Wednesday, 12 September 2012
IZINKAN GAMBAR BERBICARA!!!!!!... BERITA GEMPAR TETAPI BENAR!!!!....PORTAL JABATAN PELAJARAN JOHOR GUNA LOGO SEBANGSA,SENEGARA, SEJIWA DAN BUKANNYA JANJI DITEPATI!!!!!..PETANDA AWAL SEMUA JABATAN KERAJAAN SEDANG MENYESUAIKAN DIRI SELEPAS PRU 13 NANTI!!!!
Satu lagi Jabatan Kerajaan UMNO 1M'sia/BN berasa bangga dan megah dengan logo merdeka Pakatan Rakyat dan bukan logo "Janji Ditepati" ciptaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Sebelum ini Pos Laju, sebuah produk dari POS Malaysia Berhad, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sendiri telah menggunakan logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa".
Terkini, portal rasmi Jabatan Pelajaran Johor pula menggunakan Logo Merdeka Pakatan Rakyat sempena Hari Malaysia di lamanwebnya (imej slide show).
Satu tamparan hebat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran apabila sebuah jabatan kementeriannya seperti seolah-olah "mengiktirafkan" logo Pakatan Rakyat berkenaan. Lebih menarik, jabatan pelajaran itu di negeri di mana Muhyiddin menjadi seorang ahli parlimennya.
Samada disengajakan, atau tidak sengaja atau TERsengaja... hakikatnya logo merdeka Pakatan Rakyat nampaknya berjaya menawan hati rakyat sehinggakan pihak agensi kerajaan sendiri "tersasul" menggunakannya.
Atau berkemungkinankah sememangnya selepas ini Pakatan Rakyat akan menjadi pemerintah baru bagi negara Malaysia tercinta dengan bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" menggantikan 1Malaysia yang hanya tinggal slogan sedangkan amalannya tersangat rasis dan "assabiyah" itu?
Sudah pasti admin menjangkakan akan berlaku suasana panik dan kelam-kabut di Jabatan Pelajaran Johor mengeluarkan logo itu dari lamanwebnya, mujur pihak tertentu telah dapat membuat "printscreen"nya terlebih dahulu seperti gambar di atas.
NAMPAK SANGAT LOGO PAKATAN RAKYAT SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA DITERIMA SECARA MENYELURUH OLEH RAKYAT KERANA JAUH LEBIH MENARIK DAN MEMBERI MAKNA ERTI MERDEKA!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
Mana ada. Logo 1Malaysia adalah. Tak tau lah kalau dah digati.
ReplyDelete