Tuesday 6 November 2012

BETUL KE KERANA GAMBAR INI CHUA SOI LEK MENANG SEBAGAI PRESIDEN MCA MENGALAHKAN ONG KA TING DAN ONG TEE KEAT?????



Admin terpanggil untuk memperbetulkan satu posting di FB atas nama Ali Abu yang memberitahu kononnya Chua Soi Lek menang dalam pertandingan jawatan Presiden MCA kononnya pihak penyokongnya menyebarkan gambar beliau menjadi pembonceng kepada DYMM Sultan Johor.

Dikhabarkan oleh Facebooker Ali Abu  kononnya:-

Chua Soi Lek menang dengan majoriti tipis 68 undi, Beliau mendapat 901 undi mengalahkan bekas Presiden MCA Ong Ka Ting yang memperolehi 833 undi dan Ong Tee Keat sekadar mampu mendapat 578 undi, MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR INI SEBAGAI SULTAN JOHOR TUNDUK KEPADA CHUA SOI LEK.

Bagaimana boleh gambar-gambar ini digunakan untuk alat kempen bagi "counter" pita lucahnya yang digunakan oleh pihak lawan-lawannya?

Pertama, pertandingan jawatan Presiden MCA diadakan pada 29hb Mac 2012 sedangkan gambar-gambar diatas dirakam pada 28hb Jun 2010?

Gambar-gambar diatas adalah rakaman KEMBARA MAHKOTA JOHOR pada 28hb Jun 2010, apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim, sudi membawa Presiden MCA Chua Soi Lek yang terpalit dengan video seks curang dengan kekasih gelapnya.

Ini telah berlaku semasa di Bekok, Segamat yang mana kehadiran Sultan Ibrahim bersama-sama konvoi Kembara Mahkota Johor telah disambut oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek.

Sultan Ibrahim kemudian dengan selambanya menunggang motosikal jenis Honda EX5 dengan membonceng Dr. Chua Soi Lek  ketika mereka bergerak ke Dewan Serbaguna Bekok, Segamat, Johor  bagi menghadiri majlis sumbangan pemberian basikal kepada anak-anak yang kurang berkemampuan.

BAGI ADMIN INI SATU FITNAH YANG AGAK MELAMPAU!!!!!!....KALAU TIDAK SUKA SESEORANG PUN JANGAN SAMPAI MELAMPAU MEMFITNAH SEBAB IANYA DENGAN MUDAH AKAN DISANGKAL.

TIDAK MEMBERI APA-APA FAEDAH PUN!!!.

NAK KATA BERGURAU, LANGSUNG TIDAK NAMPAK PUN KATA-KATA SEBAGAI BERGURAU..NADA BUNYINYA AGAK SERIUS DAN YAKIN SUNGGUH!!!

BAGI MENYOKONG KENYATAAN ADMIN INI, MAKA ADMIN PRINT SCREEN APA YANG BELIAU TEMPELKAN DIWALLNYA!!!

BAGI DIA NI TIADA SIAPA YANG BETUL DALAM DUNIA INI MELAINKAN DIA SEORANG SAJA.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...