan dakwah, ia tidak sama degnan badan-badan dakwah yang lain kerana ia berdakwah sambil berpolitik. Parti-parti politik lain tidak berdakwah dan badan-badan dakwah lain tidak berpolitik.


Sebagai jamaah Islam, ia tidak membuat syariat baru dan tidak bernabi baru. Ia berpegang kepada mazhab Syafie sambil meraikan fekah mazhab lain daripada ahli sunnah wal jamaah, sama seperti pegangannya dalam kebebasan beragama berpegang teguh kepada Islam sambil mengakui hak agama lain mengamalkan kepercayaannya.


Tentang orang PAS yang tidak ikut sangat apa yang partinya anjurkan, sama dengan ramai juga orang Islam yang mengaku nabinya Muhammad tapi tak solat, tak zakat dan tak puasa.


Sebagai orang Islam kita ikut apa yang Nabi ajar, buat apa kita ambil dan kira perbuatan orang maksiat sebagai perbuatan Islam. Sebagai orang PAS kita teladanilah orang-orang patuh pada apa yang parti dan ketuanya anjur, buat apa kita ambil tindakan ahli yang mustakjilun sebagai contoh dasar PAS.


Akan tetapi apabila menyertai seseorang akan PAS, banyaklah akhlaknya mengikut acuan jamaah dan pimpinannya. Yang mustakjilun adalah minima.


Kita akui kerja iblis adalah untuk menyesatkan sekalian anak Adam termasuk yang jadi PAS. Ramai yang tergoda dengannya. Tetapi ramai juga orang yang tidak dapat digodanya.

Mengapa kita tidak mahu jadi orang-orang yang tidak terikut dengan godaan iblis? Jadilah seperti orang yang tidak dapat digoda iblis dengan menyertai PAS yang menjadi sebahagian daripada perjuangan Islam dan PAS bukan agama yang lain tetapi jamaah yang tidak terpisah daripada Islam.

68 comments:

  1. Memang PAS itu bukan Agama.

    Tapi sekarang dah jadi macam Agama la pulak bila ianya dikuasai 100% oleh insan-insan suci.

    Sebab tu insan-insan suci ini boleh melabel sesama ahli dengan pelbagai gelaran yang buruk.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sham gila

      Delete
    2. DAMACAI PAS parti suci terdiri orang yang anti DAP. Eloklah tu. Parti suci mana boleh berkawan PKR. PKR kan tak setuju hudud ala pas.

      Delete
    3. Ya ka, setahu kami yang mulakan penghinaan ulamak adalah dap disokong pula oleh ketum serta pihak anwaris di dalam pas. Bila akar umbi surah bersihkan tidak puas Hati. Sibuk Nak bukak parti baharu.

      Delete
    4. KAKI PUSING dan KELENTONG LAGI

      Delete
    5. Barua-barua DAPig selalu menfitnah ulama-ulama yang dipilih rakyat untuk memimpin parti Islam PAS kerana barua-barua ini memushi perjuangan Islam. barua-barua ini mahu memecahkan undi Melayu untuk melemahkan Islam.

      Delete
    6. Anon 20:28 makin bijak membaca permainan politik cina, mereka skr telah berjaya mempecah belah menjadikan melayu kpd 4 parti.bukalah minda anda wahai melayu, cuba bayangkan parti² melayu ni pulak ambil alih PR.
      Ini cuma bayangan.. bayangkan apa yg terjadi pada parti² cina.. mesti cina² mengelupor masa tu baru dia tahu apa makna malay-sia.

      Delete
  2. Islam hanya satu cuma bangsa kita yang menghayati Islam dengan berbagai cara tersendiri. Sebenarnya itu di namakan.kefahaman ,tingkat atau maqam diri masing2. Jadi kefahaman macai tentang ugama tak sama le dengan pakar pakar ugama. Jadi elok macai tak payah komen sangat tentang benda benda yang kurang arif. Lebuh2 lagi bulan puasa ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai hanya patuh fatwa tuan gurunsifu besar nujum muktabar alnfadhil lks dan anak suci beliau lge

      Delete
  3. Logo pasma macam logo kedai mamak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak heran, umno ambik mamak jadi PM selama berapa puluh tahun tu. Umno juga ambik mamak jadi boss tabung haji, umno juga ambil mamak jadi boss amanah raya, umno juga ambil mamak jadi ketua setiusaha negara. Nasi kandar yang hangpa telan tu resepi asalnya dari mamak... so what wrong with mamak? Pengotor? Mungkin... tapi melayu pun apa kurangnya.

