Tuesday 31 July 2012

KES EKSEKUTIF TV9 YANG DIJUMPAI MATI DENGAN KESAN JERUTAN DILEHER....AHLI KELUARGA RAPAT SIMATI YANG KENA TAHAN ADALAH SUAMINYA...DISAHKAN OLEH KETUA POLIS SELANGOR.



P
olis menahan suami kepada Eksekutif Pentadbiran TV9, Syaleza Jaffar, 31, bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu yang mayatnya dikatakan ditemui tergantung di dalam biliknya di Apartmen Saujana, Petaling Jaya, kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, suami mangsa yang berusia 31 tahun itu ditahan di Segamat, Johor kira-kira pukul 10.15 malam bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan terhadap kes tersebut.

Katanya, pihaknya mengklasifikasikan kes kematian Syaleza di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Kita sudah buat penahanan (suami Syaleza) di Segamat, Johor dan kita bawa beliau ke sini (Selangor). Kita cuma tahan untuk siasatan lanjut dan reman seminggu bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

BUKTI BERFAKTA...JUMLAH RAKYAT YANG MENYAMPAH KEPADA LAGU TEMA MERDEKA KE-55 TAHUN, JANJI DITEPATI JAUH LEBIH BESAR DARI YANG MENYUKAINYA....PETANDA AMAT BURUK BAGI UMNO/BN!!!

SILA KLIK PADA FOTO JIKA MAUKAN PAPARAN YANG LEBIH JELAS DAN BESAR

Yang suka : 289
Yang Meluat: 20049



Jumlah yang benci kepada lagu tema Hari Merdeka, Janji DiTepati dimana penulis liriknya Rais Yatim, kini terbukti amat besar jika dibandingkan kepada mereka yang menyukainya..

Dari sumber Youtube amat jelas sekali rakyat amat meluat, menyampah dan benci kepada kerajaan Pusat yang sedia ada.

Luahan kebencian itu mereka terjemahkan kepada lagu Janji DiTepati.

Apakah kaji selidik kepercayaan rakyat yang dijalankan oleh Majlis Profesor Negara (MPN ) dan Merdeka Centre menyatakan Najib Razak jauh lebih dipercayai dari Anwar Ibrahim dan TGNA boleh diguna pakai?


PETANDA AMAT BURUK KEPADA UMNO/BN PIMPINAN NAJIB RAZAK...  INI AKAN MELAMBATKAN LAGI PEMBUBARAN PARLIMEN.

JOM KITA KENALI LEBIH RAPAT INSPEKTOR POLIS YANG BELASAH DUA PEKERJA HOTEL DENGAN BONTOT PISTOL DISEREMBAN ...





Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
  
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.
  
Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
  
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  
Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di Seremban pada tarikh yang sama.
  
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  
Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di Seremban pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.

Monday 30 July 2012

JANJI DITEPATI!!!!... TIDAK DAPAT GERAN TANAH ATAS ALASAN MESIN CETAK ROSAK!!!..




Para penduduk disebuah kampong di Ranau, Sabah naik berang apabila diberi alasan geran tanah mereka tidak dapat walaupun sudah berjanji selama 10 tahun, kerana mesin cetak rosak.

Alasan yang langsung tak masuk akal... Alasan yang memperlekehkan kebijaksanaan rakyat...Alasan yang membuli rakyat...Alasan yang mau terus menerus dijadikan bahan ugutan dan pancing undi rakyat.

Cukuplah...sekarang rakyat mau berubah..JOM TUKARRRRRR!!!!!!


PSSTT....SIAPA YANG PERINTAH SABAH EK?....DIMANA UMNO KUAT DISITU RAKYAT DILAYAN MACAM WARGA BANGSAT!!!

INSPEKTOR POLIS YANG BELASAH DUA PEKERJA HOTEL DENGAN BONTOT PISTOL DAN MEROSAKAN KENDERAAN ORANG AWAM DISEREMBAN 2, TELAH DIHERET KE MAHKAMAH SEREMBAN DENGAN ENAM PERTUDUHAN!!!



