KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 23 June 2015

JARI KANAK-KANAK 4 TAHUN BERKECAI AKIBAT MAIN MERCUN



Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun mengalami kecederaan parah akibat bermain mercun.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik dilaman Facebook Friends of PDRM, ia menunjukkan jari mangsa berkecai.


“Seorang kanak-kanak berumur 4 tahun telah mengalami kecederaan parah apabila jari jemari tangan sebelah kiri hancur akibat bermain mercun “A Boom” bersama rakan-rakan di halaman rumah selepas waktu berbuka tadi,” antara maklumat yang dimuat naik di Facebook berkenaan.


Kejadian dikatakan berlaku di Tanjung Sepat, Banting.


Berikutan kecederaan teruk yang dialami, kanak-kanak berkenan yang pada mulanya dikejarkan ke Hospital Banting terpaksa menerima rawatan lanjut di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, di Kelang.

No comments:

Post a Comment