Sunday 30 September 2012

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!... KOLEKSI GAMBAR KDYMM SULTAN MUHAMMAD V DAN YTM TENGKU MAHKOTA KELANTAN MENZIARAHI TGNA DIRUMAHNYA, DI PULAU MELAKA, KOTA BHARU KELANTAN.


KOLEKSI GAMBAR YANG CUKUP MENYENTUH JIWA DAN MENYUSUK KALBU.

KDYMM Sultan Muhammad V dan YTM Tengku Mahkota Kelantan Berangkat Mencemar Duli Menziarahi YAB. TGNA di Kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada petang 29hb. Sept. 2012.
Baginda bersama Tengku Mahkota tiba sejurus solat Asar dan sempat berjemaah bersama-sama TGNA di Masjid Pulau Melaka

Tuanku yang berjiwa rakyat.

ALLAHUAKHBAR!!!!

PASCA BAJET 2013...PANDANGAN PARA PENGANALISIS POLITIK IANYA TIDAK MAMPU DITERJEMAHKAN DALAM BENTUK UNDI YANG MENGUNTUNGKAN KEPADA UMNO/BN!!!!!... BAJET UMPAMA.. "BERI SAPU UNDI BELUM TENTU"..



Penganalisis: Fokus bajet kepada pengundi muda, luar bandar belum tentu menguntungkan BN dalam PRU 13



KUALA LUMPUR, 30 Sept — Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat mempertaruhkan apabila menyampaikan Bajet 2013 mesra belia dan luar bandar untuk meningkatkan sokongan pilihan raya terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi penganalisis berkata inisiatif jangka pendek tidak cukup untuk mendapatkan sokongan popular pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Bajet RM256.1 bilion yang dibentangkan pada hari Jumaat lalu, telah digambarkan sebagai “bajet pilihan raya” oleh pentadbiran Najib yang sudah bersedia untuk melawan dengan pembangkang persekutuan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU akan datang.

Pengarah eksekutif pengumpul suara bebas Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, mengatakan Bajet ini mensasarkan dua kumpulan utama — penduduk luar bandar dan berpendapatan rendah, dan pengundi muda yang bakal mengundi pertama kali.

“Yang pertama, adalah pengundi luar bandar dan berpendapatan rendah yang biasanya sumber sokongan kuat terhadap BN,” katanya, sambil menambah bahawa Bajet ini mungkin mengakibatkan gabungan BN terus mendapat sokongan kuat daripada kumpulan ini.

Beliau berkata Bajet ini mungkin mempunyai impak lebih besar kepada pengundi berpendapatan rendah, oleh kerana “banyak isi rumah akan ketinggalan” dalam pemberian kerajaan, memetik Selangor sebagai contoh, di mana purata pendapatan isi rumah adalah lebih daripada RM4000.

Pusingan kedua pemberian RM500 di bawah skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan, manakala skim itu kini juga akan memberi RM250 kepada orang bujang berusia 21 tahun keatas dan berpendapatan kurang daripada RM2,000.

Beliau berkata bagi pengundi muda, faktor “jurang luar bandar-bandar” masih akan membuat perbezaan.
Di kawasan luar bandar, “kos sara hidup cenderung lebih rendah... wang bertahan agak lama dan mempunyai impak yang lebih besar terutamanya di Sabah dan Sarawak”, kata beliau.

Akan tetapi, pemberian wang tunai tidak pergi terlalu jauh di kawasan bandar, katanya.

Beliau berkata rebat bagi pembelian telefon pintar adalah “pedang bermata dua” bagi BN, dengan mengatakan bahawa orang ramai akan mendapat “akses kepada Internet” dan “tidak ada kawalan tentang jenis berita mereka dapat”.

Di bawah Bajet, mereka yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3, 000 akan mendapat diskaun sebanyak RM200 apabila membeli telefon pintar.

Tetapi dua penganalisis lain tidak bersetuju dengan Ibrahim, mengatakan bahawa Bajet ini berkemungkinan tidak mempunyai banyak kesan kepada keputusan pengundi luar bandar ‘mengenai siapa yang mereka sokong.

Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, berkata beliau mempunyai keraguan kuat tentang “sejauh mana pengumuman ini boleh diterjemahkan kepada undi”.

Beliau menolak kira kesan pemberian di bawah Bajet untuk golongan bergaji rendah, menunjukkan bahawa harga gula akan naik sebanyak 20 sen sekilogram dengan pengurangan dalam subsidi kerajaan.

Penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata “pengundi tidak perlu mengundi orang-orang yang memberikan mereka wang”, mengatakan bahawa pengundi mengekalkan hak mereka untuk memilih.

“Melainkan Belanjawan Jumaat lalu mengatakan ini bukanlah bayaran one-off tetapi jika kita terus berkuasa, kita akan terus memberi atau meningkatkan pemberian ... mungkin hasilnya akan berbeza,” kata Dr Agus.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Inisiatif Dasar, berkata “jumlah yang diberikan kepada penduduk luar bandar dan kumpulan berpendapatan rendah adalah sangat kecil.”

Beliau menambah bahawa Bajet ini tidak menyelesaikan masalah gaji rendah, pekerjaan rendah produktiviti dan kekurangan peluang untuk maju, mengatakan bahawa pengundian kumpulan ini berkemungkinan “tidak” dipengaruhi.

Katanya lagi, mereka masih perlu berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.

Apabila mengulas mengenai pengundi muda, beliau berkata: “Saya akan sangat terkejut jika mereka mengubah fikiran.”

“Mereka akan menyedari ini adalah cubaan untuk membeli undi,” kata Lim menerangkan pemberian dalam Bajet “lebih kepada gimik”.

