Thursday, 13 September 2012

KES SUMBANG MAHRAM KONONNYA LIBATKAN PIMPINAN PKR, KEPUTUSAN UJIAN DNA TELAH DIPEROLEHI??????.......



Pada penghujung bulan Ogos yang lalu, media perdana serta blog pro Umno hangat menyiarkan kisah kononnya pemimpin KEADILAN Pahang terlibat di dalam skandal "Sumbang Mahram' sehingga gadis di bawah umur melahirkan bayi.  Berita yang mengaibkan ini yang ketika itu masih belum disahkan kesahihannya menjadi modal terbesar media sepertimana juga mereka memainkan isu fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga YB Azmin Ali.

Kepimpinan KEADILAN Pahang awalnya tidak mahu memberi sebarang kenyataan berkaitan isu yang mengaibkan seseorang, apatah lagi berita tersebut belum disahkan dan masih di dalam siasatan pihak berkuasa, namun untuk menjaga imej parti yang diserang dan cuba dikaitkan dengan isu ini, maka Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman telah membuat kenyataan media menafikan tuduhan dan fitnah tersebut.  Baca di SINI.

KEADILAN Pahang tetap dengan prinsip tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku ahli dan pemimpinnya di dalam soal moral, apatah lagi dengan skandal yang mengaibkan seperti yang didakwa. Tokoh yang mereka maksudkan itu, walaupun terbukti bukan lagi ahli atau pemimpin KEADILAN Pahang tetapi kami tetap menentang sebarang perbuatan mengaibkan seseorang individu apatah lagi berupa fitnah.  Namun apa yang dikesali media-media di bawah kawalan Umno ini tidak pernah merasa bersalah dan berdosa dengan menjaja keaiban orang lain terutamanya jika ianya boleh dikaitkan dengan Pembangkang.

Admin menyanjung keberanian mangsa yang dituduh untuk mempertahankan dirinya dengan tindakan untuk mengambil tindakan mahkamah kepada mana-mana pihak yang menuduhnya terlibat. 

Difahamkan kes ini telah disiasat, dan dikhabarkan bahawa pemimpin dari sebuah parti (bukan dari PR) itu bukanlah orang yang bertanggungjawab, begitu juga bukan dari kalangan keluarganya. 

Mengikut sumber yang hampir dengan beliau, ujian DNA telah membuktikan bahawa pemimpin politik tersebut atau anak lelakinya tidak terlibat. 

Admin tidak berhajat untuk menceritakan keaiban orang lain dan siapakah yang terlibat kerana akhirnya kita akan tahu kisah sebenar di dalam kes ini.

Samada maklumat yang admin perolehi ini benar atau tidak, KEADILAN Pahang ingin menyatakan secara tegas bahawa;

1.  Hentikan budaya mengaibkan orang lain dengan berita-berita fitnah untuk kepentingan politik.
2.  KEADILAN Pahang samasekali tidak berkompromi dengan mana-mana ahli atau pemimpin kami yang terbukti melakukan salah laku dan moral.
3.  Fitnah yang dijaja oleh media atau blog tidak kira dari mana sekalipun berkaitan isu ini tiada kena mengena dengan KEADILAN.
4.  Menyokong penuh tindakan mempertahankan diri oleh mangsa yang dituduh, di samping menyokong penuh tindakan pihak berkuasa menyiasat kes ini demi keadilan kepada semua yang terlibat.
5.  Mencabar media-media yang pernah menyiarkan berita fitnah ini dengan mengaibkan seseorang dengan kes tersebut, jika terbukti orang yang dituduh itu tidak terlibat, mereka perlu berani memohon maaf kepada mangsa yang dituduh.

Amat jelas sekali, budaya fitnah sudah menjadi mainan pihak yang begitu takut dengan sokongan rakyat kepada PR.  Mereka ketandusan isu dan modal untuk menyerang Pakatan Rakyat, sebaliknya kita di dalam Pakatan Rakyat tidak melihat isu mengaibkan peribadi orang lain boleh menarik sokongan rakyat terhadap perjuangan kita.  Perjuangan kita adalah isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat keseluruhannya seperti isu NFC, PKFZ, MRT, Penyenaraian FGVH, PTPTN dan banyak lagi isu nasional yang lain.

FITNAH DENGAN UMNO UMPAMA KENTUT DENGAN TAIK!!!!

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...