Seorang anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret berbeza, di Seremban atas enam tuduhan memukul, mengugut dan memecah cermin kereta dalam kejadian berasingan pada 17 Julai lalu.
  
Tertuduh, Insp Mohd Azuan Yasin, 32, membuat pengakuan tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, Haslina Basarudin dan S.Megaswary.
  
Di hadapan Mohamad Izwan dan Haslina, Mohd Azuan dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan masing-masing terhadap Mohamaed Nadzeem Zainal Larifin, 25, dan Koh Wen Gio, 32, dengan menggunakan objek keras berwarna hitam menyerupai senjata pistol kira-kira pukul 2.50 pagi di lobi Hotel S2 di Seremban pada 17 Julai lepas.
  
Bagi kesalahan ini, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tiga tahun, denda dan sebatan, mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
  
Mohd Azuan turut dituduh di hadapan kedua-dua majistret itu melakukan kesalahan dengan menakutkan secara jenayah ke atas kedua-dua mangsa dengan cara menggunakan senjata menyerupai pistol berwarna hitam di lokasi, masa dan tarikh yang sama yang mana sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  
Satu lagi tuduhan di hadapan Mohamad Izwan, tertuduh didakwa memecah cemin pintu hadapan kereta nombor pendaftaran MBB 1531 milik Tan Chee Luan, 25, yang menyebabkan kerugian RM150 dalam satu kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di sebuah kedai kopitiam di Temiang di Seremban pada tarikh yang sama.
  
Bagi pertuduhan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
  
Di hadapan Majistret S.Megaswary, tertuduh dituduh memecah pintu kereta belakang sebelah kiri, nombor pendaftaran NBV 8822 milik Tan Chee Hold, 32, yang menyebabkan kerugian RM180 dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 pagi di kedai kopitiam dekat Temiang di Seremban pada tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,500 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan kesemua kesnya akan disebut semula pada 13 September depan.
  
Bagi semua kes, tertuduh diwakli peguam bela Hanif Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin.

Dalam pada itu, Mohamad Izwan dan Haslina turut mengarahkan agar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar luas di dalam laman sesawang www.youtube.com bertajuk "Polis Memukul Pekerja Hotel di Seremban" berdurasi selama 3 minit 41 saat dikeluar serta merta dari laman berkenaan dan melarang sebarang penyebaran rakaman itu dalam apa jua bentuk saluran bagi mengelak prejudis kepada tertuduh yang minta dibicara.
    

- Bernama

GAMBAR YANG TIDAK MUNGKIN KELUAR DI UTUSAN, BERITA HARIAN, NSTP DAN THE STAR.



Makin difitnah makin rakyat berduyun-duyun berpindah sokongan dari UMNO/BN ke PAS/PR.

IFTAR ISLAM WASSATIYYAH....ADA TARIAN GELEK LAGI BEB!!!!



Beginilah cara Iftar Islam Wassatiyyah.

Sambil menjamu hidangan, selera juga dijamu dengan tarian gelek.

PARLIMEN P109 KAPAR..... WAJIB PAKATAN PERTAHANKAN DENGAN MELETAKKAN CALON "WINNABLE" PADA PRU 13 NANTI.



Mau tidak mau, suka atau pun tidak suka,  kita kena terima hakikat bukannya mudah bagi PKR/PR untuk mempertahankan P109 Kapar pada PRU 13 nanti, walaupun selama 4 tahun lebih Selangor diberi perkhidmatan cemerlang oleh Kerajaan PKR/PR.

Kedua-dua PR dan BN sudah pasti mau meletakkan calon yang dianggap "winnable" sebagai calon mewakili parti mereka.

