AMPANG - Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali terpaksa lari sejauh 20 meter menyelamatkan diri ke rumahnya selepas diserang oleh dua penjenayah di depan rumahnya di Ampang, awal pagi tadi.
Kejadian pada jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun itu melarikan diri dalam keadaan cedera parah di bahagian perut, tangan dan jari tangan hampir terputus akibat ditikam dengan senjata tajam oleh dua penjenayah yang dipercayai warga Indonesia.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergelutan diantara mangsa dan dua penjenayah terbabit.
"Motif kejadian masih dalam siasatan, kami dapati barangan berharga mangsa tidak hilang, telefon bimbit dan cincin milik mangsa berada di lokasi kejadian. Senjata penjenayah pula tidak ditemui," katanya.
Menurutnya, polis akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas keadaannya sembuh.
"Kami juga masih menunggu laporan perubatan. Keadaan mangsa stabil, doktor menasihatkannya berehat," katanya.
Tun Hisan berkata, difahamkan jiran memberitahu terdapat kenderaan yang mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan sebelum ini.
"Dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini, difahamkan kes kejadian pertama tidak dilaporkan," katanya.
Siasatan awal kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera ketika samun...SINAR HARIAN
BERITA DISEDUT DARI BERNAMA PULAK
Ketua Pemuda Umno Kepong parah ditikam
Ketua
Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali parah ditikam dalam satu kejadian
berhampiran rumahnya di Jalan Dagang 2/4 Taman Dagang, Ampang di
ibunegara kira-kira 3.30 pagi tadi.Ketika kejadian, Norizan, 41, dikatakan baru sahaja keluar dari kereta yang diparkir kira-kira 20 meter dari rumahnya sejurus pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di sebuah kedai makan berhampiran.
Isteri Norizan, Roslinda Kamarudin, 38, berkata tikaman tersebut menyebabkan suaminya mengalami kecederaan parah di perut dan jari tangan.
Menurut Roslinda, kejadian itu disedarinya setelah terdengar pintu pagar rumah mereka diketuk bertalu-talu diiringi jeritan meminta tolong.
"Semasa kejadian, saya dan anak perempuan berada di tingkat atas rumah apabila terdengar suara meminta tolong dan pintu pagar diketuk.
"Apabila keluar, saya dan Amalina (anak) amat terkejut apabila melihat suami terbaring di pagar dengan badan berlumuran darah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya hari ini.
Roslinda berkata melihat keadaan suaminya yang tidak bermaya, anaknya yang berusia 19 tahun itu terus menghubungi polis serta ambulans dan Norizan kemudiannya dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.
Jiran mereka, Abd Wahab Karim, 54, berkata semasa kejadian, beliau ada terdengar bunyi enjin motosikal sebelum terdengar jeritan meminta tolong daripada isteri mangsa.
"Bila keluar dari rumah, saya melihat mangsa yang tinggal bersebelahan terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan tubuh dibasahi darah dan kecederaan diperutnya saya lihat agak parah," katanya yang turut hadir memberikan sokongan kepada isteri mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata polis menerima laporan kejadian pada 4 pagi dan tiba di lokasi kejadian tiga minit selepas itu.
Beliau yang ditemui selepas melawat Norizan di hospital, berkata siasatan awal polis mendapati tiada barangan milik mangsa yang hilang dan siasatan lanjut mengenai motif kejadian hanya boleh diputuskan selepas mendapat keterangan daripada mangsa.
"Mangsa kini sedang menjalani pembedahan. Kita terpaksa tunggu sehingga beliau sedar untuk merekodkan keterangan bagi membantu siasatan," katanya.
- Bernama
ULASAN ADMIN
Ayat berbunyi:..."Dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini, difahamkan kes kejadian pertama tidak dilaporkan,"
Mengapa tidak dilaporkan sampai dua buah kereta pecah?..Mengapa?..Sudah pasti cuitan hati admin kuat berkata yang mangsa sedar dia kena khianat dan bukannya tujuan merompak atau mencuri kenderaannya.
Peliknya mengapa BERNAMA mendahului pihak polis dalam mengeluarkan kenyataan?...Mengapa perlu sebut selepas menonton bola sepak dikedai minuman yang berhampiran?..Tidak mau timbul syak wasangka yang mangsa balik dari tempat hiburan?.
Apa-apa pun inilah yang selalu diratibkan oleh puak-puak setan dikenali - Malaysia Aman.
ReplyDeleteAL-FATIHAH BUAT TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN KEPONG///
ReplyDeleteSalam.. maaf ye.. datuk norizan ali x mt lg.. aq knl dy.. aq pcya kes nih kes khianat sb aq twu cra hidup dy.. dy ngn kwn dy (baharuddin) 1 kpla..
DeleteKes along ke????
ReplyDeleteYg tuh xpasti.. tp lw kes *khianat* mgkin.. sy knl mgsa.. mke nmpk *suci* je kn?? Xknl mka xtao..
DeleteYg tuh xpasti.. tp lw kes *khianat* mgkin.. sy knl mgsa.. mke nmpk *suci* je kn?? Xknl mka xtao..
Delete