Friday, 30 November 2012

SENARAI BONGKAR/RAMPASAN KEATAS BUKU-BUKU SETAN, SYAITAN, SULTAN KARYA TULISAN SYED HUSSEIN ALATTAS @ PAK HABIB YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK POLIS.



Semalam 29hb November jam lebih kurang 11.45 pagi sebanyak 13 buah naskah buku SETAN, SYAITAN, SULTAN hasil tulisan penulis politik yang kontroversi , S.H. Alattas telah dirampas oleh pihak polis dibawah kesalahan Sek 4(1)(c) Akta Hasutan dan Sek 502 Kanun Keseksaan, kerana menyebarkan percetakan berunsur fitnah,  ketika beliau sedang melakukan promosi jualan di Restoran Riverside, Aras 2, Bangunan PWTC

Setiap tahun semenjak terbangunnya PWTC, S.H. Alattas sudah melakukan perkara yang serupa disana tetapi berlainan lokasi.

Tidak ada pun sebarang tangkapan maupun rampasan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Buku-buku terdahulu beliau boleh dikatakan sama panas telinga berasap kepala isi kandungannya.

Admin bukan berhasrat mau mempertikaikan tindak tanduk pihak berwajib menjalankan rampasan, tangkapan dan siasatan.

Jalanlah tugas dengan adil, telus, saksama tanpa rasa gentar dan memihak serta tiada tekanan dari tangan-tangan ghaib yang lebih berkuasa.

Tapi pujian harus diberikan kepada PDRM dari Ibu Pejabat Polis Dang Wangi , Kuala Lumpur kerana setakat ini pada amatan admin telah menjalankan tugas dan tanggung jawab mereka cukup profesional dan berhemah. Semoga sikap sedemikian dapat diteruskan sehingga siasatan selesai.

Sehingga kini belum lagi kedengaran pihak Kementerian Dalam Negeri telah mengharamkan buku SETAN, SYAITAN, SULTAN....
TEGAS, ADIL, BERHEMAH.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...