      Cuma aku sahaja bukan mamak sebab aku kurang gemar membezakan manusia dengan kumpulan etniknya. Walaupun sekali2 sekala terlepas cakap sebab ada etnik tu bodoh sangat hias nasi goreng dalam belanga.

      Eh eh bendera JALUR GEMILANG MACAM BENDERA AMERIKA SYARIKAT.

      Bendera PAS mcm bendera jepun cuma kaler lain.

      Delete
    2. Best reply ko geng, ada orng kita duduk bawah tempurung lagi

      Delete
    3. Pasma tak ada kena mengena dgn kemelut yg berlaku. Ulama suci pas yg buat onar biarkan mereka selesaikannya.

      Delete
    4. Mamak kaki tipu mcm anon 15.24

      Delete
    5. Mamak keturunan babi

      Delete
  4. Ulamak2 pembohong mcm Hadi dan Haron din pun ramai pengikut taksubnya sampai tahap wala' membuta tuli kpd manusia biasa. Melabelkan org dgn gelaran2 yg tak sepatutnya diucap seorg ulamak. yg tak sependapat dituduh kafir. Nama Allah dipergunakan sesuka hati dlm Pas utk menghalalkan tindakan buruk mereka.

    Takbir diucap tak kira tindakan presiden atau ulamak2 itu sdg memaki hamun, melabel dan memfitnah ahli sendiri. Spt ajaran sesat lagak mrk. Memalukan Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...hanya tuan gurunsifu besar nujum muktabar lks yg benar...yg lain semua ulamak pembohong...berpeganh teguhla dgn fatwa beliau demi mendpt undi2 cina

      Delete
    2. Ramai orang tegur akhlak buruk ulamak2 jahat dlm Pas kerana mrk memegang nama parti Islam tapi perangai serupa Yahud kafir. Bukan sebab nak sokong LGE ke PKR ke. Ulamak2 jahat dlm Pas memalukan agama dan orang Islam.

      Delete
  5. tak usah la Anon nak komen tentang ulamak. Awak yang menuduh orang sesat tu yang mungkin sesat. Kalau faham sikit2 tentang Islam jangan le nak komen macam standard Yusuf Qardawii pulak. Elok saje jaga Jumaat dan puasa sudah le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia yg malas berfikir sama taraf dgn lebai parti suci pas. Buat fitnah dan melebal orang lain semata2nak rampas jawatan dln pas. Aku tunggu ulama mana yg berani sentuh 1MDB...soal kejatuhan ringgit...soal wang yg lesap..soal pemerdagangan manusia...soal tol..

      Delete
    2. Awak, tak sesat ke kalau kata orng lain mungkin sesat,hebatnya awak setandard yusuf qardhawi, Awak dah banyak ilmu agama ke!!! amalan!!!,nak ikut pengikut kaum nabi musa(umat abid) lagi hebat amalannya,dari umat muhammmad ,mereka hidup 300-500 thn, tapi tiada jaminan syurga tanpa "Rahmat Allah".Orang komen ulamak "cakap tak serupa bikin"..Apa salah cakap ulamak mkn gaji buta,selalu ponteng parlimen..ada bukti!!!!Ulamak janji siap sign lagi ada saksi, tapi dia tikam belakang!!ada bukti,,,apakah ini faham sikit2 islam, orang kafir pun tahu orang macam ini ialah orang "HIPOKRIT"

      Delete
    3. Ulama sebenar mcm Yusof Qardawi tak masuk politik mcm ulamak2 Pas. Beliau tak memaki hamun, mencaci, mengkafirkan org Islam yg tak sependapat, memfitnah, putarbelit, melabel mcm2 lg. Tarbiah sesat Hadi diikut oleh pengikut2 taksub beliau. Memalukan Islam.

      Delete
    4. Tuan tuan nak terus mengumpat di bulan puasa teruskan le. Tapi nak ingatkan tuan2 mengumpat tu besar dosanya. Lebih lebih lagi mengumpat orang ugama. Dia bersalah antara dia dengan tuhan. Tapi tuan tuann pengumpat tu dapat dosa. Elok saje pergi berbuka. Tak payah puasa le.

      Delete
    5. Ye la anon 16:49..
      Nanti ust dtg rogol bini ko pon tak apa kan..itu dosa ust dgn tuhan...
      anon 16:49 relakan je....moron..

      Delete
    6. Hukum mana yang anon 1649... mengumpat boleh buka puasa? Sedangkan kalau membatal puasa pun kita dilarang makan walaupun perlu ganti puasa kecuali org yg uzur. Ulama tak ajar ke?

