KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 15 June 2015

RAIS YATIM TEMPELAK MAHATHIR KERANA BERSIKAP MELANGGAR PRINSIP HAK ASASI MANUSIA DALAM ISU 1MDB.



Perbuatan Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah sebelum keputusan siasatan 1MDB selesai adalah melanggar prinsip hak asasi manusia.

Penasihat Kerajaan dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, perbuatan bekas Perdana Menteri itu mengetepikan Rule of Law dan tidak mencerminkan hemah dan kewibawaan.

“Perbuatan penghakimkan seseorang di khalayak bahawa beliau (Najib) sudah bersalah justeru diputuskan supaya meletak jawatan adalah bercanggah dengan prinsip bicara dahulu kemudian bertindak.

“Apakah negarawan seperti Tun M tidak boleh menunggu keputusan siasatan itu,” tulisnya di ruangan rencana dalam akhbar Utusan Malaysia pada Isnin.

Bekas Menteri Kabinet itu berkata, beliau sedar tulisannya itu akan menyebabkan dirinya dihina dengan pelbagai cara, namun beliau sanggup menerimanya demi menyatukan Melayu dalam politik negara.

Beliau membuka lipatan sejarah bagaimana dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini telah meletak jawatan kerana Dr Mahathir.

Rais berkata, Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman Al-Haj terpaksa meletak jawatan selepas surat terbuka Dr Mahathir mengenai pentadbirannya tersebar luas pada 1970.

“Benar Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan susulan pukulan teruk yang dibagi oleh Dr Mahathir. Kini pukulan itu mengena pada Najib pula tetapi kali ini Najib lebih teruk menerima hentaman beliau,” katanya.

Rais berkata, kenapa Dr Mahathir tidak berterus menempelak Najib di kamar khas dengan disaksikan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketiga-tiga Naib Presiden.

“ (Mereka) boleh berdebat habis-habisan. Selesai itu, boleh beri berjabat tangan dan beri nasihat sebagai seorang bapa kepada anaknya.

“Menghukum seseorang sebagai bersalah tanpa proses keadilan amat menyimpang dan salah,” katanya.

14 comments:

  1. Tun tanya ja.. Bukan tuduh.

    ReplyDelete
  2. WAHAI RAIS. . .DI MANA PERINSIP KAMU ?
    JAMBATAN UMNO DAN KAMU TELAH KAMU BAKAR TANPA RASA BERSALAH DAN MALU TERHEGEH2. BUAT PULAK JAMBATAN BARU ?
    DI MANA MARUAH KAMU ? ? ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KATA RAIS YATIM, "PRINSIP SAYA SENANG AJE...SAPA KASI BANYAK RM DIA LAH RAJA"...

      Delete
    2. PANGGIL KETUA PEMUDA ULAMAK
      DIA BOLEH TOLONG KASI SETTLE

      Delete
  3. Hahaha.....
    Kalau 1mdb tiada masalah kenapa najib perlu takut.... perlu sokongan ahli tinggi umno dan kenapa perlu ahli umno mengata tun, sebab tun berhak bertanya namun tidak pula pihak berkenaan mengulas keadaan 1mdb sebaliknya siasat pula diadakan bagi melengahkan apa masalah dan sulit dlm 1mdb . Tidakkah ini menunjukkan 1mdb memang bermasalah namun masih tiada pihak mengaku hanyalah berdiam dgn perbagai alasan. Kalaulah ini masalah rakyat biasa pasti dgn cepat siasatan dilakukan malah telah didakwa.
    Inilah kuasa salah digunakan mrk buat undang2 tetapi tidak digunakan atas mrk mana keadilan??.
    Rakyat telah dipermainkan diperbodohkan dipergunakan mrk pula menyamun perbagai utk kayakan mrk bukan senangkan rakyat jaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tahu ka?...yang hang pegi pilih undi depa apasal............

      Delete
    2. Ye ke lupa ia anwar dan tun m buat perjanjian lpp itu ia sehinggakan tmb rugi ia, lupa pesan ia 1mbd ini sebagai penyelamat untuk selamatkan kos eletik itu ia, lpp itu telah banyak merugi negara apabila eletik tak digunakan terpaksa di bayar oleh tmb itu ia, ramai kroni mahathir beminat sambung kontarak lpp itu tapi najib tak berminat pun sebab ia banyak merugikan tmb dan penguna eletik itu, najib terpaksa tangung kesalahan orang lain buat, semua berpunca dari anwar dan tun m itu menbuat perjanji eletik disebab seminggu tak eletik dan menbuat perjanjian terburu2, ceo lama tmb berbincang pada anwar dan tun m supaya buat loji janakuasa tapi tak dengari oleh tun m dan anwar habis eletik tak ada sampai seminggu, dengan sikap terburu2 anwar dan tun m menbuat perjanjian lpp berat sebelah kalau tun m dan anwar dengar nasihat ceo lama tmb itu perkara ini tak terjadi pun

      Delete
    3. 1430...anwar jugak kena...

      Delete
    4. tak berapa faham la ia, apa ia tulis ia, bahasa melayu ka itu ia....anwar ia....madey ia...najib la ia.....binawe cibai punya bahasa ia.....

      Delete
  4. siapa yg menjadi lidah dajal dalam pembunohan rakyat Memali...
    kami tidak lupa.....siapa menteri penerangan pd waktu itu..

    ReplyDelete
  5. AIK??????

    RAIS YATIM BOLEH LUPA KE????

    KESIAN ROBENGAH KENA USIK RAIS YATIM DULU

    NASIB BAIK ROBENGAH TAK LAPOR PADA ICC HAGUE

    MANA HAK ASASI ROBENGAH , PAK RAIS?????

    DAH ROGOL ENTOT BOLEH NASIHAT TUN PULAK....

    HIDUP TUN MAHATHIR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. Robengah tak se cantik Bik Mama

    Okay lah

    http://pasguamusang.blogspot.com/2012/10/panas-robengah-tak-nafi-dirogol-sekadar.html?m=1

    ReplyDelete
  7. Semnua orang yg dah expired dan total lost yg najib gunakan untuk membela dia ?

    ReplyDelete
  8. Bikmama....dapat cium.tangan pun cukup....

    ReplyDelete