Beliau juga berkata bahawa dalam percubaan untuk menggembirakan semua orang, kerajaan berhadapan risiko “ menyenangkan sangat sedikit orang”, sekali lagi menunjuk kepada jumlah “kecil” setiap pemberian.
Ibrahim juga menyatakan bahawa “pengundi menjadi semakin mahir memahami pemberian dari ahli-ahli politik”.

Beliau berkata bahawa apa-apa kesan ke atas pengundi dengan Bajet “mungkin terhad” oleh kerana “saya amat mengesyaki orang sudah tahu akan ada wang tunai”.

Beliau juga “teragak-agak” untuk mengatakan bahawa akan ada “sokongan melantun ketara kepada BN”......M'SIAN INSIDER

MORAL OF THE STORYNYA IALAH... BERILAH BERAPA BANYAK WANG KEPADA RAKYAT... JANJILAH APA SAJA KEPADA RAKYAT... TETAPI RAKYAT SUDAH TIDAK TERMAKAN DENGAN UMPAN SEBEGINI RUPA... MINDA DAN JIWA MEREKA SUDAH TERIKAT DAN TERKUNCI KETAT PARTI MANA MEREKA MAU UNDI PADA PRU 13 NANTI.

CABUTAN BERTUAH SUDAH SEMACAM KEMESTIAN UNTUK CERAMAH ATAU PROGRAM ANJURAN UMNO!!!!.. TIADA CABUTAN BERTUAH RAKYAT AKAN CABUT LARI!!!!


BIAR GAMBAR BERBICARA!!!

Lihat dengan mata kepala sendiri satu poster bertajuk CERAMAH PERDANA " BONGKAR PEMALSUAN 22 TAHUN PEMERINTAHAN PAS"

Dihujung poster tersebut tertulis:-  CABUTAN BERTUAH, BASIKAL KIPAS DAN HAMPER.

Punyalah terdesak puak-puak UMNO ni...sampai nak pujuk rakyat datang kena adakan cabutan bertuah.

Sudah semacam satu trend dikalangan UMNO kini.

Dulu sekadar beri duit saku, baju T, pengangkutan percuma, nasi bungkus dan air mineral.. Kini sudah tambah lagi satu...CABUTAN BERTUAH.

Yang lawaknya program nak bongkar pemalsuan pemerintahan PAS konon, tetapi yang hadir pun adalah sokongan palsu sebab nakkan menang cabutan bertuah!!!!

MACAM MANA DIKATAKAN SOKONGAN RAKYAT KELANTAN KEPADA UMNO NAIK MEMUNCAK?

Saturday 29 September 2012

Semarak Reformasi...LAWAN TETAP LAWAN SAMPAI PUTRAJAYA DITAWAN..

GEMPAR TAPI BENAR!!!!!.. AKHBAR MILIK UMNO HARIAN METRO SINDIR NAJIB RAZAK KERANA MELAKUKAN PERKARA YANG DI FATWAKAN HARAM OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN!!!!!!!


Akhbar Harian Metro secara beraninya seolah-olah telah membelasah Najib Razak kerana melakukan kerja yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak bulan Mac tahun 1995 lagi.

Fatwa yang diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan berbunyi:-

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Apakah sudah bermula perang saraf antara kem Muhyiddin Yassin dengan Najib Razak?

BILA NAJIB DAN MUHYIDDIN GADUH, UMNO AKAN RUNTUH , YANG UNTUNGNYA ADALAH RAKYAT.

GEMPAR TETAPI BENAR!!!!!... PENGANALISIS POLITIK TERKEMUKA NEGARA KATA NAJIB RAZAK GILA KALAU TIDAK BUBARKAN PARLIMEN SEGERA!!!!!



Pemanis Bajet mungkin tidak akan memaniskan PRU 13 BN, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 29 Sept — Pengundi Malaysia sudah lebih matang dan tidak mudah terpengaruh dengan insentif tunai dan lain-lain faedah pemberian “one off” untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang kata penganalisis politik apabila ditanya tentang kesan pembentangan Bajet 2013 semalam.

Pemerhati politik yang ditemuramah oleh The Malaysian Insider keseluruhannya bersetuju bahawa RM251.6 bilion yang diumumkan semalam yang menjanjikan pemberian wang tunai dan potongan cukai tersebar di seluruh lembaga bertujuan untuk merayu kepada kumpulan-kumpulan demografi utama menjelang PRU ke-13, tetapi berkata pengundi telah menjadi semakin licik dan mampu menilai keuntungan peribadi jangka pendek terhadap kesan jangka panjang fiskal kepada ekonomi negara.

“Hanya dua perkataan untuk menggambarkan ia — bajet pilihan raya,” kata pensyarah sains politik Universiti Monash, Dr James Chin.

Beliau berkata perdana menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak telah “menarik keluar semua sentimen pengundi terhadap mereka, untuk membiarkan mereka berfikir dua kali tentang mengundi pembangkang “dalam pilihan raya yang mesti akan diadakan pada April depan selepas mandat lima tahun yang BN menangi Mac 2008 tamat.

“Orang ramai akan membandingkan bajet Pakatan Rakyat dan juga akan melihat bagaimana pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini akan merangsang inflasi,” tambah beliau.

Pakatan pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang ditubuhkan empat tahun lalu dalam selepas kemenangan dalam PRU 2008 telah berjanji untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dalam set cadangan Bajet alternatif hanya dua hari sebelum pentadbiran Najib mengumumkan cadangan rasmi untuk perbelanjaan dan cukai.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendapatan boleh guna akan meningkat melalui langkah pembaharuan fiskal seperti memotong cukai import bagi kereta buatan asing, pemansuhan tol dan pengecualian pinjaman pelajar, sebagai usaha PR untuk menggagalkan pengumuman Bajet Najib.

Anwar berkata kerajaan PR dapat membayar untuk langkah-langkah yang dicadangkan tidak melalui menaikkan cukai tetapi dengan mengurangkan ketirisan yang timbul akibat ketidakcekapan dan rasuah.

Penganalisis politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Arnold Puyok berkata, gula-gula yang diumumkan bagi golongan muda dan bujang “adalah satu petunjuk bahawa parti pemerintah bersedia untuk memenangi hati dan minda pengundi kali pertama dalam pilihan raya akan datang”.

Beliau berkata ia masih terlalu awal untuk memberitahu jika pemanis itu akan menyebabkan pilihan raya sengit itu akan memihak kepada BN.

“Orang-orang muda tidak mudah tertarik kepada insentif kewangan terutama apabila berkaitan dengan politik pilihan raya. Mereka mungkin menganggap gula-gula sebagai satu bentuk bantuan kerajaan. Akan tetapi, sama ada ini akan diterjemahkan sebagai undi masih belum dapat dilihat,” kata Dr Arnold

Penganalisis lain, Dr Faisal Hazis, percaya pengundi telah lebih bijak semenjak pilihan raya 2008.“Pengundi sekarang ini lebih bijak, tidak lagi mudah untuk digula-gulakan seperti dulu,” kata ketua jabatan sains politik dan hubungan antarabangsa, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

“Pemberian tunai seperti BR1M ini tidak dapat menjanjikan sokongan kekal, sepertimana yang ditunjukkan dalam tinjauan Merdeka Center beberapa bulan dahulu dimana peratus sokongan terhadap Najib meningkat selepas pemberian BR1M tetapi menurun tidak beberapa lama selepas itu,” kata Dr Faisal.

Menurut pengumpul suara bebas Merdeka Center, perincian kelulusan peribadi PM susut empat peratus dalam kaji selidik yang terakhir Mei dari 69 per peratus kepada 65 peratus pada Februari, berikutan pertempuran ganas tahun lepas antara polis dan penunjuk perasaan dalam perhimpunan pada 28 April bagi menuntut daftar pemilih dibersihkan.

Herizal Hazri, timbalan wakil negara The Asia Foundation (TAF), sebuah NGO Amerika Syarikat yang berusaha untuk meningkatkan tadbir urus, undang-undang, dan isu-isu masyarakat sivil melalui dasar berkata bajet mesra rakyat yang menjurus ke arah membantu golongan berpendapatan rendah adalah satu langkah positif untuk meningkatkan pendapatan boleh guna dan merangsang pertumbuhan ekonomi domestik, akan tetapi menekankan kekurangan kawalan untuk memantau perbelanjaan kerajaan.

“Apa yang membimbangkan dalam bajet ini adalah bahawa tidak ada perbincangan mengenai kaedah untuk memantau pelaksanaan belanjawan, sama ada ia benar-benar akan dijalankan secara telus atau sebaliknya,” katanya.

Prof Dr Jayum A Jawan pensyarah politik dan kerajaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) berkongsi pandangan sama dengan Dr Faisal, menerangkan pemberian ‘one-off’ sebagai aksi populis untuk memancing undi di kalangan kumpulan yang kurang politik sedar biasanya di kawasan luar bandar, terutamanya pedalaman kedua-dua negeri Malaysia timur merentasi Laut China Selatan yang masih sebahagian besarnya hutan.

“Peruntukan untuk pengangkutan, infrastruktur awam, nelayan, petani dan kepada orang-orang di Sabah dan Sarawak adalah sangat dialu-alukan. Satu perkara yang membimbangkan ialah bagaimana akan semua ini akan dihantar? Semua cadangan akan mencapai lelaki di kawasan pedalaman di sana?” tanya timbalan dekan pengajian siswazah di fakulti ekologi manusia, UPM.

“Pemberian ‘one-off’ adalah hanya sementara dan akan mempunyai kesan terhad pada sesetengah orang,” katanya.

Dr Jayum berkata beliau bimbang bajet itu terlalu tertumpu pada kos operasi dan mengingatkan bahawa kerajaan diperlukan untuk memastikan peningkatan tahap produktiviti di kalangan tenaga perkhidmatan awam untuk mengimbangi kos operasi yang terlalu tinggi.

Seperti Dr Jayum, Dr Chin dari Monash University itu adalah juga teragak-agak untuk mengatakan bahawa itu cadangan mesra rakyat untuk mengurangkan peningkatan kos hidup Najib yang diletakkan dalam Bajet 2013 akan mengakibatkan pengundi kembali memihak kepada BN di peti undi yang mana ia adalah perkara-perkara paling penting.

“Ujian muktamad bajet adalah reaksi pasaran saham pada hari Isnin, ia pasti akan naik dan juga akan memberi kesan  kepada tawaran permulaan awam (IPO) Astro. Ia semua sesuai untuk masuk.

“Jika beliau (Najib) tidak memanggil pilihan raya sekarang, beliau gila,” kata Dr Chin.

BAKAL PM KE-7 DSAI MENGULAS BAJET 2013 YANG DIBENTANGKAN OLEH BAKAL KETUA PEMBANGKANG, NAJIB RAZAK.. BELANJAWAN 2013 LWN BAJET 2013.

