Monday, 10 December 2012

JOM LIHAT BETAPA MISKIN, DAIF PAPA KEDANANYA KAUM KERABAT, ANAK BINI DAN KRONI KETUA MENTERI SARAWAK, TAIB MAHMUD!!!!!... BOLEH BERLINANG AIR MATA DIBUATNYA!!!!!

Gambar Keluarga Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Inilah gambar kerabat keluarga besar Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri pertamanya dahulu sebelum digantikan dengan Ragad Waleed Al-Kurdi. Jikalau sebelum ini, kita telah melihat gambar rumah deretan rumah mewah milik pemimpin-pemimpin & VVIP daripada sebelah Semenanjung Malaysia DI SINI & DI SINI.
Kali ini kita saksikan rumah-rumah besar milik kerabat Taib Mahmud & rakan-rakan terdekat Taib Mahmud yang  merupakan salah satu isu-isu yang tidak terjawab di Sarawak.
Orang yang kaya-raya tidak dilarang meminta untuk dipilih sebagai calon menteri. tetapi yang menjadi persoalan sekarang ini, tidak seorang pun yang harus dibenarkan menyalahgunakan kuasa politiknya untuk menjadi kaya. Ianya suatu bentuk rasuah boleh memusnahkan sesebuah negara
Jadi Berita Semasa, adakah dini rumah kerabat Taib Mahmud yang dimaksudkan itu? Oooh…bukan. Ini bukan, kerana ini hanya rumah rakyat Sarawak. Kalau nak lihat koleksi rumah mewah kerabat Taib Mahmud, sebentar sahaja lagi…
Rumah di Sarawak Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Memandangkan limpahan kekayaan yang Tuhan telah kurniakan di Sarawak seperti kemewahan emas hitam (petroleum), gas asli, balak dan tanah yang subur bagi penanaman kelapa sawit, mungkin inilah yang dikatakan penanda aras kemajuan & kesemarataan limpahan kekayaan di Sarawak. Dan…..sesuailah juga dengan kekayaan negeri Sarawak kini melihat keadaan dan rupabentuk rumah mewah & istana kalangan pemimpin dan kerabat Ketua Menteri Sarawak.
Antaranya rumah-rumah pemimpin di Sarawak yang berjaya dirakam ialah :

Gambar Rumah James Jemut Masing

Istana James Jemut Masing Sarawak Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Rumah James Jemut Masing Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
James Jemut Masing merupakan Menteri Pembangunan Tanah Sarawak. Beliau merupakan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS). PRS merupakan parti komponen Barisan Nasional dan James Jemut Masing Adun kawasan Balleh.
James Jemut Masing sekeluarga kini tinggal di rumah di atas sebidang harta seluas dua ekar bertentangan dengan Jalan Ong Tiang Sui. Hebat….hebat. Dengan pendapatan sekitar RM8,000 sebulan membolehkannya yang juga merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak mampu membina dan mendiami kediaman sedemikian yang bernilai RM2 juta? Ya….mungkin inilah yang dikatakan usaha tangga kejayaan.

Gambar Rumah Kerabat Taib Mahmud

Gambar Kerabat Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!

Gambar Kawasan Rumah George Chan + Padang Golf

Rumah George Chan Sarawak Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Tan Sri Dr George Chan merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Gambar Rumah Arip Bin Mahmud

  • Tarikh Lahir : 28 Januari 1957
  • Nombor kad pengenalan : 570128-13-5225
  • Pasangan : (Pertama) Azerina Arip @ Gertie Chong Soke Hoon, (Kedua) Norieda Goh Abdullah @ Kelly Goh Siok Ling, (Ketiga) Liyana Abdullah @ Lily Teo
Gambar Rumah Kerabat Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Arip Bin Mahmud merupakan pengarah dan pemegang utama saham syarikat hartanah yang berpangkalan di California, Sakti International Corporation. Antara adik-beradik yang paling dipercayai & merupakan rakan kongsi utama.
  • Pernah menjadi pengarah syarikat “gergasi” pembalakan di Malaysia, kumpulan Rimbunan Hijau. Syarikat konglomerat ini menjadikan sasaran hutan hujan tropika di Malaysia, Indonesia ke Gabon, Papua New Guinea, New Zealand dan Rusia sebagai sasaran mereka

Gambar Rumah Chris Chung

Rumah Chris Chung Sarawak Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Rumah Kroni Mahmud Abu Bekir Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Merupakan rakan kongsi perniaganaan dengan anak lelaki Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib.

Gambar Rumah Mohd Tufail Bin Mahmud

  • Tarikh Lahir : 28 September 1952
  • No Kad Pengenalan : 520928-13-5025
  • Pasangan : Suhing Bujang
Rumah Tufail Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Rumah ini ada 27 buah bilik
Tufail merupakan pemegang saham utama yang mengawal dan memilki KUmpulan Sanyan yang merupakan salah satu syarikat yang terbesar di Sarawak bernilai USD400 juta yang aktif dalam perniagaan kayu. Beribu pejabat di Wisma Syanyan, Sibu di bangunan yang tertinggi Sarawak.

Gambar Rumah Datuk Haji Hamden

Rumah Hamden Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Datuk Haji Hamden merupakan Pengurus Urusan bagi menerajui Kumpulan Syarikat Sarawak Plantation Berhad yang telah mencatatkan keuntungan sekitar RM105 juta pada tahun 2011.

Gambar Rumah Aisah Zainab Mahmud

  • Tarikh lahir :  5 Januari 1947
  • Nombor Kad Pengenalan : 470105-13-5320
  • Pasangan : Ruhanie Ahmad
Istana Zainab Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Rumah Zainab Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Adik perempuan Taib Mahmud ini, Zainab, merupakan pengarah di 5 buah syarikat dan pemegang saham di 9 buah syarikat yang lain.

Gambar Rumah Ibrahim Mahmud

  • Tarikh Lahir : 1 Mac 1943
  • Nombor Kad Pengenalan : 430301-13-5487
  • Pasangan : Datin Seri Hajijah Abdullah
Gambar Ibrahim Mahmud Sarawak Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Adik lelaki Taib Mahmud, Ibrahim Mahmud menjadi pengarah di 16 buah syarikat dan merupakan pemegang saham 6 buah syarikat yang lain.

Gambar Rumah Raziah Taib Mahmud

Tarikh Lahir :  24 November 1955
No Kad Pengenalan : 551124-13-5080
Pasangan : Robert Geneid
Gambar Raziah Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!

Rumah Raziah Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!

Raziah merupakan adik perempuan Taib Mahmud menjadi pengarah di 20 buah syarikat & pemegang saham di 16 buah syarikat yang lain

Gambar Rumah Jamilah Mahmud

Gambar Jamilah Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Anak perempuan Taib Mahmud dengan isteri pertamanya dahulu, Jamilah merupakan pengarah di 4 buah syarikat dan menjadi pemegang saham di sekurang-kurangnya 86 syarikat yang lain.
  • Di Australia : Pemegang saham utama Sitehost Pty Ltd yang beroperasi milik keluarga Taib
  • Di Kanada: Pengarah dan dianggap pemegang saham yang mengawal syarikat yang berpengakalan di Ottawa iaitu Kumpulan Sakto (Sakto Corporation, Sakto Development Corporation, City Gate International Corporation dan syarikat-syarikat berkaitan). Laman web : (www.sakto.com)
  • Di United Kingdom: Pemegang saham yang mengawalsyarikat Citygate International Corporation, syarikat induk Ridgeford Hartanah (www.ridgeford.com)
  • Pengarah asal dan kini masih pemegang saham bagi syarikat pembangunan hartanah, Sakti International Corporation di US
  • Memiliki saham di Royal Mulu Resort, syarikat pembalakan gergasi WTK dan Samling Global
  • Pemegang saham utama syarikat terbesar di Sarawak, Cahya Mata Sarawak Berhad.

Gambar Rumah Hanifah Hajar Taib Mahmud

  • Tarikh Lahir : 28 Ogos 1972
  • No Kad Pengenalan- 720828-14-5126
  • Nama Pasangan : Syed Ahmad Alwee Alsree
Rumah Hanifah Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Gambar Hanifah Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Anak bongsu Taib Mahmud ini merupakan pengarah di 16 buah syarikat dan pemegang saham di 90 buah syarikat lain di Malaysia. Kalau di Australia, Hanifah Hajar adalah pemegang saham utama Sitehost Pty Ltd yang memiliki hotel bertaraf lima bintang seperti hotel ”Adelaide Hilton”.
Suami Hanifah Hajar yang dahulu bekas peguam ari Singapura telah diangkat menjadi :
  • Pengarah Cahya Mata Sarawak Berhad sejak 2006 & pemegang saham utama syarikat tersebut
  • Timbalan pengerusi di UBG Berhad
  • Timbalan pengerusi Loh dan Loh Corporation Berhad sejak 2008
  • Pengarah K & N Kenanga Holdings Berhad pada tahun 2009
  • Pengarah dan pemegang saham stesen radio swasta di Sarawak, CATS FM
  • Seorang pengarah akhbar New Sarawak Tribune akhbar, yang dimiliki oleh sepupu Taib Mahmud, Hamed Sepawi
  • Pengarah Premier Cottage Sdn. Bhd yang membuat usahasama CMS untuk membangunkan ”Isthmus Kuching”, salah satu daripada pembangunan hartanah yang paling “bernilai” & menguntungkan di Sarawak.
  • Bertanggungjawab dengan kontrak pembinaan Pusat Konvensyen Borneo yang bernilai RM195 juta Ringgit (USD 64 juta)

Gambar Rumah Alfred Jabu Anak Numpang

Gambar Alfred Jabu Anak Numpang Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!

Gambar Rumah Awang Tengah Ali Hassan

Gambar Awang Tengah Ali Hassan Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar kedua yang juga bertanggungjawab mengenai hal-hal berkaitan tanah di Sarawak. Gambar rumah Awang Tengah ini berjaya dirakam ketika dalam pembinaan lagi.

Gambar Rumah Naroodeen Majais

Rumah Narodeen Majais Sarawak Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Naroden Majais merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan di Sarawak.

Rumah Amar Hajar Fredahanum Mahmud (Fredahanum) + Aziz Hussein

  • Tarikh Lahir : 25 Disember 1953
  • Nombor Kad pengenalan : 531225-13-5380
Rumah Kerabat Taib Mahmud  Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Adik Taib Mahmud ini merupakan pengarah bagi enam buah syarikat dan pemegang saham utama bagi 4 lagi syarikat lain. Antaranya ialah Fredahanum Mahmud merupakan seorang pengarah syarikat Achi Jaya Transportation Sdn. Bhd. (Dahulunya dikenali sebagai Archipelago  Shipping  and CMS Transportation), yang mengawal eksport perkapalan di negeri Sarawak.
Suami Fredahanum Mahmud sekarang ini  Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Haji Husain merupakan Setiausaha kerajaan negeri Sarawak dan juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif  Sarawak Energy Berhad. Sekarang ini, YB Datuk Amar Hj Abdul Aziz bin Haji Husain merupakan pengarah Eksons Corporation Berhad sejak tahun 2007 dan merupakan pemegang saham utama syarikat itu bersama-sama anak saudara Taib Mahmud.  Syarikat Eksons adalah “pengeluar terbesar papan lapis di rantau Asia Pasifik. Abdul Aziz juga pengarah syarikat perisian MLabs Berhad dan Borneo Housing Mortgage Finance Berhad.

Gambar Rumah Ali Mahmud

  • Tarikh lahir : 21 Disember 1950
  • Nombor Kad Pengenalan : 501221-13-5343
Rumah Ali Mahmud Sarawak Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud merupakan pemimpin Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Muara Tuang. Mohamad Ali Mahmud telah diberikan 5,000 hektar tanah di Sri Aman atas nama syarikat Tabaruk Abadi Sdn. Bhd. bagi penanaman kelapa sawit atas kelulusan abangnya sendiri. Siapa abangnya? Tan Sri Taib Mahmud. Siapa Taib Mahmud? Ketua Menteri Sarawak. Tahniah!

Gambar Rumah Datuk Abdul Rahman

Gambar Rumah Daud Abdul Rahman Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Datuk Haji Daud Abdul Rahman merupakan Menteri Muda Hal Ehwal Islam / Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur yang juga merupakan Adun Tupong.

Gambar Istana Taib Mahmud Di Sarawak

Dan…akhirnya istana milik pemimpin No.1 di Sarawak. Tan Sri Taib Mahmud. Berjaya memerintah Sarawak selama 30 tahun lamanya.
Rumah Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Rumah Taib Mahmud di Sarawak Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Istana Taib Mahmud Gambar Rumah Mewah & Istana Kerabat Tan Sri Taib Mahmud di Sarawak : 27 Gambar EKSLUSIF!
Kadang-kadang kami terfikir sendirian, SPRM sedar atau tidak tidak pelbagai laporan yang keluar mengenai Ketua Menteri Sarawak ini, Tan Sri Taib Mahmud dan kerabat keluarganya yang sering diusahakan kalangan rakyat Sarawak sendiri dan juga melalui laporan berita Sarawak Report selama ini?
Adakah dalam satu kolam yang besar seluas negari yang dinamakanSarawak ini, yang terdapat ikan kecil dan juga ikan jerung yang sudah “dijangkiti kuman dan penyakit”, malangnya hanya kebanyakan ikan kecil sahaja yang mendapat perhatian & ditangkap untuk siasatan SPRM, bagaimana pula jerung-jerung yang berskala besar ini?
Bukan kami minta untuk mengatakan kalangan mereka-mereka ini bersalah atau tidak, kerana yang menentukannya hanya mahkamah, tetapi siasatlah. Tetapi kalau siasatan pun seperti hidup segan mati tidak mahu, bagaimana? Terlalu jelas menampakkan perbezaan siasatan di antara ikan jerung dan ikan bilis. Ini yang rakyat perhatikan sebenarnya. Untuk pemimpin lain di Semenanjung Malaysia kami masih boleh “tahan” lagi, tetapi untuk apa yang berlaku di Sarawak sekarang. Kami sama sekali tidak boleh terima. Minta sekali lagi perhatian daripada pihak SPRM.

