Friday 21 December 2012

ARAK BAKAL HARAM DIMINUM, DIJUAL DAN DIPROSES DI INDONESIA!!!!....SATU RANG UNDANG-UNDANG PENGHARAMAN MENJUAL,MENGELUAR DAN MENGAMBIL MINUMAN BERALKOHOL BAKAL DIBAHASKAN DIDEWAN PERWAKILAN INDONESIA TAHUN DEPAN!!!!!


JAKARTA, 21 Dis – Satu rang undang-undang mencadangkan pengharaman terhadap penjualan, pengeluaran dan pengambilan minuman beralkohol di Indonesia adalah antara 70 rang undang-undang penting yang dijadual dibahaskan oleh Dewan Perwakilan Indonesia tahun depan.

Cadangan pengubalan undang-undang itu, didraf oleh parti Islam tertua di negara ini, Perti Persatuan Pembangunan (PPP) akan memperkenalkan penalti berat bagi pengambilan semua minuman beralkohol.


Mereka yang didapati minum alkohol bakal dikenakan hukuman penjara dua tahun, pengedar berdepan hukuman penjara sehingga lima tahun manakala pengeluar bakal dikenakan penjara maksimum 10 tahun.


“Ini merupakan pengharaman muktamad, bukan sekadar cubaan untuk mengawal pengeluaran, pengedaran dan pengambilan alkohol,” kata Arwani Thomafi, Setiausaha  PPP di Dewan Perwakilan seperti dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Globe pada Jumaat.


Arwani berkata parti memperkenalkan rang undang-undang itu untuk membawa negara “seiring dengan garis panduan agama” serta untuk menangani impak negatif pengambilan alkohol secara berlebihan terhadap kesihatan seseorang.


Beliau berkata kawasan tumpuan pelancong dan “etnik tertentu” mungkin dikecualikan daripada larangan itu, bagaimanapun beliau tidak menjelaskan secara khusus kawasan pelancongan dan kumpulan etnik yang akan dibenarkan berbuat demikian di bawah larangan itu. – Bernama
NAMPAKNYA ANAK MAHATHIR TIDAK BOLEH BUKA KILANG ARAK DIINDONESIA.




2 comments:

  1. Nah.. amik ko kerajaan B-End.. Indo yang huruhara dgn masalah pun boleh nak kuatkuasakan undang2 Islam. Ini tidak, Kem Kesihatan sibuk suh org stop smoking, tapi minum arak tak salah plak. Bodoh punya undang-undang..thuiii..

    ReplyDelete
  2. Macam mana Malaysia nak haramkan production arak. Menteri2 semua kaki tonggang. Bakal ketua agama(Anak raja) semua kaki arak.
    Yang tak minum arak cuma rakyat2 yang dok pening pikir camana nak bayar bil letrik dan beli susu anak.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...