Friday 28 September 2012

YB NURUL IZZAH ANWAR DAN BAKAL CALON PKR/PR PADANG SERAI, N.SURENDRAN TELAH MELAWAT ANGGOTA POLIS YANG KENA TEMBAK SEMASA MERONDA DI UNIVERSITI HOSPITAL SEBENTAR TADI..



YB Nurul Izzah Anwar Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai bersama-sama dengan Naib Presiden Parti KeADILan yang lain yang juga bakal calon PKR/PR Padang Serai peguam aktivis terkemuka N.Surendaran bersama YB Hee telah melawat seorang anggota polis yang kena tembak semasa menjalankan rondaan semalam  di Hospital Universiti, Kuala Lumpur.

Kehadiran mereka bertiga diwad UH disambut oleh isteri pesakit.

BANNER TERBAIK!!!!!... KENA BACA EVERYTIME!!!



Pada admin ini adalah antara banner terbaik yang dihasilkan pernah admin lihat.

Sepatutnya digantung merata tempat diseluruh negara.

INFO TERLATEST BARU MASUK!!!!!... 400 WARGA IBAN AHLI PARTI SARAWAK UNITED PEOPLE PARTY (SUPP) UGUT AKAN KELUAR PARTI!!!!



Dipercayai seramai 400 warga Iban ahli SUPP di Sarawak telah naik minyak kerana penamatan perlantikan salah seorang orang kuat mereka, Egong anak Undong sebagai Pengurus Pusat Sivik Sarikei, Sarawak.

Mereka telah mengeluarkan ultimatum .. sama ada pemecatan itu dibatalkan atau kesmua mereka akan keluar parti menyokong Pakatan Rakyat.

Nampaknya parti yang paling lemah dalam komponen Barisan Nasional Sarawak akan terus longlai lesu dan besar kemungkinan akan terus berkubur dalam masa terdekat ini.

Dalam kedudukkan sekarang, para pengamat dan penganalisis politik meramalkan kesemua calon SUPP akan kecundang tumbang pada PRU 13 nanti.

EDISI GEMPAR!!!!... USTAZ AZHAR IDRUS DILAYAN MACAM VVIP BEB!!!!... MENDAPAT KAWALAN POLIS TRAFIK!!!!!



Pergh!!!!.. Ustaz Azhar Idrus sudah dilayan macam VVIP.

Waktu beliau berbasikal santai dengan anak-anak muda di Kotaraya Kuala Lumpur, telah diberikan kawalan trafik.

Ini macam baru betul polis trafik menjalankan tugas dan tanggung jawab.

Berkhidmat pada rakyat tanpa mengambil kira dan terikat akan anutan politik.

Polis perlu bertindak melebehi paras kepartian dan tidak politikal!!!!

PSSTTT... JUAK-JUAK UMNO TAK MAU BUAT CERITA KE KONONNYA BASIKAL YANG DITUNGGANGI USTAZ AZHAR IDRUS DITAJA OLEH GEORGE SOROS DAN YAHUDI?

JUAK-JUAK PERKASA DAN PEKIDA TAK MAU LEMPAR CAT MERAH DAN BALING KASUT KE, KEPADA MEREKA YANG MENGIRINGGI USTAZ AZHAR IDRUS!!!

IBRAHIM ALI TAK MAU KERAHKAN PARA PENYOKONGNYA BUAT LAPORAN POLIS SUPAYA ANGGOTA POLIS TRAFIK YANG BERIKAN KESELAMATAN LALU LINTAS DIPECAT DAN KERAKYATANNYA DITARIK?

EDISI PELIK TAPI BENAR....BERANI SIAR TETAPI TAK BERANI BUBAR!!!


Sekeping gambar yang dirakam kononnya ceramah anjuran PAS langsung tidak mendapat sambutan, hambar, lengang, sunyi sepi dan hampir kosong para pendengar yang hadir,  kini rancak berlegar dikalangan kumpulan-kumpulan dalam alam maya yang berkiblatkan UMNO.

Dijadikan bahan untuk penaik semangat dan keyakinan dikalangan mereka yang PAS/PR pasti terlingkup rebah pada PRU 13 nanti.

Inilah pada pandangan admin dinamakan politik hidu gam.  Politik khayal sendiri tanpa berpijak dibumi yang nyata.

Mengapa para penyokong, pendokong, penganut dan ahli UMNO tidak mau mengetuk sedikit pintu akalnya sambil ajukan satu soalan.

Kalau benar begini senario disemua ceramah PAS, mengapa sehingga kini Najib Razak masih belum menunjukkan keberanian untuk membubarkan parlimen. Ambillah kesempatan emas ini untuk meranapkan PAS/PR.

Mengapa perlu disekat dan diganggu kacau setiap ceramah yang dianjurkan PAS/PR termasuk PKR/DAP?

Kalau begini caranya para soldadu maya ( cybertroopers ) UMNO menjalankan tugas bagi meraih sokongan rakyat terutamanya dikalangan anak-anak muda dan pengundi atas pagar, secara ikhlas dan jujur admin nyatakan, anda telah gagal. 

Anda telah mempamirkan sikap kurang cerdik darjat yang paling tinggi dimata dan hati mereka.

Anda dilihat sebagai cuba memperlekeh,mempeleceh dan menghina kebijaksanaan mereka.

Thursday 27 September 2012

BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!.. GAYA DUA PEMIMPIN BERLAINAN IDEOLOGI POLITIK BILA BERMUSAFIR..



Lihat dengan mata kepala sendiri, gambar sebagai bukti, bukannya bercerita pakai air liur basi!!!

Dua pemimpin tertinggi parti yang terbesar dinegara kita tetapi berlainan ideologi. Satu memperjuangkan bangsa dan satu memperjuangan Islam.

