Sunday 28 June 2015

MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN AZMIN ALI BERSAMA-SAMA DENGAN WAKIL-WAKIL RAKYAT PR, AHLI-AHLI MAJLIS DAN KETUA-KETUA KAMPONG DIKEDIAMAN RASMINYA MALAM TADI KURANG MENDAPAT SAMBUTAN


Banyak kerusi tidak berpenghuni .. lebih banyak kerusi kosong dari tetamu yang hadir ... begitulah gambaran yang diberikan mengenai suasana Majlis Berbuka Puasa bersama Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Hj Mohamed Azmin bin Hj Ali dengan para wakil rakyat PR, ahli-ahli majlis dan ketua-ketua kampong dikediaman rasminya di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor malam tadi.

Pada sebelah petangnya jam lebih kurang 4 petang PAS-DAP-PKR Selangor telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan masa depan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu selepas kerjasama gabungan itu diisytiharkan berakhir.

Pertemuan itu merupakan inisiatif Hj Mohamed Azmin Ali yang mengadakan satu majlis berbuka menteri besar Selangor bersama semua wakil rakyat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) PR Selangor, ahli majlis,dan ketua kampung di kediaman rasminya di Shah Alam.

Pertemuan tersebut akan dijadikan ruang buat ketiga-tiga parti itu berbincang secara tidak rasmi selepas muktamar PAS membuat pendirian putus hubungan dengan DAP pada awal Jun lalu yang merenggangkan hubungan antara parti.

Dalam pada itu dalam satu sidang media selepas majlis berbuka puasa, Azmin memberitahu bahawa Mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor tidak membincangkan isu pembentukan Pakatan 2.0 sebaliknya menyentuh perkembangan isu semasa dan pentadbiran Negeri Selangor.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan, ia merupakan mesyuarat bulanan biasa dan tiada yang luar biasa.

“Saya meminta semua pimpinan PKR memberi tumpuan dan fokus untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan rakyat Selangor serta memastikan aspirasi rakyat ini dapat dipertahankan.

“Ia perlu dilaksanakan di semua peringkat,” katanya kepada media pada Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seksyen 7.

Tegasnya, PKR kekal dengan semangat Pakatan Rakyat dan reformasi tanpa menyentuh soal pembentukan Pakatan 2.0.

“Kita perlu bincang secara baik sekiranya ada masalah dan PKR sentiasa ambil peranan untuk memberikan pandangan dan nasihat supaya semua parti politik dalam Pakatan ini dapat tumpu soal dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui,” kata beliau lagi.

8 comments:

  1. Lepas tarawih tadi baru ramai tetamu dan rakan taulan MB yang hadir. Omakkau buat liputan separuh jalan. Lain kali tunggu sampai habis..

    ReplyDelete
  2. Alahai OK,

    Sebolehnya nak memburukan Azmin.

    Kan waktu Magrib tu, separuhnya g Solat la.

    OK tak tau ke waktu Magrib sangat singkat.

    Takkan nak mengketedarah smpai luput waktu.

    Cari lah point bernas sikit.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuli pegangkat najis, pembodek tegar Pasmacha dikesan

      Delete
  3. Emmm...parah juga ok ni ya....takkan tak th solat maghrib singkat...ish..ish...gitulah bila taksub sngt dgn si khalid

    ReplyDelete
  4. Ok..org kanan tski..

    ReplyDelete
  5. Azmin2 taj ajak jeff. kalau tak berbaa2 kawan2 Jeff datang berbaiah dgn azmin

    ReplyDelete
  6. Majlis UG memang 24jam penuh sbb ramai x g solat,ada yg ulama pun 2x5,setakat jaga solat je tp dok fitnah org 24jam..ngeh3

    ReplyDelete
  7. Ya ka, rugi siut majlis ulamak membesarkan Allah S.W.T maka ada Hadis sahih bahawa siapa yg ada di majlis membesarkan Allah S.W.T diampunkan dosa semua yg hadir.
    Pi majlis tajaan ahli neraka jahanam LGE mana dapat kemampuan dpd Allah S.W.T. Murka sah ada.
    Pilih mana nak

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...