Wednesday, 17 June 2015
PAS TIDAK BERCELARU TETAPI PENGKRITIKNYA YANG KELIRU .... SUBKY LATIF
KEPUTUSAN pemilihan pimpinan tertinggi PAS 2015-2017 memang sudah diduga tetapi Muktamar itu umumnya mengeliru dan mencelarukan ramai, baik dalam parti itu mahupun orang luar. Hingga pengulas termasuk TV Awani dan tetamunya Dr. Mazlee dari UIAM pun tak tahu terjadi dan apa akan jadi pada parti itu.
Pertama, ramai sangat yang mengharapkan Ustaz Ahmad Awang dapat mengalahkan TG Abdul Hadi Awang sebagai Presiden tetapi tidak menang. Jika ia mengelirukan ia adalah kekeliruan sendiri, bukan dikelirukan oleh Muktamar kerana sekalipun parti itu dilihat bergolak, tetapi mengubah pimpinan itu masa ini adalah tidak mungkin.
Kemudian perwakilan menggugurkan hampir kesemua Anggota Parlimennya yang ada dalam Jawatankuasa Pusat dulu. Yang tinggal Presidennya Ustaz Hadi, Ustaz Idris Ahmad, Dr. Khairudin Aman Razali, Nasarudin Hasan Tantawi dan Nik Abduh, Ketua Dewan Pemuda baru.
Yang terlucut itu adalah MP yang lantang dan terkedepan atau MP yang ada kelas. Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Hanipa Maidin terlucut. Demikian juga Siti Zailah Yusuf, Dr. Mariah, Dr. Hatta Ramli dan Datuk Kamaruddin Jaafar pun tak nampak.
Nampak macam mereka tidak dinilai. Tetapi itulah PAS boleh membuat keputusan yang orang tertanya-tanya. Hujung tahun 70-an Adun Kelantan mengundi tidak percaya kepada Menteri Besarnya Datuk Mohd Nasir. Dalam tahun 1982 pimpinan baru PAS yang diketuai oleh Haji Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil Noor memecat 13 ahli Jawatankuasa Pusatnya termasuk Datuk Asri.
Datuk Asri orang yang membangunkan PAS Kelantan dan Terengganu, 11 tahun jadi Presiden dan sekian lama jadi Menteri Besar Kelantan, berani dipecat dengan nekad. 13 pemimpin itu dipecat oleh pemimpin baru, manakala MP yang tidak terpilih sebagai Jawatankuasa Pusat yang terbaru itu adalah oleh perwakilan.
Ia mengeliru an mencelarukan orang yang melihat. Apa punya celaru parti itu?
Apabila PAS dalam BN dihina oleh Umno hujung tahun 70-an dan PAS dikalahkan di Kelantan, orang sangka PAS habis. Bercelaru dan keliru semua orang dalam dan di luar PAS. Dr. Mahathir yang bertanggungjawab menyingkir PAS dari BN dan perancang merampas kerajaan Kelantan untuk ditadbir di bawah kerajaan pusat apabila ditanya jawabnya:
PAS tak akan terkubur. Mereka akan bangun semula.
Benar, 11 tahun kemudian PAS ambil semula Kelantan ketika Mahathir masih Perdana Menteri dan Presiden Umno. Sehingga lebih 12 tahun Dr. Mahathir pun bersara, PAS masih menguasai Kelantan dan hampir menggugat Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.
Hanya Dr. Mahathir saja tidak keliru dengan segala yang melanda PAS.
Ketika orang menyangka PAS akan tinggalkan Pakatan Rakyat termasuk sangkaan DAP, ucapan dasar Presidennya Beristiqamah Hingga Kemenangan menyarankan PAS kekal bersama Pakatan Rakyat. Cuma dilepaskannya Dewan Ulama membuat usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP, pengerusi usul menerimanya tanpa bahas.
Kesannya orang PAS kena tinggalkan kedudukannya dalam kerajaan yang dikuasai DAP. Ada protes dalam kalangan perwakilan.
Maka pimpinan PAS mentafsirkan keputusan Muktamar itu belum muktamad kerana ia memerlukan pengesahan Majlis Syura Ulama. Di bawah konsep kepimpinan ulama keputusan tahaluf siyasi diputuskan oleh Majlis Syura dan membatalkannya juga ditentukan oleh Majlis Syura.
Ada orang PAS sudah tinggalkan jawatan kerajaan di Pulau Pinang tetapi Majlis Syura belum putuskan sama ada putus diplomatik dengan DAP. Yang tegas PAS tak tinggal PR. Keliru orang, nak kekal dalam PR tapi hendak bercerai dengan DAP. Mengapa tidak berani tinggalkan saja PR?
