Friday, 16 November 2012
KERANA GAMBAR INI, JUAK-JUAK UMNO MEROYAN NAIK MINYAK AJAK BOIKOT PRODUK DIGI!!!!!!...HANYA JAUHARI SAJA YANG KENAL MANIKAM!!!! HANYA DIGI SAJA YANG DAPAT HIDU UMNO BAKAL TUMBANG!!!!!
Gambar DiGi menjadi penaja salah satu ceramah DSAI Di Klang sempena Hari Deepavali tempoh hari, telah mengundang juak-juak UMNO menjadi berang dan naik angin satu badan.
Mengapa perlu juak-juak dan balaci-balaci UMNO meroyan apabila ada badan korporat sanggup dan berani menjadi penaja pada program anjuran PKR/PR?
Apakah negara kita bukannya sebuah negara demokrasi, dimana syarikat-syarikat gergasi berhak tanpa ada tekanan dan ugutan untuk menaja mana-mana program sama ada anjuran parti siasah maupun NGO yang pada hemat dan perhitungan mereka akan membawa untung dalam bentuk perniagaan atau melonjakkan jenama dan imej mereka.
DiGi adalah salah satu penyedia telekomunikasi dan jalur lebar yang terbesar dinegara ini selain Celcom, TM dan Maxis.
DiGi selalu dianggap sebagai peneraju dan perintis, dalam memperkenalkan produk-produk baru untuk pengguna. Berwawasan dan cekap menghidu peluang yang terbentang luas serta pakar dalam memfokus masa depan dalam bidang perniagaan telekomunikasi.
Ada saja produk-produk baru diperkenalkan dari masa kesemasa... Celcom, TM dan Maxis lebih merupakan sebagai pengikut dan bukan sebagai pencetus idea.
Adakah DiGi, dengan berani sanggup menjadi penaja sebagai tanda Korporat gergasi ini sudah dapat menghidu dan menjangkakan yang Pakatan Rakyat bakal menerajui negara ini pada PRU 13 nanti?.
Lagi pun penajaan DiGi hanyalah di negeri Selangor, negeri dimana PKR/PR menjadi parti pemerintah dan UMNO sebagai pembangkang.
Masakan itu pun juak-juak UMNO masih tidak dapat memahami dan enggan menerima kenyataan.
Admin tidak akan terkejut jika banyak lagi badan-badan korporat lain akan mengikut jejak langkah bijak yang diterajui DiGi ini.
Baru DiGi menaja, UMNO dah meroyan naik angin satu badan.
Bangunlah dari kepompong khayalan dan mimpi disiang hari.
Terimalah kenyataan yang negara kita bakal berlaku satu perubahan demi kemakmuran dan kebahagian rakyat.
HANYA JAUHARI SAJA YANG KENAL MANIKAM... HANYA BADAN KORPORAT YANG BIJAK SAJA MAMPU MENGHIDU PR BAKAL MENERAJUI PUTRAJAYA PADA PRU 13 NANTI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment