Friday, 21 December 2012

BERITA BERTIUP KENCANG!!!!!....SEMUA SETIAUSAHA POLITIK DAN PEGAWAI KHAS NAJIB TIDAK AKAN MENJADI CALON PADA PRU 13 NANTI!!!!!



Harapan serta impian semua Setiausaha Politik dan Pegawai Khas Najib untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang bakal menjadi "angan-angan tak sudah" kerana mereka mungkin tidak dibenarkan bertanding oleh Najib sendiri, sebaliknya akan diminta menumpukan perhatian kepada kemenangan UMNO dan BN secara keseluruhannya.

Semua mereka ini dipercayai akan diberitahu sendiri oleh Najib mengenai perkara itu.

Dari Bangunan Perdana Putra dan Seri Perdana, di mana tempat berpusatnya kuasa, berhembus khabar bahawa Najib telah dinasihatkan oleh penasihat-penasihatnya agar melarang semua setpol dan pegawai khas daripada menjadi calon pilihanraya bagi mengelakkan petaka lebih buruk menimpa Najib, UMNO dan BN.

Sebaliknya, semua setpol dan pegawai khas Najib akan dikerah memastikan kemenangan selesa Najib di Pekan, merampas semula Selangor, memberi lebih tumpuan kepada Johor, Sabah serta Sarawak dan memastikan kemenangan yang lebih baik bagi BN di peringkat Pusat.

Para penasihat itu berpendapat adalah tidak wajar setpol dan pegawai khas turut sama menjadi calon kerana mereka sepatutnya membantu Najib, UMNO dan BN memperolehi kemenangan, lebih-lebih lagi lagi PRU 13 ini adalah cabaran paling getir dan bukannya sama sibuk menonjolkan diri masing-masing untuk menjadi wakil rakyat dan megah dipanggil YB.

Sebelum ini, heboh diperkatakan bagaimana sebahagian besar setpol dan pegawai khas Najib dikesan sedang berusaha menonjolkan diri untuk dipilih sebagai calon pilihanraya akan datang. Sebahagian mereka yang ghairah itu baru saja memegang jawatan-jawatan utama di peringkat UMNO bahagian setelah Najib menjadi PM manakala selebihnya tidak pun memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, sebaliknya hanya menggunakan pengaruh sebagai orang yang dekat dengan Perdana Menteri.

Antara setpol dan pegawai khas Najib yang heboh diperkatakan bakal menjadi calon ialah Fatmi Che Salleh di Kota Bharu, Kelantan, Shafie Abdullah di Wangsa Maju, Sahlan Ismal di Pokok Sena, Kedah, Jailani Ngah di Terengganu, Ghazali Ibrahim juga di Kedah, Latt Shariman di Kuala Kedah dan Farid Ridzuan dilaporkan mungkin bertanding di Perak.

Sebahagian mereka ini dilaporkan begitu giat turun padang dan melobi untuk menjadi calon, sehingga kadangkala tindakan mereka dilihat begitu berlebih-lebihan di mana terdapat seorang setpol Najib yang telah menumbangkan lebih 40 ekor lembu ketika Raya Korban, baru-baru ini.

Bagaimanapun dilaporkan juga bahawa disebalik larangan itu, hanya Fatmi yang diberi lampu hijau untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu kerana beliau dikatakan tidak mempunyai konflik di dalam UMNO Kota Bharu yang diterajuinya, selain harapan UMNO untuk menang di situ juga agak tipis.

Manakala di bahagian lain, misalnya Shafie di Wangsa Maju, Latt Shariman di Kuala Kedah dan Sahlan Ismail di Pokok Sena, ketiga-tiga mereka dilaporkan menghadapi konflik yang agak serius di bahagian masing-masing yang memungkinkan kekalahan lebih pasti berbanding kemenangan jika mereka dipilih sebagai calon.

Meletakkan Sahlan sebagai calon di Pokok Sena dan Latt Shariman di Kuala Kedah lebih mendedahkan kepada rasa tidak puas hati akar umbi dan ini memungkinkan berlakunya sabotaj ketika pilihanraya nanti. Shafie pula selain menghadapi kemungkinan sabotaj daripada kelompok UMNO sendiri, pemilihannya sebagai calon juga menipiskan lagi peluang untuk mendapat undi Cina yang berjumlah lebih 38 peratus kerana beliau masih bermasam muka dengan Ketua MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look.

Ghazali Ibrahim pula sudah pernah menjadi wakil rakyat sebelum ini dan beliau akan dinasihatkan untuk fokus membantu jentera UMNO di Kedah manakala Jailani dan Farid Ridzuan pula dilaporkan belum sampai ketikanya untuk menjadi calon pilihanraya dan diminta menumpukan kepada tugas sedia ada.

Najib sendiri dikatakan tiada halangan jika dari sekian banyak setpol dan pegawai khasnya yang sedang ghairah dan bercita-cita tinggi itu, hanya Fatmi seorang yang dibenarkan bertanding kerana beliau sendiri semakin terhimpit dengan pelbagai kemelut politik yang merimaskan sejak akhir-akhir ini.

Najib tentunya memerlukan para pegawainya lebih fokus dan mendampinyai selalu.

Di ketika Najib begitu mengharapkan kemenangan dan tidak mahu kehilangan walau satu kerusi pun yang dalam jangkaan boleh menang, jalan terbaik yang dilihat ketika ini ialah dengan melarang semua setpol dan pegawai khas itu daripada menjadi calon pilihanraya.

Para penasihat itu juga menekankan kepada Najib bahawa jika terlalu ramai setpol dan pegawai khas yang dilihat ingin mengambil kesempatan menonjolkan diri sebagai calon, ia juga membuka ruang yang lebih terbuka kepada serangan pembangkang, selain mengundang persepsi tidak enak di kalangan pengundi.

Namun, hujah yang lebih lembut untuk mewajarkan mereka itu tidak dipilih sebagai calon ialah kerana sebagai setpol dan pegawai khas, mereka sepatutnya menjadi "tangan tambahan" kepada Najib yang kini sedang berhempas pulas untuk memastikan kemenangan UMNO dan BN.

Para penasihat itu menekankan bahawa walaupun sebahagian setpol dan pegawai khas Najib itu menjadi Ketua UMNO Bahagian, mereka seharusnya meletakkan jawatan sebagai setpol dan pegawai khas jika benar ingin menjadi calon dan bergelar YB supaya tugas membantu Najib dapat dilakukan oleh individu lain yang tidak terlalu mempunyai kepentingan peribadi.

3 comments:

  1. Tanda tanda Geng Geng Najib dan Berkaitan Dengannya akan luput dalam UMNO. Muhyideen akan takeover ini macam....Mukriz jadi Timbalan PM.

    Yahoo!

    Boleh kaya lagi.....Roti Kaya Pak Ngah!!!!

    ReplyDelete
  2. hancurkan umno!
    ko Be End Be End ko
    kp ko
    ko Be End
    umno ko ko Be End....

    jgn lupa pd 12 January 2013 nanti, kita turun beramai2 ke Bukit Jalil dlm himpunan 1 juta kebangkitan rakyat prihatin! Ayuh! tunjukan lah solidarity rakyat yg mahukan Najib jdi ketua pembangkang selepas PRU 13 nanti!

    ReplyDelete
  3. KALAU TAK BERTANDING KENALAH NAIKAN PERSEN KEPADA PUNAISEHAT. NAIKLAH 40% DENGAN BONUS SETAHUN GAJI

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...