Monday, 5 November 2012

ADAKAH POSTING DIFB INI MENYEBABKAN SEORANG LELAKI MELAYU BERUMUR 27 TAHUN DITAHAN PIHAK POLIS KERANA MENGHINA SULTAN JOHOR?.



Lagi sekali, kecoh satu negara dengan kes penghinaan kepada Sultan.

Kali ini seorang lelaki berumur 27 tahun bernama Ahmad Abd Jalil ditahan untuk disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
Desas-desus mengatakan kes ini berkaitan dengan facebook seorang yang bernama Zul Yahya tetapi tidak dapat dipastikan kebenarannya.

Untuk kes seperti Zul Yahya ini memang patut dihukum kerana ini adalah suatu bentuk penghinaan terlampau. 


Begitu juga dengan kes Aduka Taruna, walau pun ada segelintir penyokong Pakatan Rakyat menganggap pemuda ini sebagai wira, tapi admin tetap mengatakan tulisannya yang menghina kemangkatan Almarhum Sultan Johor adalah suatu bentuk penghinaan melampau.
Contoh-contoh di atas adalah penghinaan yang sememangnya layak untuk dihukum.


Admin juga sama sekali tidak bersetuju dengan pelakuan yang tidak melambangkan ketamadunan manusia seperti penghinaan dengan menggunakan bahasa yang menjijikkan kepada Raja-raja Melayu
dan pemimpin.

Selain daripada contoh penghinaan terlampau terhadap Raja-raja seperti di atas, kes memijak gambar Najib Razak, kencing gambar YAB Menteri Besar Kelantan dan kes-kes seumpamanya juga tidak boleh diterima.

Tanpa mengira ideologi dan anutan politik, ini adalah sifat-sifat yang memalukan lagi memualkan dan tiada langsung melambangkan sikap Melayu yang bersopan santun, padahal ke hulu ke hilir bercakap pasal perjuangan Melayu dan Islam, tidak kira sama ada, UMNO, PAS atau PKR!


Persoalan cepu mas yang admin mau lontarkan ialah:- adakah komen YB Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin mengenai pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1 adalah suatu bentuk penghinaan?

Jika tanya admin, sudah pasti admin jawab tidak, ianya menjadi hirok pikok dan gegak gempita bila adanya segelintir juak-juak UMNO mengambil kesempatan cuba mengheret Institusi Raja dengan membuat laporan polis kononnya YB Ir Nizar menghina Sultan Johor sedangkan tiada terungkai pun niat dan kata-kata yang boleh dikategorikan sebagai menghina Raja?

Begitu juga komen mantan Mufti Perlis ditwitternya..


Adakah komen Dr. Asri seperti di atas  juga dianggap satu penghinaan kepada institusi beraja?.. Sudah pasti tidak!!!!!
 

Suka admin ingatkan, Institusi Beraja itu memang dihormati oleh rakyat. Itu antara prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara, tetapi tidak membawa erti ianya tidak boleh ditegur.
 
Nak tegur pun kena ada adab dan caranya..Gunakan bahasa yang sopan, sesuai sebagai manusia yang bertamadun.
 
Tidak perlu mengunakan bahasa kesat dengan memaki hamun. Beri alasan yang munasabah yang boleh diterima akal supaya rakyat boleh memahaminya sambil Raja tidak terguris hati dan perasaan.
 

APA-APA PUN DIHARAPKAN PIHAK BERWAJIB DAN BERKUASA YANG MENJALANKAN SIASATAN, JALANKAN AMANAH DENGAN TELUS DAN ADIL.
 

KEPADA PARA BLOGGER YANG AMAT GEMAR MENULIS KISAH SENSASI MENGENAI INSTITUSI BERAJA, SUPAYA KAWAL TULISAN JANGAN MELEPASI GARISAN YANG BOLEH DITAKRIFKAN SEBAGAI MENGHINA RAJA.

2 comments:

  1. saya sokong tulisan admin ini. cuma di neraga malaysia tercinta ini ada doublestandard pula. yg pijak gambar najib dan biadap dgn sultan johor dihukum. tetapi yg kencing gambar MB kelantan, memfitnah anwar dll tidak dihukum pulak....... KENAPA TUN M & NAJIB sangat sangat kebal?

    ReplyDelete
  2. Nampaknya adegan hina Raja/Sultan/Menteri Besar/Menteri/Ahli Politik/Mufti/Ulama/Ustaz oleh generasi muda belia abad 21 masih berlaku. Ada yg melabel mereka dgn istilah-istilah yg cukup tak elok..perkataan yg sangat biadab..These youngsters show no sign of respect..Mungkin pemikiran mereka agak bercelaru apabila saban hari didedahkan dgn pelbagai senario tidak sihat melalui media digital, khususnya senario politik pecah-belah-fitnah, percanggahan pemikiran di kalangan ulama/uztaz. Senario sedemikian tidak banyak membantu melahirkan generasi yg sopan, setia dan sepakat. Malah istilah "samseng" yg kerap dipaparkan dlm media tidak menggambarkan anak bangsa yg inovatif. Ianya sama spt US menggunakan istilah "terrorist" bagi menggambarkan golongan yg tidak sehaluan dgn mereka. Mengapa mereka begitu tergamak menghina Raja/Sultan walhal atas bahu merekalah dipertanggungjawabkan peranan sebagai Ketua/Pemimpin Agama. Firman Allah "Kami jadikan dikalangan mereka beberapa pemimpin yg membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama kami ..." Surah As Sajjadah.Sepatutnya kita sbg rakyat bukan setakat mendoakan kesejahteraan mereka malah sebagai sumber mendapatkan nasihat dan bimbingan utk mencapai keredhaan hidup di dunia dan akhirat. Rosas Delima.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...