4 pegawai imigresen dipenjara 12 tahun terima rasuah
SHAH ALAM: Empat pegawai Imigresen termasuk seorang wanita masing-masing
dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM361,400 oleh Mahkamah
Sesyen hari ini selepas didapati bersalah memperoleh rasuah daripada
pemandu feri dan orang perantara membabitkan nilai keseluruhan RM86,850
pada 2010.
Kesemua tertuduh yang ketika kejadian bertugas di bahagian Perkapalan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang didakwa memperoleh wang suapan itu yang dimasukkan ke dalam akaun mereka atau individu lain sebagai upah bagi memudahkan urusan kemasukan penumpang warga Indonesia ke negara ini tanpa perlu mematuhi syarat ditetapkan.
Tertuduh didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di empat cawangan Public Bank Pelabuhan Klang, bandar Klang, Taman Sentosa dan Taman Bukit Tinggi, kesemuanya di Klang, antara 20 April dan 16 Jun 2010.
Md Shahrizal juga boleh dipenjarakan 34 tahun dan enam bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.
Mohamad Izuwansyah Samsuri, 26, pula dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM261,950 selepas didapati bersalah terhadap 25 pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM31,690.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Cawangan Pelabuhan Klang dan Stesen Minyak Petronas, Jalan Pandangan, Klang antara 21 April hingga 17 Jun 2010.
Mohamad Izuwansyah juga boleh dipenjara 25 tahun dan enam bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.
Selain itu, Nor Shahazlina Sulaiman, 26, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM14,500 atau setahun penjara sekiranya gagal membayar denda selepas didapati bersalah memperoleh suapan berjumlah RM2,900 pada 29 Ogos lalu, di Maybank Cawangan Pandamaran, Klang, antara 10 malam hingga 12 tengah malam, 29 Ogos 2010.
Sementara Mohammad Huzzail Ahmad, 32, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda selepas didapati bersalah memperoleh suapan RM500 di depan sebuah rumah di Persiaran Seraya, Taman Palm Grove, Klang, pada 25 September 2010.
Keempat-empat tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 dan dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Hakim Asmadi membenarkan permohonan keempat-empat tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi menolak permohonan mereka untuk menangguhkan pembayaran denda.
Beliau turut memerintahkan mereka melapor diri di pejabat SPRM Selangor pada Ahad pertama setiap bulan dan menaikkan jumlah jaminan setiap tertuduh kepada RM20,000 dengan seorang penjamin.
1M'SIA 2 SET UNDANG-UNDANG!!!!
apa nak heran..Malaysia Boleh...1M..rakyat diBAHLULkan..pencapaian kroni diutamakan....
ReplyDeleteSelagi umno bn berkuasa selagi itulah penjenayah BN akan dilindungi
ReplyDeleteTu pun dah ada pelan untuk adakan penjara mini di kem kem tentera. Kira penjara [hotel] 5 bintang untuk kroni kambing hitam. Kan hebat. Malaysia boleh.
ReplyDeleteKhir Toyo ni bukan saja banglo atas bukit. Banyak lagi kes rasuah dia.
ReplyDeleteLepas kes banglo dia masih lagi angkuh dan ada hati nak buat come back dalam politik Selangor. Tengok saja blok dia. Mengutuk kerajaan PR saja. Sendiri rasuah, tuduh orang lain pulak.