Lihat cara mereka melepaskan kepenatan bila bermusafir.

Disini membuat hati dan jiwa admin cukup tersentuh dan terharu.

Bertambah sayang dan meningkat lagi rasa hormat admin kepada YAB TGNA, Mursyidul Am PAS, merangkap Menteri Besar Kelantan.


PELIK TAPI BENAR!!!!.. JANGAN TIDAK PERCAYA BEB!!!!.. DALAM MALAYSIA ADA PENAMA YANG BERNAMA ' , DISAHKAN SEBAGAI PEMILIH BERDAFTAR OLEH SPR!!!!



Negara kita memang ajib, anih dan hebat.

Negara yang sesuai dengan laungan MALAYSIA BOLEH.

Sila lihat gambar yang dimuat naik..Ada nama pemilih berdaftar yang disahkan oleh SPR yang bernama '

BANGGA SUNGGUH JADI WARGA MALAYSIA YANG DIPERINTAH UMNO SEKIAN LAMA.

MACAM-MACAM ADA!!!!!!

MOHON PENGASAS PONDOK YANG DAPAT RM2JUTA KERANA FATWA DAP KAFIR HARBI MENGELUARKAN FATWANYA MENGENAI PAPAN TANDA INI!!!!!



Selepas dapat RM2juta pasal mengeluarkan fatwa DAP kafir harbi dan haram diberi undi dalam pilihanraya, maka senyap terus.

Sudah semacam tabiat ular sawalah pulak.

Dah kenyang terus tidur dan senyap.

Mohon pandangan beliau mengenai papan tanda ini. Adakah diizinkan.

Hassan Aqidah Ali perlu bersuara . PERKASA DAN PEKIDA SEPATUTNYA ANJURKAN DEMONSTRASI.

PEMUDA UMNO SEPERTI BIASA, SILA KE BALAI POLIS YANG BERHAMPIRAN BUAT LAPORAN POLIS.

PEMANDU TEKSI KOTARAYA GENG KITA!!!!!..



JADILAH WARGANEGARA YANG BIJAK...IKUT JEJAK LANGKAH PEMANDU TEKSI INI.

Beri RM500 ambil.. Beri tayar 4 biji pakai....beri notebook 1M'sia guna...beri RM100 setiap anak yang masih bersekolah sapu.. TETAPI PAKATAN RAKYAT TETAP DIHATI KU!!!!

AHLI PARLIMEN KAPAR, S.MANIKAVASAGAM TELAH MENYATAKAN KESEDIAANNYA UNTUK TIDAK DIPILIH MEMPERTAHANKAN KERUSINYA PADA PRU 13 NANTI ATAS TIKET PKR/PR.... NAMUN AKAN TETAP SETIA DENGAN PERJUANGAN PARTI DAN TIDAK SAMA SEKALI AKAN LOMPAT PARTI!!!!!


Ahli Parlimen P109 Kapar S Manikavasagam bersedia menghadapi kemungkinan digugurkan sebagai calon PKR pada pilihanraya umum akan datang namun menegaskan beliau tidak akan lompat parti, Itu yang admin dimaklumkan dari sumber yang boleh dipercayai.
“Jika mereka bagi saya peluang, saya akan bertanding, "tambahnya namun menegaskan jika digugur oleh PKR, beliau akan bersara terus daripada politik.
 
“Saya akan berhenti daripada politik. Itu adalah perancangan saya. Saya ada perancangan yang sudah saya fikirkan. Kita kena tunggu. Pilihan raya akan datang, kita harus tunggu, kita kena lihat macam mana, dan kita akan buat keputusan,” tegas Manikavasagam. 
 
"Tetapi saya sentiasa setia kepada parti, dan juga setia kepada rakyat yang mengundi untuk saya dan kamu tidak boleh tinggal pergi begitu sahaja. Saya setia kepada semua orang," katanya.

SEBELUM INI ADA ADMIN MENERBIT ARTIKEL MENGENAI CALON YANG PALING SESUAI UNTUK DITONJOLKAN SEBAGAI CALON PKR/PR DI PARLIMEN P109 KAPAR, DR. NEDUNCHELIAN VENGU.

Antara alasan yang admin kemukakan hasil risikan dan maklumat yang diperolehi ialah,  warga/penduduk Kapar inginkan seorang anak tempatan untuk menjadi wakil rakyatnya selain memiliki ciri-ciri mesra rakyat, memahami masalah dan merasai denyut nadi rakyat.

Berpendidikan tinggi serta memiliki aura semula jadi sebagai pemimpin..Bahasa tepatnya, intelektual dan karismatik.

Perlu kena terima hakikat permintaan rakyat tempatan sebagai pengundi yang menentukan menang kalahnya dalam PRU nanti perlu amat diambil kira.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA YB MANIKAVASAGAM KERANA SUDI MEMBERI LALUAN SAMBIL TETAP SETIA DENGAN PARTI.

TALK IS CHEAP....PERLU TUNAIKAN AKAN SUMPAH JANJI INI MENJADI REALITI DAN  BUKAN MEMUNGKIRINYA...BILA TIBA MASA NANTI WALK THE TALK... JADILAH PEMIMPIN YANG BERJIWA BESAR.

GAMBAR YANG MENGUSIK JIWA DAN MENUSUK KALBU...LIDAH MENJADI KELU SAMPAI NAK KATA-KATA PUN TAK MAMPU...RAKYAT MENJADI KELIRU!!!



MOHON JANGAN KETAWA....SEKADAR BAHAN RENUNGAN SAJA.

