Tuesday, 11 December 2012
NEGARA KITA ANTARA YANG PALING SELAMAT SEANTARO DUNIA....DULU PENJENAYAH PALING HANDAL GUNA PISTOL, KINI SUDAH NAIK TARAF, GUNA BOM TANGAN!!!!!!
GUNUNG SEMANGGOL - Tertekan dikepung sepasukan polis, seorang pengedar dadah bertindak nekad melemparkan bom tangan ke arah dua kenderaan polis yang berjaya memintasnya di hadapan simpang masuk ke Bukit Merah Laketown Resort, di sini, pagi tadi.
Bagaimanapun, bom tangan yang dibaling suspek tidak meletup, sebaliknya dia ditembak mati seorang anggota polis ketika hendak melarikan diri ke dalam semak-samun berhampiran lokasi kejadian, kira-kira jam 10.30 pagi.
Sumber polis berkata, lebih kurang jam 10 pagi, sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pergi ke rumah suspek di Kampung Dew, Taiping untuk menahannya sebelum dia bertindak melarikan diri menaiki sebuah kereta Honda Accord putih.
Menurutnya, polis bertindak mengekori kenderaan suspek dengan dibantu sebuah kenderaan polis jenis pacuan empat roda hingga ke kawasan kejadian sebelum suspek bertindak melepaskan tembakan ke arah polis. “Adegan tembak-menembak mula berlaku di antara suspek yang berusia lingkungan 40-an dengan anggota polis ketika kejar-mengejar sebelum kenderaan dipandunya berjaya dipintas ketika tiba di lokasi kejadian.
“Sebaik dipintas, anggota polis terlibat mengarahkan suspek keluar dari kenderaan dinaiki dan menyerah diri," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Bagaimanapun, keadaan sebaliknya berlaku apabila suspek keluar dari kenderaan dan menembak ke arah polis sebelum adegan tembak-menembak kedua berlaku di situ.
Suspek abis peluru nekad lempar bom tangan arah polis
SUMBER polis menjelaskan, suspek yang berkemungkinan tidak sempat mengisi semula peluru bertindak nekad melemparkan bom tangan ke arah pasukan polis terbabit secara tiba-tiba.
Terkejut dengan tindakan suspek, tiga anggota polis yang mengekorinya terus melarikan diri ke tempat lebih selamat bersama beberapa orang awam.
Bagaimanapun, menurutnya, bom tangan yang dilontar tidak meletup dan seorang anggota polis bertindak melepaskan lebih kurang tujuh tembakan ke arah suspek yang cuba melarikan diri.
“Suspek yang sedang berlari ke arah semak-samun berhampiran akhirnya rebah dan mati serta-merta setelah salah satu peluru yang dilepaskan mengenai badannya.
“Bom tangan yang tidak meletup itu dimusnahkan oleh skuad pengesan bom lebih kurang jam 2 petang setelah lokasi kejadian dikosongkan,” katanya.
Beberapa jenis dadah, dua pistol berserta peluru ditemui
SUMBER polis berkata, kejadian tembak- menembak itu menyebabkan sebuah kenderaan dinaiki pasukan polis berkenaan dipenuhi kesan peluru yang ditembak suspek.
“Selain itu, siasatan polis menjumpai dua pistol bersama beberapa peluru, pisau dan beberapa jenis dadah dalam kenderaan dinaiki suspek.
“Polis masih lagi menyiasat kes ini dan ianya diserahkan ke IPD Kerian untuk siasatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian dan menegaskan kes itu masih dalam siasatan.
Adegan tembak-menembak disangka penggambaran filem
SAKSI kejadian yang ditemui menyangka adegan tembak-menembak berkenaan adalah sesi penggambaran filem yang dijalankan di kawasan itu.
Peniaga buah-buahan, Norizan Salleh, 33, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, dia ternampak adegan kejar-mengejar di antara dua kenderaan polis dengan sebuah kereta Honda Accord.
"Saya menyangka ada adegan lakonan filem sedang dijalankan di kawasan Bukit Merah, pagi ini (semalam).
"Ketika itu, saya melihat sebuah Proton Waja polis bertindak memintas kereta Honda Accord dinaiki seorang lelaki sebelum semua kenderaan ini berhenti di lokasi kejadian," katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian, semalam.
Susulan itu, menurutnya, tiga anggota polis keluar dari kenderaan dan mengacukan pistol ke arah pemandu kereta Honda Accord.
"Bagaimanapun, lelaki itu bertindak melepaskan tembakan ke arah anggota polis dan adegan tembak- menembak bermula seolaholah mereka sedang menjalani penggambaran filem,” katanya.
Melihat adegan itu, Norizan pada mulanya menyangka ada syarikat produksi filem tempatan sedang menjalankan penggambaran filem.Dia tidak menyedari ia adalah kejadian sebenar memandangkan pemandu kereta Honda Accord dilihat seolah-olah melepaskan tembakan
rambang tanpa ‘peluru’.
“Sangkaan saya meleset apabila melihat pemandu kereta ini bertindak mencampakkan sesuatu seperti bom tangan ke arah dua kenderaan polis berkenaan.
"Ketika itu, baru saya sedar kejadian itu benar apabila melihat-tiga anggota polis berkenaan melarikan diri sambil menjerit mengarahkan saya lari ke tempat lebih selamat,” katanya.
Norizan berkata, kejadian itu berlaku hanya beberapa meter dari gerainya, bagaimanapun, bom tersebut tidak meletup, malah sempat menyaksikan tindakan pantas anggota polis menembak mati lelaki berkenaan yang dilihat cuba melarikan diri ke dalam semak berhampiran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Saksi tu memang lawak.
ReplyDeleteadmin....sefaham saya...jika penjenayah dengan polis...adengan TEMBAK-MENEMBAK mungkin benar berlaku..polis tembak penjenayah...dan penjenayah membalas tembakan polis...TETAPI...AMAT MUSTAHIL berlaku adengan KEJAR-MENGEJAR...mana mungkin,polis kejar penjenayah..kemudian penjenayah pula kejar polis..BODOH KAN PENJENAYAH TU?ATAU AYAT YANG DITULIS ITU AGAK BODOH...TIDAK MEMAHAMI STRUKTUR BAHASA MELAYU..CIKGU SAYA PUN AJAR JUGA AYAT ITU DULU..TETAPI SEJAK SAYA JADI CIKGU..SAYA DAH TAK GUNA AYAT KEJAR-MENGEJAR UNTUK POLIS DAN PENJENAYAH...UNTUK BUDAK2 SEDANG BERMAIN..MUNGKIN BETUL...BEGITU JUGA AYAT....ALAM SEMULA JADI..MANA ADA ALAM SEMULA JADI?
ReplyDeleteko dag bangang ape nak jdi cikgu kat sini....ko jgn isau ayat yg admin buat tuw untuk org paham dgn isi kandungan bukan nak masuk exam karangan penulisan spm bahasa melayu...ko nie jd cikgu ke.dungu...nak komen pn agak2 laa dah besar panjg suka hati je nk bodohkn orng...ko nie cikgu jenis ape...bangang...tujuan admin nk bgtau yg penjenayah skrg makin advance bukn nk amik SPM kertas bahasa melayu...ade jugak cikgu mcm nie...sampai ke ayat pun ko nak komen...ape nk jd nk rakyat malaysia nie ...sempit sgt otaknye...
ReplyDeletelar...dah ayat memang salah apa yg nak pertahankan...wpun citer tu betul..btul jgk cgu tu kata...kalau tkde ilmu penulisan..belajo dulu sblm menulis...cigu bleh berada di mana mana..bkn di sekolah je..kalo kau jd ayah pun kau dh dianggap cigu....ni lah gelagat rakyat msia..yg salah nk pertahan kn jgak..ntah berapa inggit admin bg aku pun tk tau...sempitnya nya otak rakyat msia...nak perbetul pun di maki org tu...aku pun tk fahamlah...syabas cgu menyatakan kesilapan..mmg anda seorg cigu lah..jgn pk apa org kata...sb..yg kutuk ni pun belum tentu anak dia cemerlang dlm pelajrn...
ReplyDeletekrn cigu tu kata ayat bodh...cigu tu plk dikata bangang..dungu..saya yakin anak yg kata kpd cigu tak akan ke mana nya..percaye la...admmin pun satu hal..nak cite kes ni,ayat berjela2 mcm karangan.salah plk tu.
ReplyDeletekrn ayat kejar-mengejar tu lah yg bleh mbuat org tk fhm bro..isi lain bleh fhm..smpai ayat kejar mengejar jd pening pk.mcm mana yg kutuk cigu tu bleh fhm?.tolong jelaskn maksud kejor mengejor dlm artikel ni..kjor yop kjor aku fhm le..aku pun pelik..ayat bodoh ko fhm..ko mmg pembaca yg bodohlh kalo mcm ni kau pya otak..nak blagak teror & fhm...tp ...lu pk la sndiri bro...
ReplyDeletePistol la nie boleh beli kat Kelantan. RM6,000.00 saja. Aku dengar laaa. Pasal kastam kat sempadan rasuah. Siap jual sticker kereta. Pekida ada sticker. Penyeludup dadah & pistol pon ada sticker. Ada sticker orang bawahan kastam kena lepas. Boss dah angkat duit. Kastam kat Temerloh, duit bersepah dalam rumah(ingat tak laporan akhbar awal tahun ni.). Kakitangan kerajaan yg rasuah kena hukum bunuh. baru depa takut. Kalau denda 10X nilai suapan masa ditangkap, apa barang sangat.
ReplyDelete