Monday 31 December 2012

PADAN MUKA KERAJAAN PKR/PKR SELANGOR....AMBANG TAHUN BARU 2013 DIDATARAN MERDEKA SHAH ALAM TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN RAKYAT!!!!!!



Betullah seperti kata cai-cai UMNO termasuk para pemimpinnya... Rakyat Selangor sudah bosan dan muak dengan kerajaan PKR/PR Selangor pimpinan YAB Tan Sri Datuk Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Lihat saja gambar yang dimuat naikkan suasaana di dataran Merdeka Shah Alam yang dirakamkan ketika acara baru nak bermula.

Mana ada orang nak datang beb!!!!

Gambar ni mungkin dituduh diedit menggunakan photoshop yang nampak begitu real sekali macam gambar tulen.

INIKAH REKA BENTUK KERETA PROTON PREVE HATCHBACK?????

Tiada lagi elemen kejutan dari proton apabila reka bentuk Proton Preve Hatchback kini sudah pun tersebar luas di internet.

Informasi dihujung jari.

Lepas ini tiada lagilah gerak kerja membungkus Proton Preve Hatchback semasa membuat penghantaran ke semua bilik pamiran Proton Edar di seluruh negara sebelum pelancaran oleh Najib Razak nanti.


UMNO JOHOR BERGEGAR!!!!...KETUA UMNO BAHAGIAN SEKIJANG BAHARUM MOHAMMAD DAN TIMBALANNYA AYUB RAHMAT GADUH BESAR BAKAL PECAH TERBELAH DUA!!!!!!



Sudah menjadi rahsia umum (open secret)...Permusuhan terbuka antara YB Datuk Baharum Mohammad (MP Sekijang merangkap Ketua UMNO Bahagian Sekijang) dengan YB Datuk Ayub Rahmat (ADUN Kemelah/Timb Ketua UMNO Bahagian Sekijang) sudah berlaku sekian lama.

Rahsia terbuka memang di akui sendiri oleh ahli ahli dalaman UMNO Bahagian Sekijang.

Kini UMNO Bahagian Sekijang terdapat dua kem. Kem Datuk Baharum dan Kem Datuk Ayub .

Ayub tidak di senangi oleh Baharum kerana Ayub bercita-cita besar mau dipilih menjadi calon di Parlimen Sekijang pada PRU 13 nanti.

Jika menang berhasrat mau membina pengaruhnya sendiri sekali gus dengan  menyingkirkan Baharum.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, Ayub di lihat cuba melebarkan pengaruhnya di seluruh parlimen Sekijang dengan membuat pelbagai program parti dan kerajaan di luar dari kawasan DUN beliau., DUN Kemelah.

Ayub secara terbuka menambah  penyokong dengan cara cuba memikat dan memacing para penyokong Baharum.

Perkara ini sudah pun dalam pengetahuan Baharum sendiri. Ini membuatkan Baharum kurang senag dan marah gelagat Ayub yang dilihat sebagai cuba tikam belakang.

Dalam Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Sekijang 2011 yang lalu yang dirasmikan oleh DS Hishamuddin Hussein, Baharum dalam ucapan alu-aluannya secara terbuka menempelak tindakkan Ayub.

Perkara itu tidak melemahkan semangat Ayub untuk terus mau menumbangkan Baharum di Bahagian Sekijang.

Ini dikuatkan lagi apabila sudah ada ura-ura namanya tidak di senaraikan sebagai calon pada PRU 13 nanti untuk mempertahankan DUN Kemelah.

Untuk itu beliau perlu  membuat sesuatu untuk menarik perhatian ahli-ahli UMNO Bahagian Sekijang dengan mencadangkan supaya Johor melaksanakan hukuman hudud yang sebagai cara lebih berkesan untuk mencegah jenayah.

Isu mengenai agama amat mudah mengusik jiwa orang-orang Islam.. Perkara ini tidak terkecuali kepada ahli-ahli UMNO walaupun membawa perjuangan kebangsaan Melayu.

Cadangan dan syor Datuk Ayub Rahmat itu di lihat sebanyak sedikit telah melonjakan sokong beliau di kalangan ahli-ahli UMNO Bahagian Sekijang.