GEMPAR!!!!... GAMBAR KADIR SHEIKH FADZIR MENARI SUMAZAU DEPAN TGHA,DSAI DAN MAT SABU TERSEBAR LUAS DIALAM MAYA!!!!!

Gambar diatas kelihatan Kadir Sheikh Fadzir (membelakangi kamera) sedang asyik mengepakkan tangan menari sumazau.

ADMIN BERPEGANG KEPADA PRINSIP... KEBENARAN JANGAN KITA NAFIKAN....KESALAHAN JANGAN KITA SOROKKAN.

Semasa kunjungan para pemimpin Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak baru-baru ini, dalam satu majlis di Tuaran, Sabah para hadirin khasnya para pemimpin Pakatan Rakyat dijemput untuk sama-sama menari Sumazau di pentas bersama dengan beberapa orang jelitawan Kadazan Dusun yang putih melepak.

Tarian atau komitmen pemimpin PR itu sebagai membuktikan mereka tidak memperkecilkan tarian tradisional Kadazan Dusun itu yang merupakan tarian meraikan tetamu yang menjadi amalan tradisi.


Slot untuk tarian itu sebagai menjawab satu fitnah dilemparkan oleh blog yang menyamar atas nama Parti Keadilan Rakyat yang memperkecil-kecil dan menghina tarian berkenaan sebagai tidak berakhlak dan tidak tamadun.

Walaupun slot itu tidak perlu dalam majlis sambutan Hari Malaysia itu, tetapi itulah yang disediakan.


Untuk menunjukkan semua sporting dipanggil semua pemimpin yang ada naik ke pentas.

Di hadapan itu ada Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Muhammad Sabu, YB Datuk Husam Musa, YB Dr Mohd Hatta Ramli dan lain-lain.


Pemimpin PKR pula ada Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed Azmin Ali, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, dan lain-lain.

Alhamdulilah semua pemimpin Pas dan PKR beragama Islam tidak naik ke pentas dan tindakan mereka itu difahami oleh pihak penganjur.

Persefahaman dan penghomatan kepada budaya dan agama masing-masing ada.


Di beritakan beberapa orang pemimpin PKR bukan Islam naik ke pentas. Tidak hairan sebab tidak ada apa-apa masalah dan halangan buat mereka.


Namun yang sedikit merujakan apabila Kadir Sheikh Fadzir ikut sama naik ke pentas, mendepa tangan dan terhinjuk-hinjuk menari dengan dengan jelitawan Kadazan Dusun.

Untuk pengetahuan umum, Kadir Sheikh Fadzir bukan pemimpin PKR tetapi sekadar dia menyelit dalam majlis atas kapasiti dirinya sendiri.

Setahu admin beliau  tidak ada hubungan atau ikatan apa-apa dengan Pakatan Rakyat melainkan hadir atas kehendaknya sendiri.

Nampak selamba saja Kadir dengan tarian itu.


Seperti admin  kata tadi itu adalah hak peribadi dan dibenarkan oleh hak asasi manusia.

Tetapi Kadir seorang Islam adalah tidak wajar berbuat demikian. Kalau pun majlis sosial begitu biasa baginya tetapi dia perlu menghormati kepada pemimpin Melayu lain yang ada di bawah.

Kalaupun bukan kepada DSAI dan Muhammad Sabu tetapi kepada TGHA yang bertaraf ulamak.

Dia juga perlu sedar di mana beliau berada, iaitu di majlis Pakatan Rakyat.

JANGANLAH GARA-GARA TINDAKAN ITU MENYEBABKAN PAKATAN RAKYAT TERPALIT NODA YANG TIDAK DIUNDANG.

MEMANG BENAR OLD HABIT DIES HARD....CUBALAH UNTUK BERUBAH JIKA MAUKAN  RAKYAT MENYOKONG PERUBAHAN.


AKHIRNYA RAMALAN RAKYAT MENJADI KENYATAAN...SYARIKAT YANG NAJIB RAZAK ANUGERAHKAN PROJEK E-MEL 1M'SIA, TRICUBES, DIGUGURKAN DARIPADA SENARAI RASMI BURSA SECURITIES MULAI 1HB OKTOBER 2012!!!!..SYARIKAT YANG NAJIB RAZAK JAMIN MEMPUNYAI KEPAKARAN DAN KEMAMPUAN!!!!



Januari lepas, anak syarikat yang 70 peratus dimiliki Tricubes Bhd - Tricubes NCR JV Sdn Bhd - telah dianugerahkan projek bernilai RM6 juta oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menyelenggara perkakasan dan perisian pasukan polis serta server sistem pengurusan mudah alih yang dipertingkatkan (EMMS).

Syarikat tersebut telah dianugerahkan projek kontroversi e-mel 1Malaysia pada April tahun lepas sebagai saluran digital yang ditetapkan untuk badan-badan kerajaan, berkomunikasi dengan orang ramai.

Projek itu mencetuskan kritikan awam sengit kerana semua badan kerajaan dikehendaki membayar bagi setiap e-mel yang dihantar menggunakan akaun e-mel 1Malaysia.

Mereka juga mempersoalkan sama ada pelan tersebut bertujuan untuk "menyelamatkan" Tricubes.
  
Tricubes berkata sekuritinya, yang ketika ini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, akan kekal didepositkan walaupun sekuriti digugurkan daripada senarai rasmi Bursa Securities.

Secara alternatifnya, pemegang sahamnya yang berhasrat untuk memegang sekuriti mereka dalam bentuk sijil fizikal, boleh mengeluarkan sekuriti ini daripada akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) pada bila-bila masa selepas sekuriti itu digugurkan daripada senarai rasmi Bursa Securities.