Politik PAS ada seni fekahnya, jika tidak dapat semua, jangan tinggal semua. Nabi pesan, jangan tinggal Bukit Uhud! Orang keliru tetapi Dr. Mahathir tahu payah orang PAS tinggalkan jemaah. Jika ada mufarakah solat zuhur, apabila asar bermakmum semula.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Jadi lah apa pun wahai Pas ! Untung nya tetap guan eng...
ReplyDeleteUmNO yg menang. Hooorey
DeleteCara menang nya barisan pimpinan PAS di Muktamar ke 61 ini langsung tidak Islamik, menjijikkn, mengaibkan sebagai satu organisasi yg mengaku mmperjuangkn Islam..
ReplyDeleteAloooo brader aps yg tak Islamic.
DeleteTulang besi tuduh haron din mimpi jumpa setan
Ada blogger maki ulamak Dah 2 tahun.
Adakah ini statement islamik.
Walaupun aku pkr, aku tau mana halal Dan haram. Bukan macam bahlol greenboc, addin Dan malaysiawavea
Jeff Ulu bernam
Ini kali, penulis ini sebenarnyalah yang keliru. Lupakah penulis bahawa yang buat Pas celaru dan huru hara adalah Mokhtar Senik? Ekstrimis Pas dari Pahang inilah yg cadangkan usul putus hubungan dengan DAP. Kemudian disokong oleh Azli Musa juga ekstrimis Pas dari Perak. Beliau sebelum inilah yang mahu kerajaan campuran Pas + Umno di Perak.
ReplyDeleteSejak usul dua orang agen propaganda BN ini berjaya kelirukan perwakilan muktamar, maka Pas buat pertama kali dalam sejarah dilihat pengkhianat oleh rakyat yang mengundinya.
Apa kao metapu ni labu
DeleteAnon 09.26 ni celaka umno. Jgn terpedata dgn melaon ni...
Deletetah nye, diorang buat usul dan menyokong usul pon, yg buat keputusan bukan ke majlis... dan satu lagi, yg ko tak bangkang apasal.....
DeleteDapatkan fakta dulu.. Dalam muktamar tempoh hari sebaik usul putus dengan DAP diterima tanpa bahas, ramai yang terjerit-jerit mintak di bahas tapi tidak dipedulikan. Bukan ke baru2 nie Mahfuz beritahu cerita sebenar bahwa TGHA telah mengarah Mahfuz supaya usul tersbt diterima tanpa bahas, sehari sebelum tu. So memang ada niat nak cerai DAP tapi bila DAP membalas balik semua jadi takut dan macam2 komen kuar, macam nak U turn.. Wallahualam..
DeleteHahaaaaaaaa.
ReplyDeleteParti PASIKUT ni memang keliru la weh.
Macam lagu Raja Ema/Lawa Ni Gang sahaja.
Aku keliru aku keliru selalu begitu.
Sekian, terima kasih.
Betul kata subki latiff.. majoriti pengkomen di atas masih terkeliru.. yg pastinya pas akan terus beristiqamah dlm perjuangan islam wpun tanpa pkr dan dap di sisi..
ReplyDeletePosted: Tue Jun 16, 2015 9:48 pm Post subject: 
ReplyDeletePKR amat memerlukan PAS
bukan sahaja untuk undi
tapi untuk tenaga kerja penggerak PKR
PKR memerlukan DAP?????
tengok kawasan jugak la....
tapi kat malaysia ini
kawasan pilihanraya dah di susun
hanya melayu mampu menang majoriti untuk memerintah
jadik nya adakah PKR memerlukan DAP????
Ini tali barut umno pubya komen. Hati2 ahli Pas.
Deletekamu akan kekal berkhianat antara satu sama lain hasil dari jalinan "tahaluf siasyi" yg bersifat songsang.....kamu melakukan sesuatu yg belum pernah diperbuat oleh golongan sebelum kamu (kerosakan demi kerosakan)..atas kuasa yg diperolehi..kamu boleh terus berjual beli ilmu pada manusia2 yg jahil lagi sombong...tetapi bukan kepada mereka yg waras akal fikirnya..hanya yg bodoh dan besar nafsunya sahaja akan menyangka adanya sifat "muafakat" tanpa adanya kuasa pemutus (ketua) didlm sebuah tahaluf siasyi
ReplyDeleteBercelaru aku baca tulisan omakkau ini..
ReplyDeletePasmacha mana tau kebenaran. Balik2 bihon sop
Deletedi hari pertama persekolahan si guru akan mengarahkan sekalian anak muridnya melantik salah seorang diantara mereka seorang KETUA...urusan pertama yg perlu diselesaikan jika melibatkan lebih dari seorang adalah kuasa pemutus..perkara yg tidak melibatkan perlantikan ketua hanyalah didlm peperangan ..yg melibatkan urusan kebajikan diantara kedua belah pihak yg sedang berperang ( genjatan senjata..bantuan kemanusiaan ..perdamaian sementara)..mereka tidak akan meredhai antara satu sama lain ..apatah lagi untuk saling berkongsi kuasa ..sehingga salah satu diantara mereka menyerah kalah..ini bukan sebuah "tahaluf siasyi"... dan jika kamu sihat akal fikirnya...tahulah kamu sebab musabab kenapa para penyangak ilmu itu tidak mampu melantik kuasa pemutus dari kalangan mereka...mengelak dari mendaftarkan PR atas implikasi undang2 yg bakal merugikan salah satu dari gerombolan serigala itu...dan mengapa mereka mengamalkan hukum rimba (kuasa autonomi) berdasarkan kuasa siapa yg paling kuat disesuatu kawasan/negeri ..PAS tidak mengkhabarkan...DAP menyembunyikan..PKR mengambil kesempatan...mereka berpakat menipu manusia2 yg jahil lagi sombong dengan berkata kami sedang " bertahaluf siasyi"...
ReplyDeletebagaimana jika malaysia yg bernaung didlmnya 14 buah negeri yg setiap satu darinya mempunyai kuasa pemutus...mengambil seburuk2 jalan seperti mana yg diperbuat oleh para penyangak ilmu itu..memutuskan hubungan dengan salah satu atau lebih dari 14 buah negeri yg bernaung di bawah malaysia ?..kemudian mendakwa kami masih sebahagian dari negara malaysia...kami cuma memutuskan hubungan dari mereka (yg juga berada didlm malaysia)...kegilaan apa yg sedang cuba dipertahankan dengan sifat seperti ini..bolehkah dlm sebuah syarikat ahli lembaganya saling memutuskan hubungan sambil mendakwa kami masih sebahagian dari syarikat?...boleh juga ke terjadi dlm sebuah kelas...si pelajar memutuskan hubungan sesama mereka kemudian berkata kepada gurunya kami masih berada di dlm kelas awak (cikgu) ...
ReplyDeleteMusuh-musuh PAS semakin terdesak kerana organisasi PAS semakin kukuh dengan sokong padu penyokong PAS di peringkat grassroot untuk pemimpin PAS! Maka tidak hairanlah kita melihat musuh-musuh PAS mencipta pelbagai cerita karut untuk melemahkan PAS tetapi mereka gagal 100% !
ReplyDeletePerjuangan Pas atas landasan Islam tidak akan berkubur kerana Islam akan terus berada di sini selama2 nya. Yang tak faham boleh belah.
ReplyDeleteMurshidul am dap. Lim kit siang telah menolak PR. Ayohhhh kita tolak mazhab rocket
ReplyDeletePAS tak payah lagi berdolak dalik. Peribahasa ada menyatakan bahawa kerana mulut badan binasa. Lagi ramai pemimpin berhujah, lagi kurang logik hujahnya. Makin lama makin kelihatan pemimpin PAS yang seolah dah hilang kewarasan dan makin tidak cerdik rupanya.
ReplyDeleteAku dah tak mahu mengulas tentang usul perpisahan sebab kenapa harus kita berbincang hal yang dah dimuktamadkan kecuali depa yang tidak erti maksud MUKTAMAR. Kalaulah orang PAS sendiri tak faham akan tujuan dan hala tuju serta implikasi MUKTAMAR, ini satu petanda buruk yang memberi gambaran adakah mungkin pemimpin PAS yang terkini berkemampuan memerintah negara kalau diberi peluang? Peluang .... mungkin tiada sebab rakyat Malaysia melihat dan tahu menilai akan prestasi pemimpin tersebut. Kalaulah isu ini pun, depa dah berpusing2 dan berputar belit, bayangkanlah natijah kalau depa ini diberi peluang memerintah? Entah2 lebih teruk daripada Tok Jib and the Geng.
Landasan islam yg hadi ajar hijact jamaah asal dia selamat.jamaah memali mati kena tembak akibat amanat aku di tiada apa asal aku selamat.kita wajib membaruakan jamaah yg menentang penyatuan PASUG.kita wajib upah elhakaki tok usin ceroi untuk kuatkan lagi fitnah ke atas jamaah yg jadi penghalang PASUG.mari kita fitnah calon pkr dengan pil kuda.mari kita kutuk hina wan azizah agar aku dapat jadi ketua.mari kita hina tokoh PAS terulung almarhum TG nik aziz dengan buat pakatan dengan umno secara sembunyi tanpa pengetahuan almarhum.ini lah cara islam hadi ajar.bila terasa terancam dengan pasma,kita suruh depa buat masjid lain.bila sudah buat masjid lain mari kita kutuk hina barua kan jamaah masjid lain.asalkan jawatan aku selamat.kita ada jamaah untuk di korbankan.parti PAS CHAI aku yg punya.akan aku naik kan anak menantu aku sebab nik aziz sudah teda lagi untuk jadi batu penghalang cita cita aku.ini lah landasan islam aku.kahkahkah.tembolok sendiri perlu di jaga.mangsa banjir di persetankan merempat.
