Friday 30 November 2012

GEMPAR!!!!...UMNO TERLALU GHAIRAH SERANG DSAI DAN PKR DIPERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012, HASILNYA NAIB KETUA WANITA UMNO SEMPORNA TINGGALKAN UMNO MASUK PKR!!!!!


PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.

Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.


Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan  itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.


"Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.


"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.

"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.


Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.


"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.


Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.


"Saya cuma ingin menasihatkan kepada pemimpin Umno untuk menghentikan segala fitnah dan  jadilah pemimpin yang telus," katanya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, suami Kalasahan, Ab Habi Mustapha yang juga ahli jawatankuasa Umno Semporna  mendakwa, Shafie selaku Ketua Bahagian juga gagal memikirkan masalah rakyat dan negara.


Beliau mendakwa, perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Semporna begitu serius tertutamanya wujud beberapa cawangan Umno dalam satu kampung.


"Bayangkan dalam sebuah kampung itu, ada 17 cawangan Umno. Ada yang ada tiga cawangan.


"Dari segi ekonomi pula, jawatankuasa bahagian tidak ada langsung perancangan untuk membasmi kemiskinan membabitkan penduduk kampung," katanya yang telah meletak  jawatan dan umum keluar Umno pada 17 November lalu dan menyertai PKR.


AB. Habi menambah, lima hari sebaik beliau mengumumkan keluar dari parti itu, beberapa media melaporkan yang dia telah dipecat dari Umno.


"Untuk apa kata saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno lebih awal.


"Ini menunjukkan kerakusan beberapa pihak yang tidak habis-habis," katanya lagi.


Ketika ditanya mengapa memilih PKR, Ab. Habi berkata, beliau yakin parti itu benar-benar memperjuangkan hak rakyat.


"Dasar yang diperjuangkan amat jelas dan tidak memfitnah sana-sini," jelasnya lagi.SH


INI DINAMAKAN PERHIMPUNAN SYOK SENDIRI....BUKANNYA MENAMBAHKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA UMNO TETAPI ORANG KUATNYA PULA YANG MENINGGALKAN UMNO MASUK PKR...

LAGI KUAT DISERANG LAGI RAMAI YANG BAKAL MENYEBERANG...MOHON SUPAYA UMNO TERUS MENYERANG,  SEBAB INI AKAN MENYUMBANG KEPADA RAMAI LAGI PARA PEMIMPIN UMNO DIPERINGKAT BAHAGIAN DAN CAWANGAN YANG BERHIJRAH KE PKR/PR.

BIAR GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA!!!!... PARTI YANG MANA SATU MEMBAWA PERJUANGAN DAN IMEJ ISLAM DAN YANG MANA SATU PARTI YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM!!!!


Cuitkan minda dan gegarkan sedikit akal...Lihat dengan mata kepala sendiri dengan gambar diajak berbicara demi pencerahan minda.

Jangan kita hina kebijaksanaan diri kita sendiri disebabkan anutan politik sambil menolak kebenaran yang jelas terpampang didepan mata.

Kebenaran itu perit. Terimalah kenyataan walaupun dari musuh politik anda. Kebenaran dan kesahihan tidak boleh diselindung dan diselimut dengan dipadam hitam dimedia arus perdana kerana kini kita sedang berada dizaman informasi dihujung jari.

BETUL KE PARTI UMNO SUDAH BERTUKAR NAMA KE UNNO?....UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION KE UNITED NEPALESE NATIONAL ORGANISATION?????



GEMPAR!!!! Kain rentang dipasang diPWTC telah tertera tulis perkataan ' SELAMAT DATANG...PERHIMPUNAN AGUNG UNNO 2012...

Nak katakan ini fitnah jahat kain rentang ini dipasang di PWTC, bangunan Ibu Pejabat UMNO dan tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO kini dan bukannya dipasang diluar.


Semenjak bila UMNO sudah jadi UNNO?

Mengapa perlu disenyapkan dari pengetahuan rakyat? Atau protes secara sinis dikalangan ahli-ahli, penyokong dan pendokong UMNO sendiri?

Apa makna UNNO itu?... United Nepalese National Organisation?

ADMIN MERASAKAN SUDAH ADA RASA MELUAT DIKALANGAN AHLI-AHLI UMNO BETAPA UMNO KINI SUDAH HANYUT DAN BUKAN LAGI KEPUNYAAN WARGA MELAYU.


LIMPAHAN WARGA ASING TERUTAMANYA RAKYAT BANGLADESH, INDONESIA, MYANMAR DAN NEPAL DINEGARA KITA MENYEBABKAN NEGARA KITA SUDAH HILANG IDENTITI SEBAGAI NEGARA KEPUNYAAN MELAYU.



SENARAI BONGKAR/RAMPASAN KEATAS BUKU-BUKU SETAN, SYAITAN, SULTAN KARYA TULISAN SYED HUSSEIN ALATTAS @ PAK HABIB YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK POLIS.



Semalam 29hb November jam lebih kurang 11.45 pagi sebanyak 13 buah naskah buku SETAN, SYAITAN, SULTAN hasil tulisan penulis politik yang kontroversi , S.H. Alattas telah dirampas oleh pihak polis dibawah kesalahan Sek 4(1)(c) Akta Hasutan dan Sek 502 Kanun Keseksaan, kerana menyebarkan percetakan berunsur fitnah,  ketika beliau sedang melakukan promosi jualan di Restoran Riverside, Aras 2, Bangunan PWTC

Setiap tahun semenjak terbangunnya PWTC, S.H. Alattas sudah melakukan perkara yang serupa disana tetapi berlainan lokasi.

