Friday, 30 November 2012
GEMPAR!!!!...UMNO TERLALU GHAIRAH SERANG DSAI DAN PKR DIPERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012, HASILNYA NAIB KETUA WANITA UMNO SEMPORNA TINGGALKAN UMNO MASUK PKR!!!!!
PETALING JAYA - Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu untuk menyertai PKR.
Katanya, tindakan tersebut diambil atas alasan sudah hilang keyakinan serta kepercayaan terhadap kepimpinan Ketua Bahagian Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal.
Kalasahan mendakwa, Shafie yang juga anggota Kabinet Pusat mengamalkan sifat pilih kasih dan kronisma, dan amalan itu semakin menebal dalam corak kepimpinan Umno Semporna.
"Kepimpinan Umno Bahagian Semporna sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.
"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.
"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.
Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.
"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.
"Saya cuma ingin menasihatkan kepada pemimpin Umno untuk menghentikan segala fitnah dan jadilah pemimpin yang telus," katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, suami Kalasahan, Ab Habi Mustapha yang juga ahli jawatankuasa Umno Semporna mendakwa, Shafie selaku Ketua Bahagian juga gagal memikirkan masalah rakyat dan negara.
Beliau mendakwa, perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat Semporna begitu serius tertutamanya wujud beberapa cawangan Umno dalam satu kampung.
"Bayangkan dalam sebuah kampung itu, ada 17 cawangan Umno. Ada yang ada tiga cawangan.
"Dari segi ekonomi pula, jawatankuasa bahagian tidak ada langsung perancangan untuk membasmi kemiskinan membabitkan penduduk kampung," katanya yang telah meletak jawatan dan umum keluar Umno pada 17 November lalu dan menyertai PKR.
AB. Habi menambah, lima hari sebaik beliau mengumumkan keluar dari parti itu, beberapa media melaporkan yang dia telah dipecat dari Umno.
"Untuk apa kata saya dipecat sedangkan saya sudah keluar dari Umno lebih awal.
"Ini menunjukkan kerakusan beberapa pihak yang tidak habis-habis," katanya lagi.
Ketika ditanya mengapa memilih PKR, Ab. Habi berkata, beliau yakin parti itu benar-benar memperjuangkan hak rakyat.
"Dasar yang diperjuangkan amat jelas dan tidak memfitnah sana-sini," jelasnya lagi.SH
INI DINAMAKAN PERHIMPUNAN SYOK SENDIRI....BUKANNYA MENAMBAHKAN SOKONGAN RAKYAT KEPADA UMNO TETAPI ORANG KUATNYA PULA YANG MENINGGALKAN UMNO MASUK PKR...
LAGI KUAT DISERANG LAGI RAMAI YANG BAKAL MENYEBERANG...MOHON SUPAYA UMNO TERUS MENYERANG, SEBAB INI AKAN MENYUMBANG KEPADA RAMAI LAGI PARA PEMIMPIN UMNO DIPERINGKAT BAHAGIAN DAN CAWANGAN YANG BERHIJRAH KE PKR/PR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Yahoooo... Mari kita tunggu dan lihat... siapa tahu Hisamuddin pula masuk PKR
ReplyDeletekene kejar dgn lembu tu....lari..........
ReplyDelete