ReplyDeleteKalau PAS dikatakan hebat dizaman dulu tidak boleh mati walaupun sudah bersepai ahlinya, tapi dulu itu bukan bererti sama seperti sekarang. Dulu ahli dan penyokong mendapat maklumat amat lambat. Mudah percaya dengan cerita yang ditulis dalam surat khabar utusan melayu, utusan malaysia, RTM saja.
ReplyDeleteHari ini maklumat dihujung jari. Apa yang presiden buat dan dimana beliau berada akan sampai kepengetahuan orang ramai hanya beberapa jam saja. Orang ketiga tidak mampu memanipulasikan maklumat yang tersebar dalam alam maya.
Oleh kerana itu tiada apa yang mengelirukan tentang perubahan dalam parti PAS. Ramai orang sudah mengetahui bagaimana gerak kerja yang dilakukan oleh kuncu-kuncu Hadi Awang untuk mempengarui para perwakilan agar menyingkirkan ahli mereka yang pandai berperanan dalam mengimbangi mufakat antara parti dalam Pakatan Rakyat.
Pekara pokok adalah cemburu yang menimbulkan hasad dengki dan khianat. Inilah yang menjadi punca perbalahan dalam parti PAS, Presiden amat cemburu pada timbalan nya kerana timbalannya lebih disukai ramai berbanding diri presiden hanya dihormati ahli sendiri saja.
Sikap tamak juga diantara perangai yang ada dalam diri presiden. PKR mengujudkan langkah kajang adalah untuk menyekat agenda menantu Hadi Awang yang berkomplot dengan kroni UMNO Baru mahu menguasai Khalid Ibrahim dan dalam masa yang sama mendesak mengikut agenda mereka dalam menguruskan ekonomi kerajaan negeri Selangor.
Apakah anda sudah lupa seorang ahli yang ada dalam kumpulan Whatsapp AJK PAS membocorkan rahsia Zuhdi.....
“Kalau kita keluar PR kita boleh retain Selangor malah untuk seterusnya. Kita 15 kerusi+TSKI+seorang lagi ADUN PKR+12 UMNO, dah bentuk simple majoriti. UMNO dalam kenyataannya mutakhir ini boleh terima TSKI jadi MB..Lepas ini kalau DAP, gereja dan non Muslim melalak isu serbuan, kalimah Allah, kita boleh jentik saja mereka. Hujung tahun ini ubah sempadan kembalikan semula kuasa politik Melayu Islam. So mana-mana suara non-muslim, gereja, kita boleh sergah macam sebelum ini...”
Tapi malangnya racangan itu gagal kerana dua ADUN PAS sokong PKR kerana mereka berpegang pada keputusan muktamar bahawa PAS akan kekal dalam Pakatan Rakyat. Dan DAP pula membantah calon dari PAS yang dikemukan oleh Hadi Awang
Kegagalan itu membuatkan Hadi Awang amat marah dan menghina kedua ADUN mereka sendiri sebagai 'BARUA' dan bersekongkol dengan kuncunya dalam PAS menggantung keahlian ADUN tersebut.
Sebagai ahli parti seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad Hanipa Maidin, Siti Zailah Yusuf, Dr. Mariah, Dr. Hatta Ramli yang menghayati erti mufakat sesama parti dalam Pakatan Rakyat semestinya menentang cita-cita Hadi Awang untuk menguasai Selangor dengan cara kotor.
Dan kita boleh lihat ketika itu, Hadi Awang selalu melakukan u-turn dalam setiap kenyataannya berkaitan dengan jawatan menteri besar Selangor.
Bila pekong didada sudah terdedah, Hadi malu untuk masuk bilik bermesyuarat dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Siapa sangka ulamak juga ada sifat penyangak
Bila orang tanya kenapa tak datang mesyuarat..... jawapnya 'ikut suka saya.....nak datang atau tidak...'
PAS memang tak akan terkubur. Tapi mereka akan bangun semula dalam keadaan mabok laut.
Subky Latif ini ada lagi ke ?????
ReplyDeleteTak dapat duit kaya dalam umno ke ????
Sedih kan.....
orang tak kacau kita kenapa nak kacau dia...
Delete