      Delete
    7. Ko memang tolol tak faham bahasa kiasan le.

      Delete
  6. PAS telah lama menyeleweng dari salah satu syariat islam...tatkala mereka mengadu domba..memfitnah dan memberi gelar yg aib kepada sipemerintah...masa berlalu..kini PAS sedang melalui jalan yg sebelum ini telah lama diterokai oleh sipemerintah ...Maha Suci Allahswt...tiadalah keadaan mereka lebih baik...lebih bermaruah..lebih berkuasa dari keadaan sipemerintah yg sering mereka hinakan...jemaahnya berpecah belah..segala kata2 kesat dikembalikan kepada para pemimpinnya (oleh jemaah dan rakan "tahalufnya")..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kembalila kpd.ajaran tuam guru sifu besar nujum muktabar u turn pr x mati...hanya belaiu harapan org islam...belaiu ulamak tdi anti islam...3 hari ziarah ke timur tgh dpt ilmu lebih byk dr ulamak2 lain...mari ikut tuan guru sifu besar nujum u turn

      Delete
  7. Setuju jangan burukan ulamak hanya kerana beberapa pemimpin pas yg buat salah tak kan kira pas tu besalah.
    hanya beberapa orang umno buat salah tak kan salahkn kerajaan sepenuhnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pengundi yg sangat kecewa dgn lebai2 pas. Amanah yg kami beri tidak dijaga dgn baik. PRU 14 nnt tiada lg undi untuk pas. Parti yg mengkhianat amanah kami. Matlamat kami utk tumbangkan umno tp lebai2 ni tumbangkan pemimpin yg banyak berjasa. Alasan kerana mereka berbaik dgn dap. Betul2 hamlauu...

      Delete
  8. Habis UMNO tak pernah mengadu domba ke. Lebih hina dari itu mereka berbuat. Lebih baik mehasabah diri dari muhasbah diri orang lain.

    ReplyDelete
  9. PASMA "lahir" dari sebahagian para pemimpin PAS yg berkiblatkan gerombolan "serigala lapar" yg diketuai oleh kalangan si kafir harbi...lalu mereka menarik keluar sebahagian dari jemaah PAS ... inilah seburuk2 kepimpinan yg bakal menjadi penaung kepada golongan yg sombong dan jahil

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko islam sangat ke!!ko konform ka masuk syurga" nabi kita yg berakhlak mulia,amalan yg baik,dan berkahwan dgn yahudi,nasrani, tak kata pun gerombolan serigala lapar. Nabi sendiri bila ditanya sahabatnya, betulkan ya rasulallah engkau pun belum tentu masuk syurga tentang amalan2 mu,rasulallah menjawab:Ya,Ya, Rasulallah bagaimana kita nak ka-syurga, Rasulallah menjawab: Hanya dgn "rahmat Allah".

      Delete
    2. Mana yang betul ni? Jebon atau serigala? Aku takut yang dikatakan itu ada orang2 yang dicintai Allah... nahas kau.

      Delete
  10. Maknanya lblis dah lama berjaya goda ulama pil kuda,sanggup tikam kawan demi menjaga kepentingan din ayam..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga tetapi anda juga mungkin sedang di rasuk Iblis sekarang ni. Lebih baik jaga puasa dari mengumpat ulamak.

      Delete
    2. Bolehkah digelar ulamak klu sanggup makan daging saudara sendiri? Sendiri mau ingat lah....

      Delete
  11. PAS memang hanya sebuah parti yang membawa agenda memertabatkan Islam. PAS sejak akhir lagi tidak lagi membawa agenda Islam kerana penuh dengan cacian, labelan, fitnah, ... yang amat dilarang. PAS sudah selayak menjadi parti seperti UMNO kerana sifat keBANGSAannya semakin hari semakin JELAS dan NYATA. Ulama Islam dah nampak macam ulama MELAYU.
    Maafkan saya jika tulisan saya telah melukai individu tertentu. Maafkan saya dan kepada Allah swt kita kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak sepatutnya mendamaikan
      tapi ulamak kita memecah belahkan ditambah lagi dendam kesumat...
      hairannnn

      Delete
  12. Perjuangkan dan bentangkan dijepung?amanat hardy pon berbau wangi.

    ReplyDelete
  13. Ah ini suma poyo haaktuuuiiiiih......

