Monday, 22 June 2015
PASAR RAYA DALAM BINAAN RUNTUH .. 15 TERTIMBUS DAN SETAKAT INI 2 DISAHKAN MAUT.
Suasana di lokasi bangunan pasar raya dalam pembinaan runtuh. Anggota Hospital Alor Gajah turut bersiap sedia menerima pesakit yang cedera akibat runtuhan bangunan itu.
Setakat ini, 15 pekerja binaan tertimbus dengan dua daripadanya dipercayai maut, manakala tiga lagi cedera. Operasi menyelamat sedang dijalankan.
Lima belas pekerja binaan tertimbus dengan dua daripadanya dipercayai maut, manakala tiga lagi cedera setakat ini dalam kejadian bangunan pasar raya dalam pembinaan runtuh, di Pulau Sebang, di sini, petang tadi.
Jurucakap bomba berkata, panggilan kecemasan diterima pada 2.14 petang dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah ke tempat kejadian.
"Maklumat awal yang pihak kami terima, seramai 15 pekerja binaan tertimbus di bawah runtuhan .
"Operasi menyelamat mangsa kini sedang giat dijalankan," katanya.
Katanya, setakat ini dua maut dan tiga cedera dalam kejadian itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
No comments:
Post a Comment