Selepas pengguguran penyenaraian, Tricubes akan terus beroperasi tetapi sebagai entiti tidak tersenarai.
  
Ia masih boleh meneruskan operasinya dan juga penyusunan semula korporat manakala pemegang saham masih boleh menerima ganjaran daripada prestasi syarikat.
  
Bagaimanapun, pemegang saham akan memegang saham yang tidak lagi disebut harga dan diniagakan di Bursa Securities


AKHIRNYA RAMALAN RAKYAT TELAH MENJADI KENYATAAN....INILAH APABILA SYARIKAT KRONI YANG ADA HUBUNG KAIT DENGAN ADEK NAJIB DIBERIKAN PROJEK YANG TIDAK MASUK AKAL..

GAMBAR RAJA NONG CHIK DIKATAKAN MENUNJUKKAN ISYARAT "LUCAH" TERSEBAR LUAS DIALAM MAYA!!!!!



GAMBAR APA INI?????

Gambar ini seakan-akan Raja Nong Chik sedang melakukan "isyarat lucah" telah tersebar luas di alam internet.

Admin tidak pasti sama ada itu bahasa isyarat lucah atau pun tidak.

Yang pasti beliau melakukan kerja yang tidak sepatutnya sebagai orang Melayu/Islam kepada anak-anak muda.

AKHIRNYA UMNO AKAN SENTIASA DIKENANG KERANA BERJASA BESAR MENYELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM!!!!!



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995
telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keterangan/Hujah
  
1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
 
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
 
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
 
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
 
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
 
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
 
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
 
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
 
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
 
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
 
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
 
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
 
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
 
Antaranya seperti berikut:
 
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
 
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
 
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
 
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
 
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
 
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta...MFK

HAKIKATNYA FATWA YANG TELAH DIWARTAKAN INI SEJAK TAHUN 1995 MASIH GAGAL DILAKSANAKAN DIKALANGAN RAMAI UMAT ISLAM DINEGARA KITA...MENAIKKAN HARGA ROKOK SETIAP KALI BAJET DIBENTANGKAN TIDAK MEMBERI APA-APA MAKNA...IKLAN DI KACA TV LANGSUNG TIDAK MEMBERI KESAN...MENEMPELKAN GAMBAR-GAMBAR ORGAN-ORGAN YANG BAKAL ROSAK DAN MUSNAH TIDAK MENGUNDANGKAN RASA GERUN.

ADMIN CUKUP YAKIN JIKA CADANGAN INI DILAKSANAKAN, INS'YALLAH AKAN MENDATANGKAN HASIL SEPERTI DIHARAPKAN..

TEMPELLAH SEMUA KOTAK ROKOK DENGAN MEMILIH ANTARA SATU GAMBAR YANG DISYORKAN.

KESAN SAMPINGAN YANG PERLU DITERIMA KERAJAAN IALAH BESAR KEMUNGKINAN SYARIKAT-SYARIKAT PENGELUAR ROKOK AKAN DITUTUP DAN RAMAI WARGA KITA AKAN MENGGANGUR.

TAPI UMNO AKAN SENTIASA DIKENANG SEBAGAI PARTI YANG TELAH MENYELAMATKAN UMAT ISLAM DARI TERUS MELAKUKAN KERJA YANG TELAH DIFATWAKAN HARAM OLEH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN.


PSSTTT.. SEPATUTNYA HASAN AQIDAH ALI MEMPERJUANGKAN ISU INI DEMI MENYELAMATKAN AQIDAH UMAT ISLAM DINEGARA INI!!!

AKHIRNYA LELAKI YANG MENGHINA ISLAM DI FACEBOOK KENA CEKUP DENGAN POLIS!!!!!



Lelaki ditahan bantu siasatan dakwaan hina Islam di Facebook


Polis menahan seorang pemuda berusia 25 tahun di rumahnya di Taman Klang Jaya di sini bagi membantu siasatan kes berkaitan
memuatkan komen menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. menerusi laman sosial Facebook baru-baru ini.
  
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata suspek ditahan pukul 11 pagi tadi untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu berniat melukakan perasaan agama seseorang.
  
Beliau berkata suspek bagaimanapun menafikan menulis kata-kata penghinaan dalam laman sosial itu menerusi satu laporan polis yang dibuatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan tengah malam tadi.
  
"Dia turut mendakwa komputer ribanya pernah hilang sebelum ini," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di Klang hari ini.
  
Suspek dalam komen terbarunya menerusi Facebook mendakwa akaun Facebooknya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan mengatakan dia tidak pernah berniat menghina mana-mana agama di negara ini.
  
Terdahulu, beberapa badan bukan kerajaan lain di Klang membuat laporan polis berhubung komen tersebut.

Sebelum ini admin sudah siarkan bagaimana rumahnya kena serang ditengah malamnya.
KITA SERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS UNTUK MENJALANKAN SIASATAN TERPERINCI TANPA ADA GANGGUAN DAN PENGARUH DARI PIHAK LUAR BERSESUAIAN DENGAN SLOGAN, TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH, SERTA KEBIJAKSANAAN PEGUAM NEGARA UNTUK MENENTUKAN BENTUK PERTUDUHAN JIKA ADA KESALAHAN JENAYAH TERUNGKAI.

Wednesday 26 September 2012

DIMANA KEADILAN!!!!!....PEMIMPIN TINGGI UMNO REMBAT DUIT PULUHAN JUTA PENJARA 1 TAHUN SAJA....PEGAWAI IMIGRESEN KENA 12 TAHUN SEORANG HANYA TERIMA RASUAH RM31,690 HINGGA RM51,760!!!!