    ReplyDelete
  14. Tak pernah pemimpin PASMA kata yg mereka adalah taukey bihon sop

    ReplyDelete
  15. Jemaah islam bole undi pakai chai. Nanti org label parti chai. Lebih baik pasma dari paschai kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ulamak dimaki roket disayangi. Itulah Pasmacha bihon sop MSG

      Delete
    2. ulamak "su" sahaja dimaki, bila cakap dia berbohong,bila diberi amanah dia khianati,Dia berkawan dgn musuh (yg membuat kemungkaran),Orang yg ada disiplin yg baik,tak ponteng kerja,tak menipu orang, akhlak yg baik walaupun kafir adalah lebih baik dari ulamak "su"yg menikam kawan dari belakang,ponteng meeting,mkn gaji buta.GUNA la otak berfikir bro TAKKAN ULAMAK MUNAFIK ,HIPOKRIT kita nak ikut,Ulamak 2 yg okay tak ada masaalah macam yusuf khardhawi..Ulamak2yg bukan duniawi.yg ikut cara nabi.

      Delete
    3. Itu yg subki panggil ulamak nifas dan haid.

      Delete
  16. Antara tanda2 yang mengesahkan bahawa kita telah di rasuk Iblis ialah masih suka dan gembira mengumpat manusia dan ulamak meski pun sedang berpuasa. Elok sangat muhasabah dan cermin diri dan hati kita ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah bro, 4bulan bro..

      Delete
  17. Kalian yg buat komen ni jgn ikut nafsu syaitan dgn melabelkan ulamak dan menuduh mereka melabelkan orang lain. Yg menjadi masaalah ada blogger yg kaki spin. Kalian baca dan terima membuta tuli. Kemudian berkelahi sesama sendiri. Kan itu di kira kurang cerdik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari Anas r.a. Bahwasanya Rasulullah saw bersabda, ‘Celakalah umatku disebabkan ulama yang buruk.’ (HR. Al-Hakim).

      Akan datang diakhir zaman ini seburuk-buruk manusia dikalangan kamu adalah ulama...
      iaitu orang yang suka mengaku ulama tapi akidah dan akhlak seperti yahudi dan majusi...

      Delete
  18. Maka sebagai jamaah Islam PAS bergerak atas dwi fungsi – politik dan dakwah. Sebagai parti Islam ia hendak mendaulatkan Islam dalam negara dengan melaksanakan aturan dan peraturan serta hukum-hukumnya.



    Ko pusing cmna pun akhirnya pas hanyalah sebuah parti politik. Ingat. Parti lain juga Ada unsur berdakwah.

    Sape imam khomenei tu ye subki? Hoho

    ReplyDelete
  19. Betul jugak. Biarkan lah UMNO yang memperjuangkan Islam dan mendaulatkan Islam. Dah berpuluh tahun perjuangan Islam UMNO sangat lah cemerlang dan terbilang weh!!

    ReplyDelete
  20. Ah ini suma poyo haaktuuuiiiiih. ....

    ReplyDelete
  21. Melayu tak habis2 bertelagah sesama sendiri. Yg untung orang lain. Esok Semenanjung Tanah Melayu habis kesemuanya jadi mcm Singapura. Cuba lihat Melayu diSingapura mcm mana. Melayu di Penang (pulau) pun hampir serupa bahkan lebih teruk dari Singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi bengong. Melayu Singapura x pernah nyesal hidup di sana. Taraf hidup yg tinggi pendapatan yg tinggi dan punya pemimpin yg berintrigiti. Kat Msia ada pemimpin macam tu?

      Delete
    2. Hang sebok pasai untung orang lain.untung tuang veto tak nak cerita plak.Pakatan Masih Lagi Wujud Kata Hadi.Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan Pakatan Rakyat masih wujud dan belum berkubur biarpun rakan sekutunya DAP sudah mengisytiharkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud.

      Malah Abdul Hadi berkata DAP tidak berhak mengumumkan PR dibubarkan selain dengan sinis menyatakan parti berkenaan tidak memahami maksud 'Pakatan Rakyat' sehingga terburu-buru bertindak sedemikian. lapor Bernama.

      Delete
    3. Singapura hilang pun bukan salah sapa2... salah umnolah juga.... dia yang tak sanggup pertahankan Singapura..... siapa umno? Yang tuang gurun gatai nak ber"tango"lah... tango dengan serban dan jubah.... buruk benar.... teringin nak lihat tuang gurun pakai tuxedo. Tapi yang aku tahu orang Melayu Singapura tanpa umno sangat cukup berdaya maju.... malah rasa orang Singapura wajar bersyukur sebab di sana umno tak ada.

