Wednesday, 12 December 2012
PENDERITAAN PELAWAK VETERAN DATUK YAHYA SULONG YANG DIARAHKAN KELUAR DARI FLAT KEDIAMANNYA, KERANA BERHUTANG RM800 DENGAN DBKL MENDAPAT BANTUAN DAN PEMBELAAN SEPANTAS KILAT DARI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT!!!!!!!
Setelah penderitaan pelawak dan artis veteran tanah air, Datuk Yahya Sulong disiarkan di media cetak dan elektronik termasuk media sosial, Pakatan Rakyat dengan pantas terus menghulurkan bantuan bagi meringankan beban beliau dan isterinya, Datin Alisah Ali.
Menurut ahli parlimen Batu, YB Tian Chua menerusi laman sosial bergambar yang semakin popular, Instagram, tunggakan sewa rumah berjumlah RM868 diselesaikan dengan menghulur sendiri wang yang diperlukan keluarga ini.
Selain YB Tian, ahli parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad turut berjanji akan meminta Kerajaan Selangor membantu menyelesaikan segala permasalahan Yahya sekeluarga.
Tian yang menziarahi Yahya dan isterinya di kediaman mereka di Flat Sri Perak, Bandar Baru Sentul dalam parlimen Batu semalam memberitahu, Pejabat ahli parlimen Batu akan menyelesaikan tunggakan tersebut sambil Wanita KEADILAN melalui Biro Kebajikan Artis yang diketuai penyanyi tanah air, Dayangku Intan akan meminta kerjasama Baitulmal Wilayah Persekutuan membuat tindakan susulan selepas kejadian yang menimpa pelawak veteran yang sedang uzur itu.
Dayangku Intan sempat membalas mesej Tian dengan mengucapkan terima kasih atas bantuan segera yang disalurkan melalui pejabatnya sebelum notis mengosongkan rumah yang diterima Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
Rakyat ingin melontarkan persoalan...Yayasan Artis 1Malaysia (YAT1M) yang dilancarkan Najib Razak tempoh hari ternyata gagal menyelesaikan kesusahan yang dialami Yahya termasuk persoalan ke mana dana RM2 juta yang dijanjikan persiden UMNO itu disalurkan.
Sementara itu, Wanita KEADILAN hari ini dijangka membuat kunjungan ke pejabat Baitulmal di ibu negara bagi mendapatkan penjelasan lanjut pihak mereka mengapa keperitan hidup Yahya dibiarkan begitu lama hingga menyukarkan mereka untuk terus hidup.
Ternyata Yahya boleh bernafas lega sementara Pakatan Rakyat mendapat penyelesaian kekal ke atas masalah yang menimpa mereka sekeluarga.
NAK HARAPKAN PEMIMPIN UMNO MELAYU NAK BANTU SEGERA JANGAN NAK MIMPILAH!!!!!.... CAKAP BERDEGAR-DEGAR DALAM PWTC KONONNYA UMNO PARTI MEMBELA NASIB ORANG MELAYU DAN MEMPERTAHANKAN AQIDAH UMAT ISLAM..POOODAHHH!!!!!
DISINI RAKYAT BOLEH LIHAT, FIKIR DAN NILAI PARTI DAN PEMIPIN MANA YANG YANG MEMBERI BANTUAN KEPADA WARGA MISKIN YANG MEMERLUKAN DALAM KADAR SEGERA.
UMNO TUMBANG ISLAM DAN MELAYU GEMILANG....UMNO KECUNDANG RAKYAT SENANG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Kat Kosmo depa cerita lain pulak... http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
ReplyDeleteBoleh percaya ke cerita kat kosmo ni?
alaaa jg nk bohong laaa....kan patut tian chua tu tlg dgn segera sbb tu dok dlm parliment dia....lg satu sbb pak ya tu agak terkenal gak walau hidup susah...sdg kan masih ramai lg rakyat biasa yg susah mcm pak ya tuu...tp mana pegi nyer tiang chuak nii...maslah kerosakan lift, masalah vandalism, masalah sampah masalah, masalah AIR yg smpi la ni xde 20% diskaun...kalu sekadar nk tunjuk publisiti murah mcm ni lg baik dok jer kat peranchis tu...sbr nyer PKR/PR lah yg banyak menyusahkan rakyat....peeee rraahhh....poodah dey
ReplyDeleteKesian kat org atas ni, kurang kasih sayang gamaknya...
ReplyDeletenampak sangat la kebodohan cai umno ni , masalah vandalism , lift and etc tu semuanya bergantung kepada pbt daerah masing2 . Contoh macam kl dipegang oleh dewan bandaraya kuala lumpur , kalau ada kerosakan lift , Yb tian chua hanya boleh mengadukan permasalahan ini kepada Dbkl je , Takkan la nak suruh dia baiki guna duit poket sendiri saudara . Tian chua bukannya dapat elaun berjuta-juta macam pemimpin OOUMNO . Harap saudara ni dapat mengubah diri menjadi melayu yang berfikiran cerdik. Salam
ReplyDeletehttp://eddyjugaks.blogspot.com/2012/12/ape-lah-malang-nasib-artis-veteran-nie.html
ReplyDeleteApe da..bazir jer korang btekak...jom g undila nanti. Tengok sapa yg kena!
ReplyDelete