14 comments:

  1. so,masih mau undi BN?Ini kalilah tukar kerajaan..!!!

    ReplyDelete
  2. aku undi umno jugak dlm pru13 sebab aku org umno bodo......?

    ReplyDelete
  3. fikir dengan rasional. menyokong untuk mengayakan orang, tapi diri sendiri, keluarga masyarakat miskin. inikah yang kita inginkan.

    ReplyDelete
  4. Unutk makluman Allahtarham Arip Mahm,ud dah lama meninggal dunia. Rasa rasa nya dah hampir 10 tahun kalau tak silap.Tak elok lah nak hebohkan pasal si mati.Elok sedekah alfatihah walau benci mana pun.

    Saya sokong Pakatan peringkat parlimen kerana nak tengok UMNO di kalahkan dari memerintah. Tapi diperingkat negeri Saya tak nak mana mana parti dari Malaya memerintah Sarawak. Ia akan menjadikan Sarawak semakin di jajah. Tengok lah sekarang, hampir semua pengarah jabatan persekutuan orang malaya pegang. Jawatan jawatan kecil pun makin ramai malaya ambik. Anak nak kami nak kerja apa. Jadi tukang sapu sahaja kah atau tukang sambut tuan tuan Malaya. Sememangnya kami masih belum merdeka.Ia nya penjajahan tak langsung.49 tahun bersetuju membentuk Malaysia dengan Malaya, rasa nya ia nya satu keputusan yg silap.Suatu hari nanti Sarawak Sabah pasti akan merdeka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak Sabah & Sarawak masih tak pentingkan pelajaran. Gunakan sekolah yang orang Malaya dirikan untuk anak Sabah Sarawak sebaiknya hingga dah ramai yang ada degree & PHD. Baru anak Sabah Sarawak boleh isi jawatan penting. Dan buang mentaliti katak bawah tempurung. Asyik fikir dijajah.

      Delete
    2. Memang masih dijajah.Orang Malaya dirikan tapi guna duit sumber dari Sarawak juga.Yg bawah tempurung sebenar nya ramai dari kalangan Malaya sebab kurang tahu tentang Sabah Sarawak tapi rakyat sabah sarawak ramai tahu dgn Malaya.Satu hari nanti sabah Sarawak pasti Merdeka.Roda itu berpusing, tidak ada satu pun yg sentiasa di atas. Hari ini kita umpama rakyat kelas 2, esok kami pasti merdeka.Sejarah dunia tidak lah kaku.Ia bergerak dan berubah.

      Delete
    3. Klu begitu, kau bergeraklah, cari sokongan dan dana utk tubuhkan satu pertubuhan yg misinya utk MERDEKAKAN Sarawak dari Malaysia. Aku doakan kau berjaya ganti Taib Mahmud. Takpun, kau duduklah di Pulau Jerjak sampai mati....

      Delete
  5. Wow...... Kaya..... Caya sama lu TA..IK.. Busuknya ni.. Nak basuh x.. Ni baru King Bornoe.. Caya r sama lu... Kih.kih.kih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan King Borneo. Lanun Melanau.

      Delete
  6. rumah sprm pun besar juga itu pasai dia tak siasat rumah taib mahmud dan sekutunya...kalau sprm siasat dia takut rumah dia yg besar akan jadi kecik...kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss SPRM pun puak dia jugak. Kalau Pakatan Rakyat berkuasa pon, nak bersihkan agensi dan jabatan ini semua mungkin makan masa bertahun.

      Delete
    2. Mkn masa tu biasa la bang.... Yg penting, ada progress nya... Lambat laun yg salah tetap akan dapat habuan setimpal....keadilan dapat ditegakkan...

      Delete
  7. Melanau tua ni memang safe selagi BN control Putrajaya. Sesiapa yang berani lawan dia di Serawak, akan dilenyapkan. Dia tadbir Sarawak macam tanah pusaka arwah bapak dia.

    ReplyDelete
  8. Yang sebok2 hal negeri orang ni apsal? tanah sendiri melayunya sendiri berperang...kolotnya org...mentaliti orang pandai nk menilai seperti katak dibawah tempurung...yang perang sama melayu dan sama agama tu apasal?...saya bangga jadi anak sarawak walaupun pelbagai kaum dan etnik tapi masih bersatu...benda spt di atas tu banyak kita lihatkan...malaya pun ada juga yg jadi wakil2 rumah besar2...ala...biasa la benda tu...tp ingat kalau xusaha betul2 mana nk dapat rezeki kan...Allah yang menentukan rezeki setiap manusia...


    -anak pakcik tongko saudagar minyak congostan-

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...