Bagi PR sudah pasti PKR akan diberi sekali lagi peluang untuk mempertahankannya...Siapakah yang difikirkan pada hemat admin paling layak ketika ini untuk menjadi calon Parti KeADILan Rakyat... Ianya akan terungkai selepas ini.

Sebelum itu perlu diberi penjelasan dan penerangan mengenai Parlimen P109 Kapar.

Kawasan Parlimen P109 Kapar, dahulunya sebahagian dari Parlimen Pelabuhan Kelang merupakan kawasan parlimen yang mempunyai paling ramai pengundi. Mencecah hampir 137,000. Demografi:-  52% Melayu, 36% Cina dan 12% India.

Parlimen Kapar diklasifikasikan sebagai kawasan parlimen separa bandar. Sejak wujudnya parlimen P 109 Kapar kesemua ahli parlimennya bukan dari anak tempatan. Ini disebabkan ketika itu dilihat tiada seorang pun anak tempatan yang layak menjadi calon sama ada dari BN maupun pembangkang.

Kini suasana itu sudah berubah. Sudah ada anak watan tempatan yang pada hemat admin amat layak untuk diketengahkan dan ditonjol dari parti PKR/PR.

Apakah rasionalnya seorang ahli Parlimen Kapar mesti datang dari kalangan penduduk tempatan. Persoalan yang berlegar dikalangan para pemerhati dan penganalisis politik. Selain salah satu ciri penting sebagai calon "winnable", calon anak tempatan akan dapat memahami, menjiwai, menghayati denyut nadi penduduk tempatan.  Dengan ini akan memudahkan sebagai wakil rakyat mengatasi segala masalah dengan jayanya.

Tidak dinafikan ada jua wakil rakyat impot mampu menjadi YB yang hebat dan baik. Admin tidak mau menidakkannya. Tetapi situasi sedemikian hanya boleh diguna pakai dalam keadaan tertentu. Keadaan dimana tiada calon yang benar-benar layak dan berkaliber dikalangan ahli,penyokong dan pendokong parti parti untuk diketengahkan sebagai calon parti.

Admin mendapat maklumat hasil dari beberapa risikkan yang dijalankan, jika mana-mana parti yang mau menang dalam PRU 13 nanti. Parlimen Kapar mesti meletakkan anak tempatan sebagai calon parti mereka. Tiada pilihan. Tiada kompromi dalam hal ini.

Rata-rata pengundi Parlimen Kapar menanggap calon bukan anak tempatan sebagai "penumpang" untuk menjayakan agenda politik yang mementingkan diri mereka sendiri.

Masanya sudah tiba dan amat sesuai sungguh bahawa Parlimen P109 Kapar, patut diwakili oleh seorang YB anak tempatan yang memahami selok belok masalah kawasan Kapar.

Sebagai anak kelahiran Kapar saja seorang wakil rakyat itu dapat menyelami fikiran, perasaan dan harapan rakyat tempatan.

Terdapat beberapa nama dari kalangan Parti KeADILan Rakyat yang difikirkan layak menjadi calon tetapi satu nama agak terserlah dari kalangan mereka menurut pengamatan admin.

Individu tersebut ialah:
DR NEDUNCHELIAN VENGU.

1) Anak watan tempatan Kapar dilahirkan 44 tahun yang lalu.

2) Mendapat pendidikan awal di SK Sementa, Kapar.

3) Meneruskan alam persekolahan di SMK Rantau Panjang Klang ( pioneer ) dan seterusnya di Sekolah Menengah Tinggi Klang.

4) Melanjutkan pelajaran dalam jurusan pergigian di Universiti Malaya pada tahun 1988 dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian pada tahun 1992.

5) Menubuhkan Klinik Pergigian Perdana di Bt 2 1/2, Jalan Kapar pada tahun 1993 sehingga sekarang. Sebuah cawangan klinik telah ditubuhkan di Puchong pada tahun 2003.

6) Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Doktor Pergigian Swasta Malaysia selama 3 penggal.