Ini yang menggusar dan membuat Datuk Baharum Mohammad gelabah,pucat lesi bercampur meluat kepada Ayub Rahmat.

 Kemuncak kemarahan dan kebencian Datuk Baharum Mohamad kepada Datuk Ayub Rahmat ialah ketika atas inisiatif dan daya usahanya sendiri memacakkan beberapa biilboard mengajak Muslimah Tutup Aurat disekitar Parlimen Sekijang dan DUN Kemelah.

Ahli-ahli UMNO kini sudah terasa dan melihat hanya Datuk Ayub Rahmat ada sedikit mempunyai jiwa dan semangat Islam, suatu semangat yang kena akui amat jarang dimiliki oleh para pemimpin UMNO.

Untuk berhadapan dengan PAS , mau tidak mau kena ada pemimpin UMNO yang berjiwa "Islam" ataupu setidak tidaknya kelihatan ada roh Islam.

Hal ini sudah pasti memberi tekanan yang cukup kuat kepada Datuk Baharum selaku Ketua UMNO Bahagian Sekijang yang bakal mengadakan pertandingan dan pemilihan pucuk pimpinan parti selepas PRU 13 nanti.

Pilihan yang ada pada Datuk Baharum dan Datuk Ayub ialah mereka perlu bersikap sama ada  KAU TERSINGKIR ATAU SAYA YANG TERSUNGKUR..
Maka sudah pasti Datuk Ayub Rahmat akan menentang Datuk Baharum Mohamad untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Sekijang, Johor.

Percaturan perlu bermula dari sekarang..Percaturan yang membawa pada kepada UMNO Bahagian Sekijang.

Saiapa pun antara mereka yang bakal menerajui UMNO Bahagian Sekijang, yang pasti UMNO bahagian tersebut sudah pecah terbelah dua.

UMNO PECAH... RAKYAT MEWAH.

PERGH!!!!!! RIBUAN MANUSIA MEMBANJIRI CERAMAH ULAMA MUDA UMNO YANG PALING TERSOHOR SEANTARO DUNIA, USTAZ FATHUL BARI DI BANDAR TUN RAZAK MALAM TADI!!!!!!!!!!!


FUYOOO!!!!!!.. Ulama Muda UMNO yang paling tersohor seantaro dunia, Uztaz Fathul Bari memang dikagumi, disanjung, dijulang dan dihormati.

Ceramah beliau kini sudah mencecah puluhan ribu beb!!!!..

Terbaru ceramahnya di Bandar Tun Razak malam tadi.

Punyalah ramai hingga tidak terkata-kata!!!!...


Kalau tidak percaya.. tengoklah sendiri gambar-gambar yang dimuat naik.

Ooppss.. silap gambarlah beb!!!!.. Belum sempat nak edit lagi ni.

Sorilah wahai Pemuda UMNO sebab muat naik gambar yang belum diedit.


GEMPAR PANAS TAPI BENAR!!!!!!... TELINGA ADNAN YAAKOB SUDAH KENA POTONG SEBENTAR TADI DIBENTONG, PAHANG!!!!!!!


Baru sebentar tadi satu upacara memotong "telinga adnan yaakob" telah dijalankan di Bentong Pahang sebagai satu upacara simbolik menyahut cabaran Menteri Besar Pahang DS Adnan Yaakob, yang beliau akan memotong telinganya dan terjun Sungai Pahang jika DAP/PR mampu tewaskan MCA/BN di Parlimen Bentong pada PRU 13 nanti.

Upacara itu diketua oleh kartunis terkenal, merangkap Ketua Editor Akhbar KEADILAN  Zunar.

Telinga yang dimaksudkan itu ialah biskut telinga yang diberinama biskut telinga ADNAN.

SUNGGUH SEDIH DAN MENYAYAT HATI....MAYAT-MAYAT ORANG ISLAM YANG DIKOREK DIPENGERANG, JOHOR DILAYAN MACAM SAMPAH BAHAN BINAAN!!!!



Lihatlah mayat-mayat orang Islam yang dikorek di Pengerang, Johor. Cukup sedih pilu dan menyayat hati.