Tidak ada pun sebarang tangkapan maupun rampasan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Buku-buku terdahulu beliau boleh dikatakan sama panas telinga berasap kepala isi kandungannya.

Admin bukan berhasrat mau mempertikaikan tindak tanduk pihak berwajib menjalankan rampasan, tangkapan dan siasatan.

Jalanlah tugas dengan adil, telus, saksama tanpa rasa gentar dan memihak serta tiada tekanan dari tangan-tangan ghaib yang lebih berkuasa.

Tapi pujian harus diberikan kepada PDRM dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi , Kuala Lumpur kerana setakat ini pada amatan admin telah menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka cukup profesional dan berhemah. Semoga sikap sedemikian dapat diteruskan sehingga siasatan selesai.

Sehingga kini belum lagi kedengaran pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan buku SETAN, SYAITAN, SULTAN....
TEGAS, ADIL, BERHEMAH.

Thursday 29 November 2012

RAKAMAN GAMBAR PENULIS S.H. ALATTAS @ PAK HABIB SEMASA KENA TANGKAP OLEH POLIS DARI IBU PEJABAT POLIS DANG WANGI, KUALA LUMPUR DI PWTC KETIKA SEDANG MENJUAL BUKU SETAN, SYAITAN, SULTAN!!!!!!



Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan penahanan penulis buku politik Syed Hussein AlAttas @ Pak Habib untuk siasatan lanjut dibawah Sek 4(1)(C) Akta Hasutan dan Seksyen 502 Kanun Keseksaan kerana menyebarkan percetakkan berunsur fitnah.

Kini Pak Habib dibebaskan dengan jaminan polis.

Besar kemungkinan beliau akan diheret ke Mahkamah untuk menghadapai pertuduhan.

Pak Habib memberitahu dengan tenang, beliau rela dan bersedia.

Sebelum ini Pak Habib kelihatan sedang berada dikawasan PWTC untuk menjual bukunya yang terbaru bertajuk, SETAN, SYAITAN, SULTAN.
Kesemua bukunya juga turut dirampas!!!!!

BERITA PANAS BARU MASUK!!!...PENULIS BUKU POLITIK KONTROVERSI S.H. ALATTAS @ PAK HABIB TELAH DITANGKAP OLEH PIHAK POLIS DI PWTC SEBENTAR TADI!!!



Penulis buku politik kontroversi Syed Hussein. Alattas @ Pak Habib telah dicekup oleh pihak polis di PWTC sebentar tadi.

Turut dirampas ialah beberapa naskah buku karangan terbarunya , Setan, Syaitan, Sultan.

Kemana beliau dan buku-bukunya dibawa, belum diketahui lagi

Semalam Pak Habib kelihatan sedang berada dikawasan PWTC untuk menjual buku terbarunya itu sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan perwakilan UMNO terutamanya dari Sayap Pemuda.

Admin akan maklumkan dari masa kesemasa perkembangan penangkapan ini.

Adun Umno Hina Wanita Dalam Sidang DUN Selangor...Dia ingat dia terer.

ADAKAH PEMANDU KENDERAAN POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ), SUDAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI PEMANDU OKU??????



SEDIH DAN MEMALUKAN!!!

Gelagat dan perangai segelintir kakitangan awam dibahagian penguatkuasa undang-undang trafik secara terang dan jelas langsung tidak menghormati parkir yang dikhusus khas untuk warga istimewa.. (OKU).

Langsung tidak boleh dijadikan contoh kepimpinan melalui teladan..Pada admin lebih bersifat sombong, angkuh, berlagak dan besar kepala.

Bagaimana nak mendidik rakyat agar hormat pada papan tanda parkir yang dikhususkan khas kepada OKU, kalau mereka yang diamanhkan jaga undang-undang dan keselamatan trafik dan lalu lintas secara tanpa segan silu dan rasa bersalah langgar peraturan yang dibuat oleh kerajaan!!!!

AKHIRNYA PENIAGA BURGER DEPAN RUMAH AMBIGA PUN BELASAH UMNO/BN DAN DBKL!!!!! PENIAGA DANAU KOTA BARU SEDAR UMNO PARTI PENINDAS MELAYU!!!!...

PANASSS!!!!! SHAHRIZAT JALIL AKUI UMNO LAH DALANG MELUNTURKAN KUASA POLITIK MELAYU DIPARLIMEN??????


Admin tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 kali ini.

Ketua Wanita Umno Malaysia Datuk Seri Shahrizat Jalil menegaskan Umno berdepan dengan cabaran getir untuk menjaga kuasa Melayu yang dianggapnya “bagai telur dihujung tanduk” selepas pilihan raya umum 2008.

Tegas bekas menteri kabinet itu, jika parti itu tidak bertindak mulai sekarang, kuasa Melayu “akan semakin terpinggir” kemudiannya.

“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.

“Pepecahan undi Melayu akan melunturkan kuasa politik Melayu yang sedia ada. Pada hari ini kuasa ekonomi bukan ditangan orang Melayu. Adakah kita sanggup hilang kuasa politik juga?” katanya.

