Monday, 24 December 2012

LAAAA.....RUPA-RUPANYA AKTIVIS PELAJAR MENUNTUT PTPTN DIHAPUSKAN, SDR UMAR DIPENJARA 1 BULAN DAN DENDA RM1000 KERANA MERAKAM VIDEO PEGAWAI PENGUATKUASA DBKL MENJALANKAN TANGKAPAN!!!!!!

Dipenjara 1 bulan dan denda RM1,000 kerana merakam video.

Dalam penghakimannya, Majistret Zaki Asyraf berkata, "tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguat kuasa DBKL menjalankan tugas."

Selain Umar, terdapat 3 kawan-kawan occupier Occupy Dataran lain yang merakam video insiden penangkapan pada hari tersebut, tapi
hanya Umar saja ditangkap, didakwa dan dihukum.

Selain Umar, terdapat lebih 3 kawan-kawan occupier lain yang berada lebih dekat dengan aku waktu aku ditangkap 3 orang penguatkuasa DBKL, tapi hanya Umar saja ditangkap, didakwa dan dihukum.

Selain Umar, terdapat berpuluh-puluh occupier dan mahasiswa lain yang berkhemah dan bermalam di Dataran Merdeka bersama Umar, tapi hanya Umar saja ditangkap, didakwa dan dihukum.

Umar ditangkap sekali ketika rombongan penguatkuasa DBKL yang menangkap aku accidentally bertembung dengan Umar (yang sedang berdiri merakam video) dalam perjalanan mereka membawa aku ke van DBKL di tepi jalan.

Atas kesalahan secara tidak sengaja bertembung dengan penguatkuasa DBKL ketika sedang merakam video, Umar ditangkap dan didakwa "dengan sengaja menghalang seorang penjawat awam iaitu Pegawai Penguat Kuasa DBKL, Mohd Masran Mamat, 34, daripada menjalankan tugas menangkap dan mengiringi Fahmi Reza di Dataran Merdeka pada jam 8.05 pagi, 22 April lalu."

Kerana ini Umar dihukum penjara 1 bulan dan denda RM1,000 yang berkuatkuasa serta-merta atas satu kesalahan yang tidak dia lakukan.

3 comments:

  1. Puok ni guna apa saja.. Janji pelajar lain gerun.. Ini taktik umno dari dulu lg.. Dunia belum Kiamat. Lawan sampai Tamat.. Bravooooo...

    ReplyDelete
  2. Jangan nak tipu fakta la blogger biul.

    ReplyDelete
  3. Apa nak heran Datuk
    Harun pun diorang jelkan ini pulak orang lain!!!! Itu dulu! Sekarang lagi teruk pada Datuk Harun melambak lambak!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...