Dibungkus dan dilonggok begitu sahaja di bawah pokok. Dihempap dengan cangkul atas kenderaan.

Mana etika dan syariat yang dijamin oleh Kerajaan Negeri Johor, negeri kelahiran UMNO seperti terkandung dlm Majalah Holistik edisi Pengerang?

Ini bukan soal politik, Mana pergi terbang melayangnya sensitiviti masyarakat Islam kita terutama di Johor.

DIMANA?.

GEMPAR TAPI BENAR.....PRESIDEN MCA CHUA SOI LEK DAN TIMBALANNYA LIOW TIONG LAI BERGADUH!!!!!!...MCA KINI RETAK TUNGGU HANCUR BERDERAI!!!!!!



RAKAN PALING KARIB DAN DISAYANGI UMNO SEJAK SEBELUM MERDEKA, MCA KINI RETAK TUNGGU HANCUR BERDERAI!!!!!

KUALA LUMPUR, 31 Dis — Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata perkara sensitif yang tidak menguntungkan MCA seharusnya tidak dibangkitkan dalam suasana kritikal sekarang sebelum pilihan raya umum 2013 tahun hadapan, memandangkan pertelagahan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang blogger pro Umno masih lagi berlaku.

Dr Chua dilaporkan berkata kepada blogger pro Umno agar Liow tidak mencabarnya untuk jawatan presiden, dan berkata seterusnya Datuk Seri Ong Tee Keat akan melompat parti jika Parlimen digantung selepas pilihan raya.

Khamis lalu, Dr Chua berkata kepada blogger Liow tidak seharusnya bertanding kerusi presiden kerana ia hanya akan menamatkan karier politik Menteri Kesihatan itu.

“Nasihatnya kepada Datuk Liow Tiong Lai, timbalan presiden MCA untuk bersabar dan tidak mencabarnya untuk kerusi presiden. Beliau berkata sekiranya Liow tewas, ia akan menjadi penamat untuk kariernya. Beliau berkata kesemua timbalan presiden MCA tidak pernah menjadi presiden, kecuali seorang — dirinya,” kata Syed Akhbar Ali dalam blognya (syedsoutsidethebox.blogspot.com).

Liow berkata beliau telah membalas kenyataan Dr Chua itu di laman sosial Facebooknya dan tidak akan menghulas lanjut perihal isu dalaman MCA, kerana menurutnya apa yang lebih penting adalah memastikan parti bersatu, lapor akhbar Sin Chew Daily hari ini.

Jumaat lalu, Liow menulis di laman Facebook miliknya tidak ada faedahnya kepada MCA untuk membangkitkan isu ini pada “saat genting” apabila parti sedang berhadapan pilihan raya ke-13.

“Saya merasakan tidak patut dibangkitkan sebarang kenyataan yang tidak bermanfaat kepada parti ketika ini,” katanya menggunakan bahasa Mandarin.

Liow menjelaskan, ahli MCA seharusnya mengalihkan serangan mereka ke luar parti, dan bukan kepada ahli mereka sendiri.

“Saya percaya ahli MCA akan berjuang untuk perkara yang sama dan hidup bersama-sama walaupun ada perbezaan, pastikan serangan dihalakan ke luar, dan senjata tidak diacukan kepada ahli sendiri.

Dalam laman Facebooknya juga, Liow menjelaskan ahli MCA mempunyai tanggungjawab untuk memastikan parti membawa aspirasi masyarakat Cina, dan mengenapikan “kepentingan peribadi atau menang kalah.”

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Dr Chua dalam kenyataan di Facebook itu.


BELUM MASUK BERTEMPUR PRU 13 LAGI, MCA DAH NAK PECAH BERDERAI... SELEPAS PRU TERUS HANCUR LEBUR JADI DEBU!!!!!

FAKTA BERGAMBAR!!!!...KARNIVAL SAYANGI SELANGOR ANJURAN UMNO/BN NEGERI SELANGOR DI SHAH ALAM MALAM TADI, TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN SEPERTIMANA YANG DIHARAPKAN PENGANJUR!!!!!


BIAR GAMBAR SEBAGAI SAKSI BERBICARA!!!!!

Lihat dengan mata kepala sendiri... bukan nak mengata dan mencaci....tetapi fakta bergambar sebagai saksi berbicara.

Rakaman gambar ketika waktu puncak dengan kehadiran Koordinator BN Selangor, Zain Badak.

Kalau begini saja sambutan yang diberikan oleh rakyat Selangor kepada satu acara yang dihebohkan serata negeri melalui media arus perdana walaupun dihidangkan dengan hiburan, suatu petanda yang UMNO amat sukar nak gugat apatah lagi nak rampas kembali Selangor dari tangan PKR/PR pada PRU 13 nanti.

Itu adalah realiti semasa.

Kebelakangan ini apa jua program dan acara yang dianjurkan UMNO/BN di negeri Selangor sambutan boleh dikatakan termasuk dalam kategori hambar.

Masuk percuma, ditambah lagi dengan cabutan bertuah tidak mampu nak gamit dan tawan hati dan minda rakyat.

Yang hadir pun bukan semuanya menyokong UMNO/BN..ITU ADALAH KENYATAAN.

Kalau UMNO masih lagi terperangkap dengan modal politik purba pupus tarikh untuk pikat hati rakyat, alamatnya UMNO bakal tumbang kecundang dalam PRU 13 nanti.. INS'Y ALLAH.

WARGA BENTONG DAPAT BISKUT TELINGA ADNAN YAAKOB SECARA PERCUMA!!!!

Sekumpulan aktivis Himpunan Hijau hari ini mengedarkan biskut dinamakan 'Biskut Telinga Cap Adnan' di bandar Bentong sebagai cara untuk mengingatkan warga kawasan tersebut kepada kiasan "potong telinga" oleh Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

Aktivis Chen Sit Yong, 56, yang membantu mengedarkan biskut berbentuk telinga itu berkata usaha berkenaan bagi membangkitkan kesedaran warga Bentong mengenai kenyataan Adnan berhubung kebimbangan orang ramai ke atas projek Lynas.

"Kami tidak berpuas hati dengan kenyataan Adnan, yang memperkecilkan kebimbangan rakyat mengenai Lynas," katanya.

Pengedaran biskut berkenaan diadakan sempena konvoi 200km dari Kuala Lumpur ke Kuantan yang akan berakhir dengan perhimpunan di loji Lynas di Gebeng malam ini.

Chen menambah, pengedaran biskut itu juga bagi memastikan Adnan, yang merupakan seorang ADUN dalam kawasan parlimen Bentong, tewas dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita mahu wujudkan kesedaran, supaya orang tempatan di sini akan membantu agar Adnan benar-benar memotong telinganya (dengan menyebabkan ADUN Umno itu tewas dalam pilihan raya)," kata Chen.

Adnan pada awal bulan ini bahawa beliau hanya berkias ketika menyatakan kesediaannya untuk memotong telinganya jika BN tewas di kawasan Bentong.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum itu berhubung keyakinannya bahawa loji Lynas merupakan isu di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.

"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya.

DENGAR KATANYA TIADA SIAPA YANG SANGGUP NAK KUNYAH DAN GIGIT BISKUT BERKENAAN WALAUPUN DIBERIKAN PERCUMA....BISKUTNYA SEDAP TAPI BILA DIKAITKAN DENGAN PEMIMPIN UMNO TERUS PATAH SELERA NAK MAKAN.

JOM LIHAT WAJAH-WAJAH BLOGGER UMNO YANG CHUA SOI LEK KATA LANGSUNG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI... KAKI BELIT DAN PENIPU!!!!!

Inilah dia wajah-wajah blogger UMNO yang Presiden MCA, Chua Soi Lek naik angin satu badan sebab memutar belitkan wawancara beliau dengan mereka tempoh hari, sampaikan menimbulkan kata-kata keras dari mantan Presiden MCA, Ong Tee Keat agar dirinya mendapatkan rawatan pakar sakit jiwa.

Selalunya yang memerlukan rawatan pakar sakit jiwa ialah manusia yang gila atau kaki meroyan setiap masa!!!!.

Presiden MCA itu dikhabarkan berpatah arang berkerat rotan dengan semua blogger mesra ketat UMNO.

UMNO KALAU BOLEH PERCAYA... KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.

BILA RAKYAT DILANDA BENCANA JKKK DAN WAKIL RAKYAT UMNO TAK NAMPAK MUKA.....YANG MULA-MULA BERIKAN BANTUAN IALAH UNIT AMAL MALAYSIA!!!!

EDISI KANTOI!!!!... LAGI SEORANG PEMIMPIN UMNO TERKANTOI KERANA MENIPU DAN TIDAK TEPATI JANJI!!!!!!!

Lagi sekali terbukti yang janji dan cakap pemimpin UMNO langsung tidak boleh dipakai dan dipercayai.

Pemimpin UMNO yang dimaksudkan admin kali ini ialah dari UMNO Bahagian Merbok, Kedah Darul Aman, Dato' Hj Tajul Urus.

Bermula dari satu posting diwallnya di Facebook semalam mengenai satu gambar longgokkan sampah disalah satu kawasan taman perumahan di Merbok yang beliau cuba nak spin kononnya mau mempersalahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), tetapi apabila admin memberikan 2 komen, kerana yang harus dipersalahkan ialah penduduk yang membuang sampah kerana tidak menggunakan tong yang disediakan.

Admin memberitahu, jangan cuba nak spin belitkan berita dengan manabur fitnah semata-mata mau menanamkan rasa kebencian rakyat kepada kerajaan PAS/PR Kedah Darul Aman dibawah pimpinan Datu Seri Azizan Razak, demi batuan politik (political milage)

Apabila beliau sedar akan ada kebenarannya akan komen-komen admin itu, lantas beliau padamkan (delete) terus posting bergambar tersebut.

Tetapi yang membuat beliau terkantoi londeh, ialah disatu posting beliau telah disergah oleh seorang warga Merbok tinggal di Taman Songket, mau menuntut janji yang beliau taburkan kira-kira setahun yang lalu..Sebuah khemah, 10 meja dan 40 buah kerusi.

Posting kantoinya itu admin telah printscreenkan...Boleh lihat dan baca sendiri....Admin juga ada memberikan komen, mengakibatkan akaun admin terus diblock oleh beliau.

Hujah admin mudah....Kalau berjanji mau berikan kepada rakyat hanya merupakan sebuah khemah, 10 meja dan 40 kerusi pun sanggup pemimpin UMNO khianati dan menipu, IKUT HUKUM AKAL LOGIK.....APA JAMINAN PERKARA YANG MEMERLUKAN WANG DAN PERUNTUKAN DANA YANG BESAR UMNO TIDAK AKAN MENIPU DAN KHIANATI?
CAKAP DAN JANJI UMNO KALAU BOLEH PERCAYA.....KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.



SAMBUTAN HARI KELUARGA PKR CABANG KAPAR YANG AWESOME!!!!



Sambutan hari keluarga PKR Cabang Kapar buat julung-julung kalinya telah berlangsung dengan suasana yang sangat meriah dengan kehadiran ahli-ahli jawatankuasa bersama keluarga masing-masing di Sunshine Bay Resort Port Dickson.

Antara tujuan program ini adala bagi memberi kesempatan kepada ahli-ahli dari setiap lapisan untuk berkenalan dengan keluarga rakan sejawat serta mengeratkan silaturahim. Selain itu melalui acara riadah yang telah diaturkan telah dapat memupuk hubungan baik dan akrab dalam suasana yang santai dan sangat mesra.

Tuan Azizi Bin Ayob selaku Ketua Cabang Kapar sempat melahirkan perasaan amat terharu dan gembira dengan kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan oleh ahli-ahli yang turut serta dalam acara santai ini, beliau juga menekankan bahawa penganjuran program ini merupakan ganjaran yang diberikan olehnya bagi mengenang jasa anggota parti yang setia berkhidmat tanpa mengenal  erti penat dan jemu. Maka itu tidak hairan la kami diberikan penginapan mewah merupakan Penthouse di resort tersebut, menariknya di sini, Bos sendiripun menginap di apartment biasa je...omak merasa terharu atas layanan tip top yang diberikan oleh KC dan isterinya selama program ini dijalankan. 

Dalam mood bersantai kami juga telah diberikan taklimat gerakkerja dan persediaan untuk menghadapi PRU13 oleh Timbalan Ketua Jentera Piliharaya kami iaitu Dr Nedunchelian.

Pujian harus diberikan kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat kerana telah bertungkus lumus memastikan program ini berjalan lancar.

Tuan Azizi Bin Ayob yang omak kenal selama ini adala pemimpin yang sangat komited dalam urusan kebajikan untuk rakyat malahan beliau tidak pernah lupa menjaga kebajikan ahli-ahlinya juga. Ini la ciri-ciri pemimpin yang kita mahukan, seorang pemimpin yang membuang jauh perumpamaan "Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan". Omak sangat berbangga dan berharap akan terus setia dan berkidmat di bawah naungan Tuan Azizi andaikata khidmat omak masih diperlukan..hehehe...(ni bukan stetmen bodek mintak gaji naik tau tapi ikhlas dari hati)

Kepada Tuan Azizi Bin Ayob, tahniah dan ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga omak ucapkan atas segala yang tuan berikan, hanya Allah swt saja yang dapat membalaskan.



Sunday 30 December 2012

WAJAH-WAJAH PEJUANG ISLAM DARI PERKASA NEGERI TERENGGANU YANG MINTA TGHA BERTAUBAT DAN TARIK BALIK AMANAT BELIAU DEMI AQIDAH ISLAM!!!!!!

Inilah dia wajah-wajah pejuang "Islam" yang sebenar dari kelompok PERKASA Negeri Terengganu.

Cara keterampilan mereka pun memang memperlihatkan mereka sememangnya pejuang Islam yang sebenar dan cukup kental... Berilmu, berani dan berakhlak mulia.

Contoh ikutan dan layak sangat dijadikan ikon.

Tak rugi Ibrahim Ali memiliki ahli sedemikian punya standard... Amat sukar dan jarang boleh ketemui dizaman ini.

GAMBAR PRESIDEN IRAN, MAHMOUD AHMADINEJAD BERBAJU KOYAK DALAM UPACARA RASMI, TERSEBAR LUAS DIINTERNET!!!!

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berbaju koyak dalam satu upacara rasmi menyambut tetamu, tersebar luas diinternet.

Cukup tersentuh akan kesederhanaan hidupnya.

ULAR MENYUSUR AKAR TIDAK AKAN HILANG BISANYA.


KERANA TAKSUB DAN BODEK MELAMPAU.....SANGGUP KATA NAJIB LAGI BIJAK DARI NABI MUHAMMAD SAW....

Agak-agak perempuan ini menganut dari parti mana sampai tergamak dan sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian...'SEBIJAK-BIJAK NABI MUHAMMAD SAW... BIJAK LAGI NAJIB'..

Inilah akibatnya apabila budaya ampu bodek melampau sudah menjadi sebahagian dari budaya UMNO.

Jika nak rapat dengan pemimpin UMNO kena kuat sikit bodek.

Nak ambil hati Najib sampai sanggup dan berasa megah, kata Najib lebih bijak dari Nabi Muhammad SAW.

KEADAAN BUKIT SETIAWANGSA SEMAKIN TERUK!!!!!... MUNGKIN RUMAH-RUMAH BERHAMPIRAN AKAN RUNTUH DALAM MASA TERDEKAT INI?????

Kedudukkan di Bukti Setiwangsa semakin buruk dengan pergerakan tanah...

Gambar terkini menunjukkan beberapa buah rumah bakal tersembam runtuh dalam waktu terdekat ini.

Kesemua rumah dipercayai sudah mula dikososngkan atas nasihat Polis dan Jabatan Bomba semalam.

BERITA PANAS MENDIDIH TAPI BENAR!!!!!....EKORAN ONG TEE KEAT KATA CHUA SOI LEK PATUT JUMPA PAKAR SAKIT JIWA, CHUA SOI LEK KATA BLOGGERS PRO-UMNO LANGSUNG TIDAK BOLEH DIPERCAYAI!!!!..BARU TAHU??....PADAN MUKA WEH!!!!!!.



Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini mengecam tindakan blogger Umno memutar belit kenyataannya ketika pertemuan dengan mereka Rabu lalu, dan menuduh blogger pro Umno itu tidak beretika. 

Presiden MCA itu menegaskan, beliau kecewa dengan tindakan segelintir blogger tersebut yang mendedahkan butiran perjumpaan mereka malah menegaskan beliau tidak akan berjumpa dengan mereka lagi kerana dakwanya ingin menghancurkan MCA. 


“Saya sangat kecewa dengan blogger pro Umno ... mereka tidak ikhlas tentang apa yang telah dibincangkan. 


“Ia perjumpaan tertutup dan saya ada bercakap tentang persiapan MCA hadapi pilihan raya umum ... Ada sesetengahnya hanya gurauan dan tidak patut didedahkan,” jelasnya menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan blogger Umno tersebut. 


“Mereka tiada etika melaporkan dan kefahaman dalam apa yang dibincangkan ... mereka melanggar janji itu,” tegasnya kepada pemberita ketika sidang media selepas majlis makan malam bersama NGO dari Bandar Tun Razak di sini. 


Soi Lek (gambar) bagaimanapun turut menegaskan beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka serta tidak lagi akan melayan sebarang permintaan daripada blogger tersebut selepas ini. 


“Jangan datang dan kacau saya lagi, mereka lebih suka 'spin' daripada membantu MCA. 


“Saya telah dimainkan oleh blogger pro Umno,” katanya lagi, dan menambah, akan lebih berhati-hati dengan blogger Umno. 


“Saya akan lebih berhati-hati, saya mempertikaikan tujuan mereka ... adakah mereka mahu bantu MCA atau hancurkan MCA,” tegasnya. 


Ketika pertemuan dengan blogger pro Umno Rabu lalu, Dr Chua dilaporkan berkata Ong menggunakan “faktornya” untuk mendapatkan sokongan di Melaka bagi mensabotaj beliau. 


Menurut Syed Akbar Ali, blogger pro-Umno yang menghadiri pertemuan itu, presiden MCA itu turut menjangkakan Ong akan meninggalkan parti jika berlaku penggantungan Parlimen. 


“Melihat kembali isu kurangnya sokongan dan beliau berbicara tentang Ong Tee Keat cuba mensabotajnya di Melaka. Dr Chua merasakan jika berlakunya penggantungan Parlimen selepas pilihan raya, Ong Tee Keat mungkin akan mengemas begnya dan pergi. Seperti Chua Jui Ming,” kata Syed Akbar dalam blognya.

APA LAGI NAK TUNGGU WAHAI PARA BLOGGER BERJIWA UMNO PEKAT TOTOK....BUATLAH BANTAHAN DAN DEMO SEBAB ANDA KALIAN SUDAH DIHINA OLEH PRESIDEN MCA, CHUA SOI LEK....TAPI UMNO MANA ADA MARUAH DAN BERANI DENGAN MCA KAN?

KALAU DENGAN PEMIMPIN MELAYU BUKAN MAIN GARANG GANAS LAGI...

CAKAP DAN JANJI UMNO KALAU BOLEH PERCAYA......KERBAU BOLEH PANJAT POKOK KELAPA.

Saturday 29 December 2012

ANTARA NAJIB DAN MUHYIDDIN....SIAPA DILIHAT ADA SEDIKIT BERJIWA RAKYAT?????.. SIAPA YANG PATUT MEMIMPIN UMNO DALAM PRU 13 NANTI????


Biarkan gambar berbicara sendiri sebagai bahan bukti, bukannya cakap pakai air liur basi.

Cuitkan minda tanya akal logik...tepuk dada tanya iman...Siapakah diantara dua pemimpin tertinggi UMNO kini yang ada berjiwa rakyat.

Admin bukannya penyokong UMNO, ahli UMNO jauh sekali, tapi sebagai warga negara Malaysia wajib membuat penilaian.

Rakyat maukan pemimpin turun padang melihat sendiri penderitaan dan kesusahan yang dialami mereka.

Semoga para ahli, penyokong dan pendokong UMNO kena bijak untuk memlih pemimpin yang wajar mengemudi parti mereka.



INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...