      Delete
  22. Kat singapore kalau kedapatan meludah sembarang akan didakwa dan didenda beza dimalaysia orang meludah semberono lepas tu uturn jilat balik ludah.kalau nak pindah ke singpore sila pindah, jangan main halau2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Metafora yang cukup mengena.

      Delete
  23. Agak2nya kalau Pasma, PKR dan DAP memerintah Malaysia tentu depa setuju laksanakan Hudud kan? Jangan nak mimpi la. Entah entah lebih kurang Barisan juga. Memboncitkan perut masing masing. Itu la sebabnya Orang Islam kena tunjuk prinsip sikit. Jangan le terikut rentak kafir dan munafik.DAP tak suka Islam tapi tak le sampai maki hamun ulama. Tapi orang Islam lebih teruk. Setahu kita itu perangai macai UMNO.Hang fikir le sendiri.

    ReplyDelete
  24. Macai sesuai untuk PR shj bodoh... klu umno pecacai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung melayu kat singapore sebab kat sana tak ada umno....

      Delete
    2. berkatalah si jahil dan sombong sifatnya "untung melayu di singapore kerana tiada UMNO".. kemudian disambut pula si bodoh dengan rasa megah .." lebih elok berketuakan si kafir yg baik urustadbirnya dari berketuakan si muslim yg buruk urustadbirnya (ulama su)"... inilah golongan umat islam yg sifatnya tak lebih dari sekadar biri2 yg diternak ...siapa pula yg mengajarkan pada si bodoh dan si jahil itu ..berketuakan si kafir lebih mulia sifatnya (diwaktu adanya kemampuan untuk berketuaka si muslim) ? melainkan redha si kafir kepada si muslim itu selagi mana kamu tunduk kepada segala kehendaknya...

      Delete
    3. berkatalah si jahil dan sombong sifatnya "untung melayu di singapore kerana tiada UMNO".. kemudian disambut pula si bodoh dengan rasa megah .." lebih elok berketuakan si kafir yg baik urustadbirnya dari berketuakan si muslim yg buruk urustadbirnya (ulama su)"... inilah golongan umat islam yg sifatnya tak lebih dari sekadar biri2 yg diternak ...siapa pula yg mengajarkan pada si bodoh dan si jahil itu ..berketuakan si kafir lebih mulia sifatnya (diwaktu adanya kemampuan untuk berketuaka si muslim) ? melainkan redha si kafir kepada si muslim itu selagi mana kamu tunduk kepada segala kehendaknya...

      Delete
    4. berkatalah si jahil dan sombong sifatnya "untung melayu di singapore kerana tiada UMNO".. kemudian disambut pula si bodoh dengan rasa megah .." lebih elok berketuakan si kafir yg baik urustadbirnya dari berketuakan si muslim yg buruk urustadbirnya (ulama su)"... inilah golongan umat islam yg sifatnya tak lebih dari sekadar biri2 yg diternak ...siapa pula yg mengajarkan pada si bodoh dan si jahil itu ..berketuakan si kafir lebih mulia sifatnya (diwaktu adanya kemampuan untuk berketuaka si muslim) ? melainkan redha si kafir kepada si muslim itu selagi mana kamu tunduk kepada segala kehendaknya...

      Delete
    5. Ostad....dalam ceramah pas kata keluar pas kafir...apakah pasikulutot itu agama?

      Delete
  25. UMNO telah mendaulatkan islam di Malaysia- universiti Islam, mahkamah syariah nikah kahwin dan pembahagian harta pusaka, universiti islam, universiti Alquraan, pejabat zakat, bank Islam, Masjid Islam,surau Islam, insuran takaful, dakwahl.Yang tak ada lebel islam juga termasuk dalam perinsip islam spt hospital, sekolah, universiti, kolej, pertahanan, peluang pekerjaan, undang-undang jalan raya, undang-undang socso, polis,BRIM, alam sekitar, kebajikan masyarakat, bomba, pertahanan Awam, banyak lagi. Cuba senaraikan sumbangan PAS kepada pembangunan Islam kita orang nak tengok dan nilai yang mana lebih islam dan yang mana lebih retorik.

    ReplyDelete
  26. Dulu ada macai-macai PAS menagungkan pemimpin DAP dan PAP. Ada samakan pemeritahan LGE macam kahlifah Umar. Ada kata DAP tak khianat melayu dan Islam manakala UMNO khianat Melayu dan Islam. Kenapa sekarang sudah senyap tidak lagi mendewakan pemimpin DAP. Politik penuh dengan pembohongan dan kencing keliling.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...