Monday, 30 July 2012

PARLIMEN P109 KAPAR..... WAJIB PAKATAN PERTAHANKAN DENGAN MELETAKKAN CALON "WINNABLE" PADA PRU 13 NANTI.



Mau tidak mau, suka atau pun tidak suka,  kita kena terima hakikat bukannya mudah bagi PKR/PR untuk mempertahankan P109 Kapar pada PRU 13 nanti, walaupun selama 4 tahun lebih Selangor diberi perkhidmatan cemerlang oleh Kerajaan PKR/PR.

Kedua-dua PR dan BN sudah pasti mau meletakkan calon yang dianggap "winnable" sebagai calon mewakili parti mereka.

Bagi PR sudah pasti PKR akan diberi sekali lagi peluang untuk mempertahankannya...Siapakah yang difikirkan pada hemat admin paling layak ketika ini untuk menjadi calon Parti KeADILan Rakyat... Ianya akan terungkai selepas ini.

Sebelum itu perlu diberi penjelasan dan penerangan mengenai Parlimen P109 Kapar.

Kawasan Parlimen P109 Kapar, dahulunya sebahagian dari Parlimen Pelabuhan Kelang merupakan kawasan parlimen yang mempunyai paling ramai pengundi. Mencecah hampir 137,000. Demografi:-  52% Melayu, 36% Cina dan 12% India.

Parlimen Kapar diklasifikasikan sebagai kawasan parlimen separa bandar. Sejak wujudnya parlimen P 109 Kapar kesemua ahli parlimennya bukan dari anak tempatan. Ini disebabkan ketika itu dilihat tiada seorang pun anak tempatan yang layak menjadi calon sama ada dari BN maupun pembangkang.

Kini suasana itu sudah berubah. Sudah ada anak watan tempatan yang pada hemat admin amat layak untuk diketengahkan dan ditonjol dari parti PKR/PR.

Apakah rasionalnya seorang ahli Parlimen Kapar mesti datang dari kalangan penduduk tempatan. Persoalan yang berlegar dikalangan para pemerhati dan penganalisis politik. Selain salah satu ciri penting sebagai calon "winnable", calon anak tempatan akan dapat memahami, menjiwai, menghayati denyut nadi penduduk tempatan.  Dengan ini akan memudahkan sebagai wakil rakyat mengatasi segala masalah dengan jayanya.

Tidak dinafikan ada jua wakil rakyat impot mampu menjadi YB yang hebat dan baik. Admin tidak mau menidakkannya. Tetapi situasi sedemikian hanya boleh diguna pakai dalam keadaan tertentu. Keadaan dimana tiada calon yang benar-benar layak dan berkaliber dikalangan ahli,penyokong dan pendokong parti parti untuk diketengahkan sebagai calon parti.

Admin mendapat maklumat hasil dari beberapa risikkan yang dijalankan, jika mana-mana parti yang mau menang dalam PRU 13 nanti. Parlimen Kapar mesti meletakkan anak tempatan sebagai calon parti mereka. Tiada pilihan. Tiada kompromi dalam hal ini.

Rata-rata pengundi Parlimen Kapar menanggap calon bukan anak tempatan sebagai "penumpang" untuk menjayakan agenda politik yang mementingkan diri mereka sendiri.

Masanya sudah tiba dan amat sesuai sungguh bahawa Parlimen P109 Kapar, patut diwakili oleh seorang YB anak tempatan yang memahami selok belok masalah kawasan Kapar.

Sebagai anak kelahiran Kapar saja seorang wakil rakyat itu dapat menyelami fikiran, perasaan dan harapan rakyat tempatan.

Terdapat beberapa nama dari kalangan Parti KeADILan Rakyat yang difikirkan layak menjadi calon tetapi satu nama agak terserlah dari kalangan mereka menurut pengamatan admin.

Individu tersebut ialah:
DR NEDUNCHELIAN VENGU.

1) Anak watan tempatan Kapar dilahirkan 44 tahun yang lalu.

2) Mendapat pendidikan awal di SK Sementa, Kapar.

3) Meneruskan alam persekolahan di SMK Rantau Panjang Klang ( pioneer ) dan seterusnya di Sekolah Menengah Tinggi Klang.

4) Melanjutkan pelajaran dalam jurusan pergigian di Universiti Malaya pada tahun 1988 dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian pada tahun 1992.

5) Menubuhkan Klinik Pergigian Perdana di Bt 2 1/2, Jalan Kapar pada tahun 1993 sehingga sekarang. Sebuah cawangan klinik telah ditubuhkan di Puchong pada tahun 2003.

6) Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Persatuan Doktor Pergigian Swasta Malaysia selama 3 penggal.

7) Amat aktif dalam badan-badan bukan kerajaan sejak dialam universiti lagi.

8) Telah banyak menganjurkan program kesihatan dikawasan Kapar sejak tahun 1993.

9) Dilantik sebagai Ketua Komuniti Kaum India Selangor pada tahun 2009 sehingga sekarang dan juga Pengerusi Jawatan Kuasa Ketua-ketua Komuniti Kaum India Selangor ( Jawatan Kerajaan Negeri Selangor )

10) Ahli seumur hidup Parti KeADILan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR Cabang Kapar.

11) Aktivis sosial yang banyak membantu menyelesaikan banyak isu dan permasalahan penduduk Kapar tanpa mengira Agama, bangsa dan status kedudukkan maupun anutan politik.

12) Menjadi bualan dan sebutan serta buah mulut dikalangan penduduk tempatan bahawa mereka nasib yang bertuah jika beliau menjadi wakil rakyat mereka, atas sifatnya yang mudah dihubungi, mesra rakyat, disenangi rakyat dan sanggup berada dimana saja di Kapar untuk menyelesaikan masalah rakyat.

13) Dilihat lebih memegang motto "YANG BERKHIDMAT" dan bukan Yang Berhormat. Anggap menjadil wakil rakyat ialah menjadi kuli rakyat. Rakyat adalah bosnya.


PADA PANDANGAN ADMIN.. JIKA BELIAU DICALONKAN AKAN TERCIPTA SEJARAH SEBAGAI CALON ANAK WATAN TEMPATAN KAPAR YANG PERTAMA MEWAKILI RAKYATNYA SENDIRI DIPARLIMEN.

DARI RAKYAT DIA DATANG... KEPADA RAKYAT DIA BERBAKTI.


Akan menyusul mengenai calon pilihan admin ini dari masa kesemasa. Untuk dikemaskini.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...