Friday, 9 November 2012
KAMERA AES KENA SPRAY DI KM 85.5 JALAN IPOH- KUALA LUMPUR!!!!
AES kena 'spray' di kawasan Sungkai, KM85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur.
Secara peribadi, admin tidak setuju dan menyokong tindakan rakyat yang melakukan vandalisme ini..
Perbuatan vandalisme bukan budaya kita.
Tapi jika difikir dari sudut anti kezaliman, maka ramai rakyat akan melahirkan rasa kesyukuran atas dasar kerajaan UMNO 1M'sia, menghirup darah rakyat tanpa ada rasa belas kasihan.
BANTAH AES menyeru seluruh rakyat untuk hadir di perhimpunan bagi menyerah memorandum kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha pada hari ini, 9 November selepas solat Jumaat di Masjid Nasriyah, Sitiawan, Perak.
Koordinator Bersama BANTAH AES, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, Himpunan Rakyat BANTAH AES ini mensasarkan fokus untuk mendesak Menteri Pengangkutan untuk mengkaji semula dan mengambil kira beban rakyat sebelum melaksanakan AES.
Katanya, bantahan itu juga akan digerakkan ke seluruh negara bagi memberikan kesedaran rakyat berhubung salahlaku pemberian tender kepada syarikat kroni bagi mengendalikan sistem saman ini .
Malahan ujarnya sistem yang dilaksanakan ini membebankan rakyat.
“Rakyat akan terus bangun dan membantah sistem ini,” katanya.
Ujarnya, satu himpunan ke Parlimen akan diadakan lagi bagi menyatakan bantahan itu.
“Kita akan umumkan tarikhnya pada masa terdekat,” ujarnya.
Sejak dilaksanakan pada 23 September 2012, dalam masa 8 hari dengan 14 kemera AES sebanyak 63,558 buah saman dikeluarkan.
Sebelum ini Adun Teja, Chang Lih Kang mencabar Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera Sistem Kamera Automatik (AES) kepada Beta Tegap Sdn Bhd.
Pada satu sidang media di Lobi Parlimen Chang mendakwa tender pemasangan AES dikuasai kroni Umno.
Menurutnya, Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) yang juga pemegang saham terbesar Beta Tegap Sdn Bhd, Rozana Redzuan mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno Johor.
Katanya, Rozana merupakan anak sulung Tan Sri Redzuan Salim dan Puan Sri Atikah Abdullah, dua tokoh pemimpin Umno di Johor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
AES satu cara merompak rakyat cara terhormat di waktu siang....kuburkan UBN pd pru13 nnt...tumbang UBN selamatkan negara dari lanun2 yg sedang bermaharajalela...insyaallah
ReplyDeleteMinggu lalu jalan nie kamera flash2 sebab teksi langgar lampu isyarat pukul 4 pagi...bodo punya aes..pukul 4 pagi hantu dah tido la..buat la time 6am -12 mlm sudah la nie x 24jam...
ReplyDelete