4 pegawai imigresen dipenjara 12 tahun terima rasuah

SHAH ALAM: Empat pegawai Imigresen termasuk seorang wanita masing-masing dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM361,400 oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah memperoleh rasuah daripada pemandu feri dan orang perantara membabitkan nilai keseluruhan RM86,850 pada 2010. 

Kesemua tertuduh yang ketika kejadian bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang didakwa memperoleh wang suapan itu yang dimasukkan ke dalam akaun mereka atau individu lain sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang warga Indonesia ke negara ini tanpa perlu mematuhi syarat ditetapkan.

Hakim Asmadi Hussin menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM361,400 ke atas Md Shahrizal Che Dan, 27, selepas dia didapati bersalah terhadap 31 pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM51,760.

Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di empat cawangan Public Bank Pelabuhan Klang, bandar Klang, Taman Sentosa dan Taman Bukit Tinggi, kesemuanya di Klang, antara 20 April dan 16 Jun 2010.

Md Shahrizal juga boleh dipenjarakan 34 tahun dan enam bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.


Mohamad Izuwansyah Samsuri, 26, pula dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM261,950 selepas didapati bersalah terhadap 25 pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM31,690.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Pelabuhan Klang dan Stesen Minyak Petronas, Jalan Pandangan, Klang antara 21 April hingga 17 Jun 2010.

Mohamad Izuwansyah juga boleh dipenjara 25 tahun dan enam bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.

Selain itu, Nor Shahazlina Sulaiman, 26, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM14,500 atau setahun penjara sekiranya gagal membayar denda selepas didapati bersalah memperoleh suapan berjumlah RM2,900 pada 29 Ogos lalu, di Maybank Cawangan Pandamaran, Klang, antara 10 malam hingga 12 tengah malam, 29 Ogos 2010.


Sementara Mohammad Huzzail Ahmad, 32, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda selepas didapati bersalah memperoleh suapan RM500 di depan sebuah rumah di Persiaran Seraya, Taman Palm Grove, Klang, pada 25 September 2010.


Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.


Hakim Asmadi membenarkan permohonan keempat-empat tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi menolak permohonan mereka untuk menangguhkan pembayaran denda.


Beliau turut memerintahkan mereka melapor diri di pejabat SPRM Selangor pada Ahad pertama setiap bulan dan menaikkan jumlah jaminan setiap tertuduh kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.


1M'SIA 2 SET UNDANG-UNDANG!!!!

PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI B WAN DERIS BLOGGER PEMFITNAH NOMBOR WAHID UMNO ANGKAT BENDERA PUTIH!!!!!.. BERHENTI SEKETIKA BERBLOG KONONNYA SAKIT!!!!!


Nampaknya Papagomo @ Wan Muhammad Azri bin Wan Deris kaki fitnah blogger UMNO nombor satu dalam dunia kini akan berehat dari membuat fitnah dan menipu melalaui blognya untuk seketika waktu kononnya atas alasan kesihatan.

Itu dia cakap. Tapi siapa nak percaya!!!!

Dia akan berhenti membuat fitnah dan menipu mungkin boleh diterima tetapi alasan sebab dia sakit itu agak sukar sikit.

Ikut hukum akal logik. Kalau makhluk jenis memfitnah secara terang dan jelas mengenai diri Datuk Seri Anwar Ibrahim tanpa ada rasa bersalah pada diri dan takut kepada Allah SWT apalah perkara membuat pengakuan kononnya diri beliau sedang sakit.

Sakit apa sampai perlu berehat membuat fitnah selama 2 bulan?

Mengikut apa yang admin dapat info, Papagomo terpaksa berehat m,embuat fitnah seketika kerana sedang menghadapi saman fitnah di Mahkamah termasuk dari Datuk Husam Musa, Datuk Shukri dan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk.

Sebab itu ayat ada hal penting yang perlu diselesaikan kena diambil kira!!!!

Sebelum ini Pendaftar Mahkamah Rayuan juga ada membuat lapoiran polis terhadap beliau kerana menghina Mahkamah ( Contempt of Court ).

Ada orang cakap pasal pembayaran mengendalikan blog tidak dipersetujui beliau. Alasan ini agak kurang menyakinkan sedikit.

MOHON SUPAYA DIA CEPAT BERBLOG SEMULA KERANA RAKYAT MASIH TERNANTI-NANTIKAN VIDEO KLIP " SEKS KEDUA DSAI" YANG BELIAU SUDAH LAMA BERJANJI MAU MUAT NAIKKAN.

PANASSSS MENDIDIH!!!!!...RUMAH PEMEGANG AKAUN FB YANG MENGHINA ISLAM, GOPINATH JAYARATNAM TELAH KENA SERANG TENGAH MALAM TADI!!!!!!..


Difahamkan rumah pemegang akaun Facebook menghina Agama Islam yang mengguna pakai nama Gopinath Jayaratnam telah kena serang.

Sebelum ini heboh diperkatakan serta disiarkan dialam maya akan kebiadapan melampau  beliau menghina Agama Islam.

Apa-apa pun beliau secara terbuka telah memohon maaf...

Sebagai menunjukkan rasa ikhlas permohonan maafnya, beliau telah hapuskan akaun FBnya.

Semoga keceluparan melampau beliau ini menjadi satu pengajaran kepada semua warga kita yang hidup berbilang bangsa dan agama agar tidak melakukan perkara menghina sesama agama dan kaum.

Mohon permintaan maafnya diterima dengan hati yang terbuka.

MAAFKANLAH BELIAU...LET'S MOVE FORWARD.

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...