Gambar diatas kelihatan Kadir Sheikh Fadzir (membelakangi kamera) sedang asyik mengepakkan tangan menari sumazau.
ADMIN BERPEGANG KEPADA PRINSIP... KEBENARAN JANGAN KITA NAFIKAN....KESALAHAN JANGAN KITA SOROKKAN.
Semasa kunjungan para pemimpin Pakatan Rakyat ke Sabah dan Sarawak
baru-baru ini, dalam satu majlis di Tuaran, Sabah para hadirin khasnya
para pemimpin Pakatan Rakyat dijemput untuk sama-sama menari Sumazau di
pentas bersama dengan beberapa orang jelitawan Kadazan Dusun yang putih
melepak.
Tarian atau komitmen pemimpin PR itu sebagai membuktikan mereka tidak
memperkecilkan tarian tradisional Kadazan Dusun itu yang merupakan tarian
meraikan tetamu yang menjadi amalan tradisi.
Slot untuk tarian itu
sebagai menjawab satu fitnah dilemparkan oleh blog yang menyamar atas
nama Parti Keadilan Rakyat yang memperkecil-kecil dan menghina tarian
berkenaan sebagai tidak berakhlak dan tidak tamadun.
Walaupun slot itu tidak perlu dalam majlis sambutan Hari Malaysia itu, tetapi itulah yang disediakan.
Untuk menunjukkan semua sporting
dipanggil semua pemimpin yang ada naik ke pentas.
Di hadapan itu ada Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Muhammad Sabu, YB Datuk Husam Musa, YB Dr Mohd
Hatta Ramli dan lain-lain.
Pemimpin PKR pula ada Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Mohamed
Azmin Ali, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, dan lain-lain.
Alhamdulilah semua pemimpin
Pas dan PKR beragama Islam tidak naik ke pentas dan tindakan mereka itu
difahami oleh pihak penganjur.
Persefahaman dan penghomatan kepada budaya dan agama masing-masing ada.
Di beritakan beberapa orang pemimpin PKR bukan Islam naik ke pentas. Tidak
hairan sebab tidak ada apa-apa masalah dan halangan buat mereka.
Namun
yang sedikit merujakan apabila Kadir Sheikh Fadzir ikut sama naik
ke pentas, mendepa tangan dan terhinjuk-hinjuk menari dengan dengan jelitawan Kadazan Dusun.
Untuk
pengetahuan umum, Kadir Sheikh Fadzir bukan pemimpin PKR tetapi sekadar dia menyelit dalam majlis atas
kapasiti dirinya sendiri.
Setahu admin beliau tidak ada hubungan atau ikatan
apa-apa dengan Pakatan Rakyat melainkan hadir atas kehendaknya
sendiri.
Nampak selamba saja Kadir dengan tarian itu.
Seperti admin kata tadi itu
adalah hak peribadi dan dibenarkan oleh hak asasi manusia.
Tetapi Kadir
seorang Islam adalah tidak wajar berbuat demikian. Kalau pun majlis
sosial begitu biasa baginya tetapi dia perlu menghormati kepada pemimpin
Melayu lain yang ada di bawah.
Kalaupun bukan kepada DSAI dan Muhammad
Sabu tetapi kepada TGHA yang bertaraf ulamak.
Dia juga perlu sedar di mana
beliau berada, iaitu di majlis Pakatan Rakyat.
JANGANLAH GARA-GARA TINDAKAN ITU MENYEBABKAN PAKATAN RAKYAT TERPALIT NODA YANG TIDAK DIUNDANG.
MEMANG BENAR OLD HABIT DIES HARD....CUBALAH UNTUK BERUBAH JIKA MAUKAN RAKYAT MENYOKONG PERUBAHAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Dia asal dari UMNO mmg terbawax cara tu!Ngok
ReplyDeletegua sokong lu bro.....100% betul...
ReplyDeleteDia ada mendengar suara yang menyuruhnya naik menari tu kot?
ReplyDeleteMacam tarian nuar ja masa sambut taipusam ini musti nuar gurunya nie
ReplyDelete