Monday, 31 December 2012
GEMPAR TAPI BENAR.....PRESIDEN MCA CHUA SOI LEK DAN TIMBALANNYA LIOW TIONG LAI BERGADUH!!!!!!...MCA KINI RETAK TUNGGU HANCUR BERDERAI!!!!!!
RAKAN PALING KARIB DAN DISAYANGI UMNO SEJAK SEBELUM MERDEKA, MCA KINI RETAK TUNGGU HANCUR BERDERAI!!!!!
KUALA LUMPUR, 31 Dis — Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata perkara sensitif yang tidak menguntungkan MCA seharusnya tidak dibangkitkan dalam suasana kritikal sekarang sebelum pilihan raya umum 2013 tahun hadapan, memandangkan pertelagahan antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyerang blogger pro Umno masih lagi berlaku.
Dr Chua dilaporkan berkata kepada blogger pro Umno agar Liow tidak mencabarnya untuk jawatan presiden, dan berkata seterusnya Datuk Seri Ong Tee Keat akan melompat parti jika Parlimen digantung selepas pilihan raya.
Khamis lalu, Dr Chua berkata kepada blogger Liow tidak seharusnya bertanding kerusi presiden kerana ia hanya akan menamatkan karier politik Menteri Kesihatan itu.
“Nasihatnya kepada Datuk Liow Tiong Lai, timbalan presiden MCA untuk bersabar dan tidak mencabarnya untuk kerusi presiden. Beliau berkata sekiranya Liow tewas, ia akan menjadi penamat untuk kariernya. Beliau berkata kesemua timbalan presiden MCA tidak pernah menjadi presiden, kecuali seorang — dirinya,” kata Syed Akhbar Ali dalam blognya (syedsoutsidethebox.blogspot.com).
Liow berkata beliau telah membalas kenyataan Dr Chua itu di laman sosial Facebooknya dan tidak akan menghulas lanjut perihal isu dalaman MCA, kerana menurutnya apa yang lebih penting adalah memastikan parti bersatu, lapor akhbar Sin Chew Daily hari ini.
Jumaat lalu, Liow menulis di laman Facebook miliknya tidak ada faedahnya kepada MCA untuk membangkitkan isu ini pada “saat genting” apabila parti sedang berhadapan pilihan raya ke-13.
“Saya merasakan tidak patut dibangkitkan sebarang kenyataan yang tidak bermanfaat kepada parti ketika ini,” katanya menggunakan bahasa Mandarin.
Liow menjelaskan, ahli MCA seharusnya mengalihkan serangan mereka ke luar parti, dan bukan kepada ahli mereka sendiri.
“Saya percaya ahli MCA akan berjuang untuk perkara yang sama dan hidup bersama-sama walaupun ada perbezaan, pastikan serangan dihalakan ke luar, dan senjata tidak diacukan kepada ahli sendiri.
Dalam laman Facebooknya juga, Liow menjelaskan ahli MCA mempunyai tanggungjawab untuk memastikan parti membawa aspirasi masyarakat Cina, dan mengenapikan “kepentingan peribadi atau menang kalah.”
Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama Dr Chua dalam kenyataan di Facebook itu.
BELUM MASUK BERTEMPUR PRU 13 LAGI, MCA DAH NAK PECAH BERDERAI... SELEPAS PRU TERUS HANCUR LEBUR JADI DEBU!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment