Tuesday, 25 December 2012

DEBAT BUKAN BUDAYA KITA KATA NAJIB RAZAK DAN UMNO TAPI BIDA MAU MENJADI TUAN RUMAH KEJOHANAN DEBAT UNIVERSITI SEDUNIA 2012!!!!!!



PUTRAJAYA - Malaysia membida untuk menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Debat Universiti Sedunia 2015, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.
 
Beliau berkata, Malaysia bersaing dengan Auckland, New Zealand, untuk menjadi tuan rumah kepada satu daripada acara tahunan antarabangsa yang terbesar dan beliau yakin Malaysia, melalui Universiti Teknologi Mara (UiTM), boleh menjadi tuan rumah kepada acara berprestij itu.
 
"Kami sangat optimis (memenangi tawaran) dengan sokongan jelas dari kerajaan. Pada tahun 2005, Universiti Multimedia (MMU) melakukannya sendiri.

kali ini giliran UiTM, disokong oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelancongan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
 
Keputusan bidaan akan diketahui selepas Malaysia dan Auckland membentangkan kertas kerja masing-masing kepada Majlis Debat Universiti Dunia, bulan depan.
 
Saifuddin berkata, Malaysia telah terlibat dalam kejohanan debat dunia itu sejak awal 1990-an dan MMU menganjurkan Kejohanan Debat Universiti Dunia pada tahun 2005.
 
"Penganjuran pertandingan ini akan menggalakkan mahasiswa universiti untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis," katanya.
 
Saifuddin berkata, Malaysia menghantar seramai 16 peserta dari enam universiti untuk mengambil bahagian dalam Kejohanan Debat Universiti Dunia di Berlin bermula 27 Disember ini.
 
Sementara itu, Pengurus Besar Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia - Acara Antarabangsa Tony Nagamaiah berkata jika Malaysia memenangi bidaan menjadi tuan rumah Kejohanan Debat Universiti Dunia 2015, ia akan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.
 
"Menjadi hos acara antarabangsa akan menjana kira-kira RM20 juta untuk hotel, pengangkutan, makanan dan minuman, dalam tempoh tujuh hari.
 
"Kami menjangkakan 1,500 pendebat dan pegawai dari 50 negara dan 200 universiti akan datang ke negara ini," katanya. - Bernama

JADI TELAH TERBUKTI BAHAWA NAJIB DAN UMNO CUKUP TAKUT NAK BERDEBAT DENGAN DSAI....ITU SAJA..

SATU DUNIA TAHU YANG NAJIB TAKUT PENGECUT MENIKUS BILA DIJEMPUT BERDEBAT DENGAN DSAI....KINI NAK BIDA MENJADI HOS DEBAT SEDUNIA....BUKANKAH INI LAWAK GILER GABAN NAMANYA.


PEMIMPIN YANG PENAKUT TIDAK LAYAK MEMIMPIN NEGARA.

2 comments:

  1. Malaysia ni dasarnya Kebendaan serta gila nama.Jika tak masyuuukkk,tak nak nyer.Cuba buat debat fasal Hukum Syariah,,alamatnyer...????Jika berani sila buka ruang ke pada dunia Islam lak.

    ReplyDelete
  2. Rosmah yg sebenarnya PM.
    Anwar kena debat dengan Rosmah.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...