7) Amat aktif dalam badan-badan bukan kerajaan sejak dialam universiti lagi.

8) Telah banyak menganjurkan program kesihatan dikawasan Kapar sejak tahun 1993.

9) Dilantik sebagai Ketua Komuniti Kaum India Selangor pada tahun 2009 sehingga sekarang dan juga Pengerusi Jawatan Kuasa Ketua-ketua Komuniti Kaum India Selangor ( Jawatan Kerajaan Negeri Selangor )

10) Ahli seumur hidup Parti KeADILan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Cabang Kapar.

11) Aktivis sosial yang banyak membantu menyelesaikan banyak isu dan permasalahan penduduk Kapar tanpa mengira Agama, bangsa dan status kedudukkan maupun anutan politik.

12) Menjadi bualan dan sebutan serta buah mulut dikalangan penduduk tempatan bahawa mereka nasib yang bertuah jika beliau menjadi wakil rakyat mereka, atas sifatnya yang mudah dihubungi, mesra rakyat, disenangi rakyat dan sanggup berada dimana saja di Kapar untuk menyelesaikan masalah rakyat.

13) Dilihat lebih memegang motto "YANG BERKHIDMAT" dan bukan Yang Berhormat. Anggap menjadil wakil rakyat ialah menjadi kuli rakyat. Rakyat adalah bosnya.


PADA PANDANGAN ADMIN.. JIKA BELIAU DICALONKAN AKAN TERCIPTA SEJARAH SEBAGAI CALON ANAK WATAN TEMPATAN KAPAR YANG PERTAMA MEWAKILI RAKYATNYA SENDIRI DIPARLIMEN.

DARI RAKYAT DIA DATANG... KEPADA RAKYAT DIA BERBAKTI.


Akan menyusul mengenai calon pilihan admin ini dari masa kesemasa. Untuk dikemaskini.

IBRAHIM ALI MENANGIS TERESAK-ESAK DI IFTAR PERKASA!!!!!!.




Pengasas dan Mursyidul Am seumur hidup PERKASA, Datuk Ibrahim Ali kelihatan menangis teresak-esak disatu majlis Iftar anjuran Perkasa malam  semalam di Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru, Kuala Lumpur.

Adakah beliau menangis mengenangkan masa depan politiknya yang semakin muram dan gelap?..Atau adakah beliau menangis kerana menyesal mengkhianati PAS dan hina caci maki hamun TGNA walaupun  diberikan peluang sebagai calon Parlimen Pasir Mas dengan bertanding diatas tiket PAS dan menang dan dianggap sebagai melepaskan anjing tersepit?

Atau beliau merasakan dirinya diperkudakan oleh Najib Razak?


Peliknya.. semasa beliau menangis tidak ada seorang pun kelihatan sedih walaupun ketika itu beliau sedang berucapa didepan ahli-ahli Perkasa.

MUNGKIN MEREKA TAHU.. SI IBRAHIM ALI NI KAKI WAYANG TINGGI.. MENANGIS MENGELUARKAN AIR MATA BUAYA SAJA.

BIARKAN GAMBAR BERBICARA......DULU DITUDUH SEBAGAI ANGAN-ANGAN MAT JENIN MAU TAWAN PUTRAJAYA....KINI SUDAH NAMPAK JELAS IANYA MENJADI KENYATAAN!!!...

INSY' ALLAH...PUTRAJAYA BAKAL DITAWAN PAKATAN RAKYAT.

Pakatan Rakyat Menang.. Rakyat Hidup Senang....Pakatan Rakyat Kalah.. Pemimpin-pemimpin UMNO Hidup Mewah dan Rakyat Hidup Susah.

JOM UBAH...SELAMATKAN MALAYSIA...JADILAH WARGA YANG BIJAK DENGAN MEMILIH PAKATAN RAKYAT.


RAKYAT SABAH SUDAH MAU BERUBAH... ANDA BILA LAGI?

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...