“Bayangkan sahaja sekarang ini kuasa politik Melayu di Parlimen adalah amat marginal sekali. Keadaan ini perlu kita tangani dari sekarang jika kita tidak mahu menjadi pelarian dibumi sendiri.

KUPASAN DAN ULASAN ADMIN:-
Ini masalah parti kamu, parti UMNO. Masalah politik UMNO yang berlaku sekarang ini jangan sesekali libatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Jika UMNO ada kredibiliti, Insyaallah kekuatan parti akan terus bersama anda dengan sendirinya. Itu sahaja….

Kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil, kuasa politik Melayu tidak akan hilang, ia sudah termaktub dlm perlembagaan. Atas pertimbangan apa yang menyebabkan beliau berkata begini…

Beginilah Datuk Seri Shahrizat Jalil. Anda ini patut nasihatkan diri sendiri terlebih dahulu, muhasabah diri sebelum nasihatkan orang lain. Itu sebablah orang tua-tua  mengatakan kepimpinan melalui teladan.

Soalan admin yang mau dijawab secara ikhlas dan jujur.

Macam mana kuasa ekonomi bangsa Melayu nak naik sedangkan hak penternak lembu bernilai RM250 juta pun dirampas dan dirompak oleh bangsa Melayu sendiri yang kononnya mendabik dada merekalah yang memperjuangkan bangsa Melayu. Itu baru skandal kes lembu NFC yang terbongkar, belum lagi yang lain?


Sekarang kita berbicara nak cakap pasal kuasa politik Melayu di Parlimen amat marginal!!!

Kalau cakap “kosong” atau berdasarkan persepsi, semua orang boleh cakap. Tetapi tidak semua orang mampu bercakap melalui fakta terutamanya kalangan ahli politik yang ada pada hari ini…..

Calon Melayu/Islam dari Barisan Nasional lawan calon bukan Melayu/Islam Pakatan Rakyat

          P144 LEDANG – Hamim Samuri (BN) vs Lau Tek Hai (PKR)
       
          P153 SEMBRONG – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (BN) vs Lee Sang (PKR)
       
          P218 SIBUTI – Ahmad Lai Bujang (BN) vs Dr. Michael Teo Yu Keng (PKR)
       
          P221 LIMBANG – Hasbi Habibollah (BN) vs Dr. Lau Liak Koi (PKR)
       
          P47 NIBONG TEBAL – Tan Tee Beng (PKR) vs Datuk Zainal Abidin Osman (BN)

Calon Melayu/Islam Dari PR Lawan Calon Bukan Melayu/Islam Barisan Nasional
          P148 AYER HITAM – Dr. Wee Ka Siong (BN) vs Hussin Sujak (Pas)
       
          P151 SIMPANG RENGGAM – Liang Teck Meng (BN) vs Azhar Gombang (Pas)
       
          P158 TEBRAU – Lim Bang San @ Teng Boon Soon (BN) vs Roslani Sharif (Pas)
       
          P162 GELANG PATAH – Tan Ah Eng (BN) vs Dr. Zaleha Mustafa (PKR)
       
          P132 TELOK KEMANG – Datuk S. Sothinathan (BN) vs Datuk Kamarul Baharin Abbas (PKR)
       
          P94 HULU SELANGOR – Datuk G. Palanivel (BN) vs Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR)
       
          P100 PANDAN – Datuk Ong Tee Keat (BN) vs Syed Shahir Syed Mohamud (PKR)
      
          P111 KOTA RAJA – Siti Mariah Mahmud (Pas) vs S. A. Vigneswaran (BN)
       
          P54 GERIK – Datuk Tan Lian Hoe (BN) vs Mohd. Noor Abdul Rahman (Pas)
       
          P74 LUMUT – Datuk Kong Cho Ha (BN) vs Suwardi Sapuan (PKR)
       
          P77 TANJONG MALIM – Datuk Ong Ka Chuan (BN) vs Mohamad Azman Marjohan (PKR)
       
          P52 BAYAN BARU – Datuk Zahrain Mohamed Hashim (PKR) vs Ooi Siew Kim (BN)
       
          P80 RAUB – Datuk Dr. Ng Yen Yen (BN) vs Abu Bakar Lebai Sudin (DAP)
       
          P83 KUANTAN – Fuziah Salleh (PKR) vs Datuk Fu Ah Kiow @ Oh (Fu) Soon Guan (BN)
       

          P124 BANDAR TUN RAZAK – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR) vs Datuk Tan Chai Ho (BN)
      
          P205 SARATOK – Jelaing Mersat (BN) vs Mohd. Yahya Abdullah (PKR)
       
          P170 TUARAN – Datuk Wilfred Bumburing (BN) vs Ansari Abdullah (PKR)
       
          P173 PUTATAN – Dr. Makin@Marcus Mojigoh (BN) vs Saukinah Yussof (PKR)

Sekarang siapa yang mengurangkan kuasa politik Melayu di Parlimen? Siapa Shahrizat? dan mengapa Shahrizat?

Kawasan-kawasan campuran yang mana 60% pengundi adalah Melayu, yang bertanding adalah MCA dan MIC…Kini siapa yang sebenarnya khianat kuasa politik Melayu? Siapa petualang bangsa Melayu?

