Friday, 21 December 2012
LAGI KISAH RAKYAT MISKIN DIBAWAH PROJEK UMNO MENJADI MANGSA!!!!...RUMAH PPRT DISABAH TUMBANG DIHANYUT AIR!!!!!!!
PROJEK FELCRA SHAFIE APDAL GAGAL!!!
Sebuah lagi rumah PPRT yang dibina diFELCRA Kampung Air Sandakan pada 2011 menyembah bumi awal pagi kelmarin.
Projek pembinaan 18 buah rumah PPRT di kampung tersebut di bawah seliaan FELCRA yang dianggarkan menelan kos RM810,000 atau RM45,000 seunit baru sahaja didiami selama enam bulan oleh mangsa, Rajimah Latif bersama 13 ahli keluarganya tiba-tiba runtuh secara mengejut.
Pengerusi JKKK Kampung Air, Jafar Mustafah yang ditemui di tempat tragedi kira-kira jam 9.00 pagi kelmarin antara lain menjelaskan pembinaan rumah-rumah PPRT yang ada di kawasan lingkungan Kampung Air dikhuatiri tidak selamat kerana tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
"Disebabkan kedudukan tapak rumah-rumah tersebut dan strukturnya tidak kukuh (tegap); maka telah menyebabkan rumah berkenaan mudah runtuh. Mujurlah tiada kemalangan jiwa berlaku," kata Jafar yang menyetujui saranan Raime Unggi FELCRA jangan laksanakan projek cuba-cuba di Sabah.
Menurut Jafar, semasa kejadian tersebut mangsa sedang tidur nyenyak dan harta benda mereka habis rosak ditenggelami air masin dan tafsiran kerugian belum dipastikan kerana masih dalam siasatan Jabatan Kebajikan Perkhidmatan Kebajikan Am.
Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Haji Mohd Hamsan Hj Ag Supain yang turut meninjau tragedi tersebut melahirkan rasa simpati terhadap Rajimah bersama 13 keluarganya yang ditimpa kecelakaan.
“Memandangkan mereka sudah tidak ada tempat tinggal, maka sementara waktu ini mereka ditempatkan di Balai Raya berhampiran untuk menunggu rumah mereka dibina semula oleh kontraktor.
Dalam pada itu, beberapa orang penghuni rumah-rumah PPRT yang yang enggan namanya disebut mengadu ramai di kalangan mereka tidak puas hati dengan keadaan rumah-rumah PPRT yang dibina di kampung tersebut kerana strukturnya tidak kukuh; apatah lagi hanya menggunakan tiang yang berukuran 3 inci X 3 inci sahaja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
SPRM jgn tgu lapuran baru nk kerja...siasat siapa yg dpt projek tsb.??? kalau ada unsur2 rasuah...dakwa mereka2 yg terbabit..rakyat sedang memerhati/menilai kerja2 SPRM..
ReplyDeletetanda2 ko Be End Be End ko..
Deletemusnahkan umno.
Be End ko ko Be End..
ko ko
umno ko ko Be End...
Peringatan untuk rakyat sabah bahawa duit PPRT tu dari sumber yang tidak halal maka rumah tu Runtuh.selama ni mana ada rumah atas air yang dibena guna wang sendiri yang runtuh.ini peringatan dari Allah untuk umatnya.
ReplyDeleteBumbung stadium ratusan juta ringgit boleh runtuh. Apala sangat rumah PPRT atas air. Kontraktor UMNO yang rasuah, buat jamban curah pon boleh runtuh.
ReplyDelete