Thursday, 6 December 2012
PENGERUSI BN PULAU PINANG BELASAH KERAJAAN ANTI ISLAM/MELAYU DAP/PR PULAU PINANG PIMPINAN YAB LIM GUAN ENG KERANA MENAMBAHKAN PERUNTUKKAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM SEBANYAK LEBIH 300 PERATUS SEJAK 2008!!!!!!!..SEMUA PEMIMPIN UMNO TERMASUK PERKASA/PEKIDA DAN JATI SENYAP MEMBISU TERKEDU!!!!!
Terserlah sikap rasis, khianat dan anti Melayu Islam yang ditunjukkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang juga Setiausaha Gerakan Pulau Pinang.
Tindakan beliau mempertikai keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambahkan peruntukan Hal Ehwal Agama Islam sebanyak lebih 300 peratus sejak tahun 2008, jelas memaparkan wajah huduh dan perkauman sempit mereka.
Ditambah dengan sikap membisu dan hipokrit pemimpin Umno yang berlagak kononnya pejuang Melayu pembela agama, yang bersekongkol dan merestui tindakan rakan komponen mereka.
Selama ini, pemimpin Umno inilah yang menabur fitnah kononnya kerajaan negeri antiMelayu anti Islam bagi meracuni pemikiran orang Melayu.
Sebenarnya tindakan Pengerusi BN negeri itu, jelas menolak dakyah Umno selama ini terhadap kerajaan negeri.
Ia juga membuktikan kepada rakyat, bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, berkhidmat dan bertanggungjawab kepada rakyatnya secara adil tanpa mengambilkira latar kaum, agama dan fahaman politik.
Sikap rasis dan busuk hati Teng itu juga, mengesahkan selama lebih 50 tahun BN mentadbir Pulau Pinang, golongan tersebut telah menafikan hak masyarakat Melayu dan Islam dalam pelbagai bidang.
Kenyataan Teng di depan ahli dan penyokong Gerakan dan MCA,mengesahkan bahawa bekas kerajaan BN di bawah pimpinan mantan Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon tidak pernah meluluskan peruntukan hal ehwal agama Islam sebanyak mana yang diperuntukan kerajaan PR.
Tidak hairanlah Melayu dan Islam terus terpinggir di bawah pimpinan Umno/BN di negeri ini, kerana pemimpin jenis inilah yang menghalang perkembangan Islam dan kemajuan Melayu Pulau Pinang selama ini.
Justeru itu, kerajaan PR terpaksa menyelesaikan masalah berbelas malah berpuluh tahun yang membelenggu masyarakat Islam di negeri ini.
Antaranya masalah kesesakan tanah perkuburan Islam di Jelutong, yang berjaya diselesaikan dengan baik membabitkan perbelanjaan sebanyak RM20 juta untuk pengambilalihan tanah milik bukan Islam.
Saya mencabar Teng agar mengulangi kenyataannya kepada masyarakat Melayu, seperti mana kenyataan pemimpin PR bercakap dengan nada yang sama di kepada semua kaum.
Saya juga mencabar pemimpin Umno, khususnya Timbalan Pengerusi BN yang juga Ketua Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Othman untuk mengutuk dan mendesak Teng menarik balik kenyataannya yang cuba mengapi-apikan perkauman sempit di kalangan masyarakat Cina.
Saya juga mencabar pemimpin-pemimpin Melayu pro Umno yang bertopengkan NGO seperti PERKASA,JATI,PAJIM,PERTIGA,BADAI,JMPP,PKIM dan seumpamanya untuk membidas dan mengutuk tindakan Teng.
Saya juga mencabar akhbar Melayu suara Umno yang selama ini turut menabur fitnah terhadap kerajaan negeri, supaya menyiarkan kenyataan Teng ini agar rakyat, khususnya Melayu menilai sikap sebenar pemimpin BN.
Teng adalah sebahagian pemimpin BN yang merupakan pengkhianat bangsa Melayu dan Islam yang dilantik dan direstui oleh Presiden Umno sendiri. Inilah wajah sebenar mereka.
Rakyat perlu menolak pemimpin jenis ini pada PRU akan datang !
**KENYATAAN MEDIA OLEH YB DATO’ ABDUL MALIK KASSIM, EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG PADA 5 DISEMBER 2012**
SEKARANG PARTI MANA YANG ANTI ISLAM DAN TINDAS MELAYU??....MENGAPA PERKASA/PEKIDA/JATI DAN PEMUDA UMNO SENYAP???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
politik lanun melayu akan terus bodoh kan melayu yang nak dibodohkan sampai mati!!!!
ReplyDeleteKami rakyat p.pinang akan terus sokong dap..sokong umno hnya sebut hidup melayu dlm msa yg sma kianat umat islam
ReplyDeleteBengong punya Melayu Umno.. Buat senyap je Ngo tolol... Hidup Melayu.. Mampusssss Um. . No No No...
ReplyDeleteMelayu Penang dah lama kena kencing tapi cepat sedar. Yang tengah lena ni Melayu Johor, Melaka dan Kuala Lumpur. Yang sokong UMNO di KL pun bukan jenis kaya tapi yang sengkek. Duduk dalam kotak kasut DBKL, kerja despatch hantar surat, hantar bunga dan hantar spare part kereta kat woksyop. Duduk dalam kotak kasut berhimpit-himpit dapat pakai proton buruk dah tak sedar diri. Duduk di atas surau kat bawah pun tak nak jengok. Haprak punya Melayu. Bila balik kampung mengaku orang KL pirahhh. Syabass Melayu Penang cepat sedar sepat maju dan menjadi orang cerdik!!!
ReplyDelete