Tuesday 18 December 2012

MALAYSIA ANTARA NEGARA PALING SELAMAT SEANTARO DUNIA!!!!!!... ANAK POLIS MATI DITEMBAK KETIKA CUBA MELAKUKAN ROMPAKAN BERSENJATA!!!!!


KUALA LUMPUR – Hajat dua penjenayah merompak sebuah kedai serbaneka KK Mart di Taman Sri Rampai di sini dengan mengacukan parang ke arah juruwang tidak kesampaian apabila sepasukan polis tiba-tiba muncul di premis itu dan menembak mati seorang suspek.

Dalam kejadian pada pukul 4 pagi, suspek yang maut ditembak merupakan remaja berusia 19 tahun. Remaja itu mati di depan kedai rangkaian 24 jam itu akibat cedera di dada.

Difahamkan, suspek dipercayai anak kepada seorang anggota polis berpangkat Sarjan Mejar yang bertugas di Melaka.


SEBELUM INI NEGARA SERING DIGEMPARKAN DENGAN KISAH BEBERAPA ANGGOTA POLIS YANG MELAKUKAN JENAYAH BERAT, KINI GILIRAN ANAK BERANAKNYA PULA..

DIMANAKAH SILAPNYA?.. BUKANKAH ANGGOTA POLIS DIASUH DAN DIDIK SEBAGAI KAKITANGAN AWAM YANG SENTIASA BERADA DALAM SUASANA DISIPLIN YANG AMAT TINGGI?

MASIH RELEVANKAH KATA-KATA YANG NEGARA KITA ANTARA YANG PALING SELAMAT DIDUNIA?

MUNGKIN JUA ADA KEBENARANNYA APABILA MANTAN KETUA POLIS NEGARA, MUSA HASSAN, MOHON PIHAK PDRM DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI SUPAYA TIDAK MENYOROKKAN FAKTA STATISTIK JENAYAH YANG BERLAKU DIDALAM NEGARA KITA.

KEBENARAN TIDAK MAMPU LAGI DISOROK DENGAN AIR LIUR BASI, SEBAB KINI INFORMASI SUDAH BOLEH DIPEROLEHI DIHUJUNG JARI.



5 comments:

  1. MELAKA LAGI....

    NEGERI MAJU MACAM-MACAM ADA..

    TAKZIAH UNTUK KELUARGANYA.

    anak-anak usia macam tu mak bapak kena berkawan...semoga keluarga tetap bersabar

    ReplyDelete
  2. macam2 hal.... same2 kite jage anak2 kite...berlaku nye kes seprti ini kerana anak2 di abaikan dan di biar bebas...

    ReplyDelete
  3. tempat ambo smale.. (jale Baye)... ado kes tembak jugop.. mati..

    ReplyDelete
  4. Jenayah berlaku dimana mana sahaja dan siperlaku dari pelbagai lapisan masyarakat. Untuk mengatakan bahawa anak polis tidak terjerumus dalam kancah jenayah adalah suatu yg dengkel ianya boleh berlaku kepada anak sesiapa sahaja...takziah kepada keluarganya dan semoga menjadi pengajaran kepada keluarga yang lain.kita juga mempunyai anak atau anak kepada ibu bapa kita.. semoga kita terjauh dari segala musibah..

    ReplyDelete
  5. cuba tukar tulisan.. tulisan ni payah nak dibaca..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...