Tetapi apabila bercakap di dalam perhimpunan tidak selari apa yang dilakukan hari ini? Mengapa Shahrizat? Mengapa?

Itu tidak termasuk lagi persempadanan semula kawasan parlimen, kawasan-kawasan majoriti Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah.

Walaubagaimanapun, admin cukup yakin dan percaya ini isu-isu ini akan terus dibangkitkan oleh kebanyakkan perwakilan kerana isu ini terus diputar belitkan setiap kali berlangsungnya Perhimpunan Agong UMNO 2012.

Sepatut dan amat wajar UMNO, menggunakan masa yang terlalu sedikit ini sebelum bertempur PRU 13, sebaik mungkin untuk memperbaiki UMNO,... imej dan jenama UMNO kini amat teruk dan jijik dimata dan hati rakyat.

Kurangkan mencanang hanya parti UMNO saja yang patut disokong tanpa memberikan hujah dan fakta yang mampu menyakinkan rakyat.

Berikan tumpuan bagaimana cara nak mengangkat bangsa Melayu ke tahap yang lebih tinggi, itulah yang terbaik sebenarnya. Barulah sokongan kepada UMNO akan datang dengan sendirinya.

Masalah UMNO kini ialah masih berpolitik cara zaman 80an dan awal 90an sedangkan kita kini sudah berada dialaf baru.. Sudah melepasi 12 tahun tapi UMNO masih terperangkap dengan politik dulu kala.

Tidak hairanlah mengapa anak-anak muda melihat dan menilai UMNO sebagai parti poyo yang tidak cool langsung.

Itu belum lagi dikupas perangai para pemimpinnya yang rasuah, rakus, sombong, angkuh, berlagak dan besar kepala.

UMNO KINI DIAMBANG TUMBANG.. INI ADALAH KENYATAAN.

BERITA HOT!!!!!...PEMUDA UMNO AKUI MISI NAK RAMPAS SEMULA PULAU PINANG DARI DAP/PR UMPAMA MIMPI DISIANG HARI!!!!



KEBENARAN ITU PAHIT DAN MENYAKITKAN.

Inilah hakikat yang UMNO mesti terima dan telan, berdasarkan pengakuan seorang perwakilan yang mendedahkan kepincangan pemimpinnya sendiri!!!!!

UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh melupakan hasrat untuk merampas Pulau Pinang dalam pilihanraya umum ke 13.


Alasannya pemimpin UMNO di peringkat bahagian mementingkan diri serta tidak menemui rakyat di tempat masing-masing.

Perwakilan Pemuda dari Bukit Mertajam, Ramlan Ahmad memberitahu, “beberapa bahagian sangat teruk.”

“Ketua bahagian Umno Pulau Pinang teruk-teruk belaka…orang yang lawan akan diblack list (senarai hitam).
“Cawangan pula akan dikeluarkan dari senarai Umno bahagian.
“Tempat saya tujuh lapan cawangan telah dikeluarkan.
“Mereka nak jadi ketua saja kerana nak buat rumah atas bukit.
“Tetapi tak mahu jumpa rakyat, macam mana Umno nak menang,” kata Ramlan lagi.
`Terpinggir dan terhapus’
Bagaimanapun, beliau enggan fotonya diambil kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan pemimpin UMNO di bahagiannya.
Rakannya yang mahu dikenali sebagai Mahmud dari Bukit Gelugor menambah, Pakatan Rakyat akan menang lagi di Pulau Pinang dalam pilihanraya akan datang.
Pemimpin UMNO bercakap sahaja tetapi tidak buat kerja untuk rakyat, dakwa Mahmud.
Beliau mengaku takut jika DAP terus berkuasa di Pulau Pinang kerana orang akan semakin terhapus.
“Sekarangpun dalam tempoh empat tahun Lim Guan Eng jadi Ketua Menteri, kami sudah terpinggir.
“Kalau tambah empat tahun lagi kami semua akan terhapus,” ujar Mahmud.
Dalam pilihanraya umum lalu, Pakatan Rakyat menyapu bersih 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diketuai DAP dan KEADILAN manakala Umno keseorangan menjadi pembangkang dengan 11 kerusi setelah kesemua calon BN lain dari MCA, MIC dan Gerakan tumbang satu-persatu hingga tidak ada seorang pun wakil BN selain Umno dalam dewan undangan negeri.
Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan 13 kerusi parlimen di seluruh negeri itu termasuk di bahagian pulau dan tanah besar.
Sekali lagi DAP mendahului dengan tujuh kerusi parlimen diikuti KEADILAN dengan empat manakala UMNO cuma tinggal dua masing-masing di parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor di bahagian tanah besar.

SEKURANG-KURANGNYA MAMAT ..OOPPSSS MAMAK NI BERKATA BENAR.. BERKATA BERPIJAK DIBUMI YANG NYATA BUKANNYA CAKAP SEKADAR SYOK SENDIRI HIDU GAM.

DIA SEBAGAI PEMIMPIN PEMUDA PERINGKAT AKAR UMBI TAHU PERANGAI SEBENAR PARA PEMIMPIN UMNO DIPERINGKAT BAHAGIAN DAN CAWANGAN.

ITU BARU PULAU PINANG... NEGERI-NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN RAKYAT PUN BEGITU JUGA... RAKYAT SUDAH DAPAT MENILAI DAN MEMBEZAKAN ANTARA PR DAN UMNO MEMERINTAH....

SEBAB ITU TUN M  PERNAH CAKAP.. APABILA NEGARA INI JATUH KETANGAN PR, TERLALU SUKAR DAN SEMACAM MUSTAHIL UMNO AKAN RAMPAS KEMBALI.

UMNO TUMBANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA GEMILANG....UMNO TERSUNGKUR NEGARA MAKMUR.

Wednesday 28 November 2012

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!...TAK RAMAI MANA PUN PUTERI UMNO YANG HADIR PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO SAYAP PEMUDA, WANITA DAN PUTERI OLEH MUHYIDDIN YASSIN MALAM TADI!!!!!


Lihat dengan mata kepala sendiri.. bukan nak mencaci atau menghina tetapi ini adalah fakta bergambar..

Bukan sedikit kerusi kosong dibahagian depan beb!!!... yang pada lazim akan diisi penuh untuk mendapatkan sudut kononnya perasmian sayap Pemuda. Wanita dan Puteri  Perhimpunan Agung UMNO 2012 oleh Muhyiddin Yassin penuh dan sendat dengan para ahli UMNO yang datang mendengar amanat Timbalan Presiden UMNO "Melakar Kejayaan UMNO".

Perhatikan betul-betul.. rakaman ini bukan waktu belum bermula ucapan Muhyiddin Yassin tetapi ketika beliau sedang berucap beb!!!.. Sudah pasti waktu ini dewan perlu dipadatkan dengan para perwakilan.

Kata sokongan Puteri kepada UMNO cukup mantap dan padu sekali.  Rupa-rupanya indah khabar dari kenyataaan.

Nampak sangat dikalangan sayap UMNO sudah luntur semangat juang sebelum bertempur. Sebab mereka sudah boleh hidu dan rasa,  UMNO bakal berkubur lebur pada PRU 13 nanti.

UMNO TERSUNGKUR NEGARA MAKMUR...UMNO BERKUBUR RAKYAT BERSYUKUR.


PENGUNDI VIP BN BALIK KAMPONG BERCUTI????


Gambar yang dirakam di Myanmar dua hari yang lalu mencuit minda untuk berfikir sejenak.

Apakah dia ini salah seorang pengundi VIP yang bakal tiba dinegara ini apabila PRU 13 nanti????

KJ CAKAP GENERASI MUDA TIDAK MUDAH TERPENGARUH DENGAN ANASIR LUAR....." KEMPIMPINAN MELALUI TELADAN"



Khairy: Generasi muda tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar...

KUALA LUMPUR -  Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yakin generasi muda di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan anasir luar terutama pihak yang mahu menggulingkan kerajaan.
 
Beliau berkata ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi ruang yang cukup kepada orang muda untuk menyampaikan pandangan termasuk menerusi anggota Parlimen.
 
"...zaman kerajaan tahu segalanya sudah kita tamatkan, kita 'engage' generasi muda selami jiwa mereka itu dan buat segalanya untuk mereka," katanya kepada Bernama, di sini.
 
Anggota Parlimen Rembau itu berkata hasil inisiatif kerajaan mendekati mereka, sokongan golongan muda kepada BN kini semakin kukuh.
 
Selain itu tegasnya proses demokrasi di negara ini juga lebih baik berbanding di beberapa negara yang menyaksikan rakyatnya bangkit menggulingkan kerajaan.

Beliau berkata usaha kerajaan memperkasa generasi muda dapat dilihat menerusi Belanjawan 2013 dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, antaranya menyediakan peruntukan khas bagi latihan kemahiran belia.

 
"Pindaan Akta Universiti Kolej (AUKU) yang membolehkan mahasiswa berpolitik juga merupakan antara usaha kita memperkasa generasi muda. Ada kata takut kampus kucar-kacir jika perkara ini dilaksana.
 
"Tetapi sudah lebih setahun pindaan ini terlaksana, tiada kucar-kacir yang berlaku malah suara mahasiswa semakin lantang berusaha memajukan negara. Percayalah kepada kami, kami orang muda, mahu dan akan menjadikan negara ini yang terbaik di dunia," katanya. - Bernama

MEMANG BETUL APA YANG KJ CAKAP NI... YANG TERPENGARUH DENGAN ANASIR DAN BUDAYA LUAR IALAH DIRINYA SENDIRI....

OLEH ITU JANGAN TERPENGARUH DENGAN BUDAYA AMALAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA WAHAI PARA AHLI, PENYOKONG DAN PENDOKONG PEMUDA UMNO MALAYSIA.

PERJUANGAN UMNO DIBERKATI ALLAH?????... TAK CAYA?...MAJLIS ANUGERAH NADI NEGARA WANITA UMNO MALAYSIA SEBAGAI BUKTINYA!!!!!


Malas nak komen banyak-banyak sebab UMNO ni parti yang memperjuangkan Islam sampai ketulang sonsom.

Segala upacara dan majlis anjuran UMNO mesti menepati kehendak Islam Wasatiyyah.

UMNO parti suci... parti yang mengamalkan semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci murni lagi bersih putih melepak ini.

Tanpa UMNO bak kata ADUN Kuang, rakyat Malaysia masih duduk dalam hutan bercawatkan daun.

Sokonglah UMNO sampai kiamat demi Islam yang sebenarnya...

