Thursday 15 November 2012

BEKAS KETUA PENGARAH LEMBAGA PEMBANGUNAN PERINDUSTRIAN MALAYSIA (MIDA) MENERIMA TEKANAN PIHAK TERTENTU SEHINGGA MENOLAK TAWARAN KERAJAAN PKR/PR NEGERI SELANGOR SEBAGAI PENGERUSI JAWATANKUASA BEBAS MENGKAJI KELULUSAN PROJEK PEMBINAAN KONDOMINIUM DIBATU CAVES?????



Usaha mencari jalan penyelesaian pembinaan kondominium kontroversi di Batu Caves semakin rumit apabila Datuk N Sadasivan menolak tawaran kerajaan negeri Selangor sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi menangani isu tersebut.

Beliau yang dihubungi The Malaysian Insider pagi tadi mengakui telah menolak (decline) tawaran daripada kerajaan negeri tersebut.


“Ya saya terima tawaran itu. Tapi saya telah menolaknya,” kata bekas ketua pengarah (KP) Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) itu.


Apabila ditanya mengapa keputusan tersebut diambil, beliau enggan memberikan alasan.


“Buat ketika ini saya tidak boleh komen. Terima kasih,” tambah Sadasivan.


Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan perlantikkan Sadasivan sebagai pengerusi jawatankuasa bebas projek pembinaan kondominium di Batu Caves sebaik pengumuman perdana menteri (PM) Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu membatalkan projek tersebut jika berjaya menawan Selangor.


“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju untuk melantik Datuk N Sadasivan sebagai pengerusi jawatankuasa bebas bagi mengkaji kelulusan projek pembinaan kondominium di Batu Caves,” katanya dalam satu kenyataan yang dikirim.


Menurut kenyataan itu lagi, perlantikan Sadasivan adalah kerana pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran bersama kerajaan dan swasta sebelum ini.


“Beliau berpengalaman dalam bidang pentadbiran serta pengurusan, pernah memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat swasta dan dua institusi kewangan kerajaan iaitu Bank Negara dan Pengurusan Danaharta Nasional Berhad serta pernah dilantik ke Lembaga Pengarah Petronas,” tambah Abdul Khalid.


Beliau turut membidas Najib kerana ia jelas membuktikan BN terdesak bagi meraih populariti dan sokongan dan bukannya untuk menyelesaian masalah.


“Ia adalah jelas kenyataan itu bagi meraih populariti dan sokongan dan bukannya untuk menyelesaian masalah,” kata beliau lagi.


Ekoran kenyataan Najib itu juga, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor membidas janji itu dengan menyifatkan ia sebagai rasuah politik kepada pengundi masyarakat India.


Pemimpin PR juga membidas Najib sebagai tidak bertanggungjawab kerana menggunakan isu sensitif semata-mata untuk menarik pengundi kaum India.


“Ia adalah rasuah... Saya rasa adalah sesuatu yang pelik seorang PM berkata begitu,” kata ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco) Selangor, Xavier Jayakumar (gambar) kepada The Malaysian Insider.


“Malahan dengan memberi ucapan kepada masyakat dikategorikan sebagai berpendapatan rendah secara demikian... ia sesuatu yang pelik.


“Mereka tidak memiliki jaminan daripada segi kesihatan, pendidikan dan perumahan seperti diketahui tetapi kamu memainkan janji seperti ini di depan mereka.


“Lebih baik beritahu mereka — kamu akan lebih teruk jika kamu tidak lakukan perkara ini (undi kepada BN) dan saya (PM) tidak kisah jika kamu tidak lakukannya,” tambah beliau lagi.


Pada 30 Oktober lalu, kerajaan negeri Selangor memberikan arahan untuk menghentikan pembinaan kondominium 29 tingkat di Batu Caves serta melantik badan penyiasat bebas.


Projek kondominium Dolomite Park Avenue yang dibangunkan oleh Dolomite Properties Sdn Bhd, adalah isu sensitif kerana projek tersebut berhampiran dengan Batu Caves, tempat keagamaan penganut Hindu kira-kira 1.7 juta orang di kawasan bandar di Selangor.


No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...