HIDUP UMNO!!!!!... HIDUP NAJIB!!!... HIDUP MUHYIDDIN YASSIN!!!!.... TANPA UMNO TIADA MELAYU DIDALAM DUNIA INI LAGI..

PSSSTTTT... APA MACAM.. OK TAK AYAT BODEK AMPU SAYA?....

JIKA TIDAK TERLIBAT MENGAPA PERLU MEMINTA BANTUAN DEEPAK?...DULU KAWAN RAPAT KINI SUDAH JADI LAWAN SEBAB DIRINYA SUDAH DIKHIANATI!!!!

Kat Films, Royal Soiree: 1881 Celebrations of His Royal Highness Sultan ...

Tuesday 27 November 2012

NOTIS ARAHAN MEROBOHKAN/CABUT KAMERA 1M'SIA AES KEPADA BETA TEGAP SDN BHD TELAH DIKELUARKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SEPANG...DALAM TEMPOH 14 HARI KENA ROBOHKAN/CABUT AES DARI BUMI DIBAWAH BIDANG KUASA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG!!!!



Notis Kesalahan telah dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang dan diterima oleh pihak kontraktor AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd pada 19hb November 2012.

Kontraktor diberi tempoh 14 hari untuk merobohkan AES .

SYABAS KEPADA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG ATAS KEBERANIAN DAN KETEGASAN TANPA RASA GENTAR DAN MEMIHAK!!!

PANASSSS!!!!...PARA PEJUANG TUNTUTAN ROYALTI MINYAK TANPA GENTAR DAN TAKUT TERUS BERDEMO DEPAN PWTC UNTUK MENYERAHKAN MEMORANDUM KEPADA NAJIB RAZAK !!!!....


Inilah sifat pendekar yang sebenarnya!!!!.. Tidak takut dan gentar berkunjung dikubu lawan...

Inilah yang ditunjukkan oleh beberapa pejuang Menuntut Royalti Minyak Kelantan yang pergi ke bangunan PWTC mau menyerahkan sendiri memorandum menuntut hak royalti rakyat Kelantan kepada Najib Razak yang akan hadir sebentar lagi untuk satu perjumpaan tertutup dengan perwakilan UMNO petang ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Keberanian para pejuang rakyat ini telah cuba dihalang oleh beberapa anggota polis dan juga beberapa kerat juak-juak UMNO yang diketuai bekas Ketua Wira PERKASA, Armand Debab ingin tunjuk jaguh. Tapi ini sedikit pun tidak melemahkan maupun menggugurkan bulu roma para pejuang rakyat.

Para Pejuang Royalti tetap bertegas dan berkeras mau menyerahkan memorandum tersebut ketangan Najib Razak sendiri.

Perkembangan selanjutnya akan menyusul.

HIDUP RAKYAT!!!... BERIKAN ROYALTI KEPADA RAKYAT KELANTAN!!!!



PANAS!!!...DALANG YANG MEROBOHKAN BILLBOARD PKR HARGA MINYAK TURUN, IALAH PROPEL ATAS ARAHAN PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERAK DENGAN DIKAWAL OLEH PIHAK POLIS!!!!!


PETALING JAYA, 27 NOV: Tidak mampu berpolitik secara matang, Umno-BN sekali lagi bertindak ‘liar’ apabila bertindak merobohkan papan tanda iklan (billboard) PKR yang memaparkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu di Perak.

Tindakan yang dibuat kira-kira jam 11.00 malam pada hari tersebut juga didapati menggunakan jentera kerajaan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak sendiri mengarahkan anak syarikat milik Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Propel Berhad (Propel) agar merobohkan billboard yang didirikan di atas tanah persendirian itu.

Propel merupakan sebuah syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara lebuh raya milik Plus itu.

Billboard yang terletak di kilometer 383, lebuh raya Plus menghala ke arah utara itu dibina oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya PKR Tanjung Malim, Shahbudin Abdul Khatab di atas tanah milik beliau sendiri.

Demikian menurut Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Perak, Madhi Hasan dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya hari ini.

“Kawasan ini bukanlah di bawah kawasan mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) jadi memang tak perlu permit.

“Kalaupun perlu permit mengapa billboard yang papar iklan komersil lain di atas tanah yang sama tidak pula dirobohkan, sedangkan sama tiada permit,” ujar Madhi.

Madhi menambah, sekiranya kawasan tersebut terletak di dalam kawasan PBT sekalipun, PBT hendaklah mengikut prosedur dengan memberi notis terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan meroboh.

Sementara itu menurut Shahbudin, ketika beliau ke balai polis Tanjung Malim untuk membuat aduan, beliau diberitahu oleh Ketua Balai tersebut bahawa satu aduan dibuat oleh pihak SUK, Majlis Keselamatan Negara, dan Pegawai Daerah berhubung tindakan mereka meroboh billboard itu.

Pegawai polis itu turut memberitahu bahawa polis ketika itu juga diminta untuk mengiringi dan memantau keadaan ketika kerja meroboh billboard tertera ayat ‘Harga Minyak Turun, Pakatan Harapan Rakyat’ sedang dijalankan pihak terlibat.

Dalam isu sama, menurut kenyataan media Ketua Biro Penerangan PKR, Dr Muhamad Nur Manuty menyeru agar Umno-BN menghentikan segala startegi kotor yang digunakan parti itu dengan mengubah kepada budaya politik waras dan beradab.- TVS


ADUN PEMBANGKANG DARI KUANG SELANGOR KATA, TANPA UMNO RAKYAT KINI MASIH HIDUP DALAM HUTAN DAN PAKAI CAWAT DAUN!!!!..INILAH HUJAH WAKIL RAKYAT UMNO BILA SKANDAL TANAH SAPU 1M'SIA DIDEDAHKAN

KASI BONGKAR!!!...MUKA LANGSUNG TIDAK ADA MIRIP WARGA KADAZANDUSUN MURUT (KDM), NAMPAK TUA TAPI MASIH MUDA REMAJA, DAH DAPAT MYKAD YANG SAH!!!!!!



Jikalau disemak nombor kad pengenalan Amir Syed Bin Abdullah ini. Beliau lahir pada tahun 94 bersamaan 18 tahun. Apa rahsia beliau kelihatan tua dan berumur pada usia semuda 18 tahun ini?

Walau apa pun, yang penting Amir Syed Bin Abdullah sudah pun bergelar warganegara Malaysia menyertai 28 juta rakyat Malaysia yang lain termasuklah anda kalian

Kampung Panagatan Laut, Kenmingau Sabah adalah tempat majoriti kaum Kadazandusun Murut (KDM) bermaustatin.  Mamat ni ada muka mirip atau iras-iras orang Kadazandusun Murut ke?

Kalau Amir Syed Bin Abdullah dah ada anak kelak, anaknya layak menikmati pelbagai kemudahan yang dinikmati warganegara Malaysia sekarang ini :

        1)  Anaknya akan semua buku teks secara percuma
        2)  Susu 1Malaysia percuma
        3)  Bantuan murid 1Malaysia pun percuma

 
Apa lagi?
        

Dan……tidak lupa juga layak menerima duit bantuan pelajar miskin @ asnaf. Macam-macam boleh dapat. Kasut sekolah percuma, beg sekolah percuma dan macam-macam lagi…..

Tahniah Amir Syed Bin Abdullah. Semoga “terus berbakti” dan  “membalas budi” kepada negara.

Jadilah warganegara Malaysia yang patriotik, insyaallah “anda akan selamat”.

KAD NAJIB MENGEMIS UNDI DAN SOKONGAN RAKYAT KINI SEDANG LIGAT DIEDARKAN KESELURUH NEGARA!!!!!!!....UMNO SEMAKIN TERDESAK!!!!


Pagi ini, Admin agak terkejut apabila membuka satu sampul surat tanpa nama dan alamat yang dimasukkan dalam peti surat rumah admin.

Apabila dibuka dapati seperti apa yang tertera gambar diatas.

Wajah Najib dengan kanak-kanak sedang memegang Jalur Gemilang tertulis ayat:- " Marilah bersama saya membina masa depan Malaysia yang kita impikan"

Untuk makluman dan pengetahuan Najib Razak dan seluruh kepimpinan UMNO disemua peringkat..."Masa depan yang rakyat impikan ialah Pakatan Rakyat menjadi parti pemerintah dan UMNO sebagai pembangkang selepas PRU 13 nanti".

UMNO TUMBANG ISLAM DAN MELAMYU GEMILANG....UMNO TERSUNGKUR NEGARA MAKMUR.

EDISI TEMBELANG KASI PECAH!!!...MANIFESTO UMNO/BN PRU 2008 ...MENIPU RAKYAT BERAGAMA ISLAM DENGAN JANJI DIKHIANATI!!!!!


Salah satu janji manis yang ditaburkan kepada rakyat dalam manifesto UMNO/BN pada PRU 12, 2008 yang lalu ialah memastikan kos bagi setiap jemaah haji kekal walaupun dalam suasana kenaikkan harga.

"Pada tahun 2008, kos haji adalah RM8,973 (bagi Semenanjung).


Namun, setahun selepas janji BN ini dibuat,dan UMNO/BN dapat mandat memerintah negara walaupun hilang majoriti 2/3,  kos Haji telah dinaikkan secara mendadak sebanyak RM1,007 menjadikannya RM9,980 seorang."

Menunjukkan UMNO ini memberi janji palsu kepada umat Islam dinegara kita.

Yang kena tipu bulat-bulat itu termasuklah ahli, penyokong, pendokong dan penganut tegar UMNO sendiri.

Kalau bab amal ibadah haji pun UMNO sanggup khianati dan  mungkiri janjinya, apa jaminan janji-janji manis yang lain UMNO tidak mungkiri dan menipu rakyat?.

Itu belum lagi dikupas janji-janji  UMNO/BN yang lain.dalam manifesto PRU 2008.. Kalau dikupas sudah pasti melambak janji palsu UMNO/BN terbongkar dan terungkai.

Rakyat yang berfikiran waras yang sentiasa mencuit minda untuk berfikir dan menilai satu-satu isu yang diktengahkan sebelum diterima kebenarannya, sudah pasti tidak akan mempercayai segala janji-janji manis palsu UMNO/BN kepada rakyat.


UMNO tidak pernah berubah dari dulu, kini dan selamanya.
...JANJI DIKHIANATI!!!!!

UMNO TUMBANG ISLAM DAN MELAYU GEMILANG....UMNO TERSUNGKUR NEGARA MAKMUR.

Monday 26 November 2012

PERINGATAN TEGAS KEPADA SEMUA PERWAKILAN DIPERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 DI PWTC BERMULA 29HB NOV HINGGA 1 DISEMBER!!!!


Seandai para perwakilan lupa tanggung jawab sebenar/hakiki  mereka ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang bakal berlangsung secara rasmi mulai 29hb November 2012 hingga 1hb Disember 2012, maka menjadi tanggungjawab admin memberikan peringatan.

Maklumlah.. MELAYU MUDAH LUPA.

Kalau tepuk pastikan kali ini kalau boleh kasi pecah dewan...Gelak terbahak-terbahak sambil menggilai apabila ada satu lawak bodoh dari salah perwakilan dipersembahkan.

Ampulah setinggi bangunan PWTC segala ucapan Presiden UMNO,  sebagai contoh, dengan menyatakan beliau adalah pemimpin terhebat pernah dilahirkan dinegara kita malahan nasihat dan pandangan beliau sungguh berwawasan jauh, dan kini sentiasa diburu oleh para pemimpin dunia untuk memohon dan mengemis segala pandangannya sama ada perhubungan antarabangsa, ekonomi maupun politik.

Presiden UMNO pemimpin yang membawa tuah kepada negara dengan memiliki ciri keberanian yang amat luar biasa.. Amat digeruni pihak lawan dan disegani serta disanjung serta dipuja pihak kawan.

Ucapan dasar dan perasmian sidang UMNO yang terhebat pernah diucapkan.

Akhir sekali berikrarlah dengan suara yang kuat nyaring sambil bersumpah sanggup mati bermandikan darah sehingga hancur tulang dan lumat lunyai badan, mempertahankan UMNO, Najib, Rosmah, Melayu dan Islam.

Banyak sudah contoh yang UMNO memang pejuang Melayu bersikap dan bersemangat sedemikian. Contoh terkini rakan paling baik, akrab dan disayangi UMNO, MCA terus gentar nak menghina, mencaci dan memaki hamun Islam dalam Persidangan Tahunan MCA baru-baru ini.

Kepada para perwakilan.. Selamat Bertepuk, Angguk kepala, Ketawa dan Ampu Bodek...SALAM 1 M'SIA.. SALAM BODEK 1M'SIA...HIDUP UMNO!!!!... HIDUP NAJIB!!!!!... HIDUP ROSMAH!!!!!!

CARA YANG BIJAK, TEPAT DAN MUKTAMAD MENJAWAB SMS DARI UMNO!!!!!


Kini sms mohon rakyat maafkan kesilapan dan kesalahan UMNO masa lampau sedang ligat berlegar...UMNO SUDAH AMAT TERDESAK KINI!!!

Beginilah salah satu cara bagaimana nak jawab smsm berkenaan.

Anak-anak muda kini sudah bertekad mau melakukan perubahan.

UMNO wajib diberi pengajaran dengan cara menumbangkannya pada PRU 13 akan datang.

UMNO TUMBANG RAKYAT SENANG...UMNO KECUNDANG ISLAM DAN MELAYU GEMILANG.

MASHITAH IBRAHIM AKUI DALAM PARLIMEN.... UMNO TIDAK MAMPU NAK AMBIL TINDAKKAN TERHADAP PAS PASAL DOA KERAMAT UMNO HANCUR, BN KO!!!!!



Mashitah: Tiada tindakan isu doa demi 'dakwah'

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mashitah Ibrahim berkata keengganan kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas pihak yang mendoakan kemusnahan Umno merupakan satu bentuk dakwah terhadap golongan itu.

"Inilah dakwah kerajaan, bagi mereka ruang untuk bertaubat dan bermuhasabah," kata sewaktu menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) di Dewan Rakyat hari ini.

Tajuddin meminta beliau menyatakan pendirian kerajaan dalam isu doa yang dibacakan adik kepada Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Abdul Aziz semasa solat hajat sempena muktamar parti itu, 18 November lalu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Bacaan doa berkenaan menerima kecaman keras daripada pemimpin Umno, sehingga ada di antara mereka yang menyifatkan tindakan itu bercanggah dengan Islam .

APABILA DAH TAK JUMPA DALIL KATA PERBUATAN MENDOAKAN KEHANCURAN UMNO DAN BN KO, ITU SALAH MAKA CARA NAK COVER LINE DAN TUTUP MALU DIKATAKAN UMNO TIDAK AMBIL TINDAKAN ATAS DASAR "DAKWAH:.

DIA INGAT RAKYAT NI BODOH BIN BANGANG MACAM PARA PERWAKILAN UMNO DIPERHIMPUNAN AGUNG UMNO SETIAP TAHUN DI PWTC...APA YANG PEMIMPIN MEREKA CAKAP SEMUA PAKAT ANGGUK DAN SETUJU TANPA PERLU MUNCUITKAN MINDA UNTUK BEFIKIR.

KESIAN JUAK-JUAK UMNO TERMASUK PERKASA, PEKIDA,JATI, GPMS DAN BELIA 4B BERTUNGKUS LUMUS BUAT REPOT, AKHIRNYA KERAJAAN UMNO 1M'SIA LANGSUNG TAK AMBIL POT DENGAN SEMUA LAPORAN POLIS YANG DIBUAT MEREKA.


INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...