KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 23 June 2015

KAMU AKAN TENGGELAM JIKA TUBUH PARTI BAHARU AMARAN HADI AWANG



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui surat terbukanya hari ini memberi amaran kepada semua ahli parti tentang sejarah pemimpin tertinggi yang bersama parti atau pertubuhan lain yang akhirnya gagal.

Surat terbuka Hadi itu dikeluarkan ketika ura-ura pemimpin progresif PAS yang tewas dalam muktamar lalu mahu menubuhkan parti baharu menggantikan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Hadi berkata setiap ahli PAS mestilah bersama jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya," tulis Hadi dalam surat terbukanya yang disiarkan portal rasmi parti itu Harakahdaily, hari ini.

"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakal kepada Allah."

Hadi berkata, pengikut perjuangan Islam wajib sedar dan faham akidah dan dakwah merupakan dua aspek penting dalam perjuangan yang sangat mencabar.

Katanya, jika gagal memahami, boleh menyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan kerana tidak menghayatinya dengan betul.

"Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyuk setiap rakaat solat dan bila-bila masa sahaja," katanya.

Memberi contoh hijrah Nabi Muhammad dan hubungan dengan bukan Islam secara bertahaluf, katanya apabila berlaku sikap bermusuh yang mahu merosakkan akidah, maka dibatalkan segala bentuk hubungan walaupun terhadap kaumnya di Mekah.

"Setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jemaah yang ditubuhkan atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah," katanya.

Katanya, beristiqamah bersama akidah perjuangan Islam berbeza dengan perjuangan yang hanya bergantung kepada ideologi ciptaan manusia.

Manakala pendekatan dakwah, katanya, menuntut umat Islam beristiqamah melaksanakan pendekatan diizinkan Allah, halal dan haram serta berhubungan dengan bukan Islam dan musuh, walaupun hukumnya dari segi akidah tegas dan tetap.

"Perkara aqidah adalah tetap dan tidak berubah dan tidak boleh diubah walau apa pun dugaannya," katanya.

19 comments:

  1. Siapa yang nak tenggelam sebenarnya ni.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa kawan2 sham tm nak masuk MIC. Mengaku Nepal islam

      Delete
    2. Aku rasa simpati kat anon 17.38 sebab ketingalan zaman.

      Delete
    3. Kalau mahu pas terus hidup...buanglah tuang presiden tu. Banyak keputusannya macam org khayal pil kuda.

      Delete
  2. Apa masaalahnya bila bentang ruu dijepung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Jepun tak faham bahasa putar belit hj hadi.

      Delete
    2. KERAJAAN TGGANU PUN TAK TERJAGA NI KE JEPUN APA HAL?
      ORANG JEPUN GUNA PEDANG ORANG PAS GUNA SIKU DAN LUTUT.

      Delete
  3. Bagus....buat parti mlm. Jual ubat kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jual ubat supaya geng ulama suci cepat sedar. Kesian ceramah pas x ada sambutan.

      Delete
    2. Jangan lupa jemput nasarudin. Nanti boleh guna siku. Mesti pecah parti aru.

      Delete
    3. Ni MP Temerloh mkn elaun buta,jauh bagus khidmat MP Saifudin dulu,menyesal kami undi lebai bodoh ni,ko tggu pru14 nanti.mamposlah ko lebai!

      Delete
  4. Kluk klek kluk klek....hudud gagal bentang x nak ulas sbab awal2 da mengelak ke jepung.hari2 melabel, fitnah dan klua fatwa....klua pas jadi kafir, tengelam.ingat yang tidak terpilih oleh chai tu bola terikat talikah? Tendang lepas tu datang balik?ularmak takda prinsip takda siapa pon akan percaya cakap hang ayoh adi ping marang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuang Presideng lari sebab nak tutup malu. RUU hudud dipermainkan umno. Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

      Delete
  5. Bubar aje umnoo tu! parti makan taik! Kah! Kah! Kah! Kah!

    ReplyDelete
  6. umno adalah projek british yang gagal! bubarkan sahaja! menyemak dan perabis beras sahaja! semua dalam umno patut dibuang dalam gaung!

    ReplyDelete
  7. Ini kes SI TOLOL mahu kan semua orang lain ikut TOLOL se perti nya.

    Bukan Rohingya tapi MELAYU lagi.....

    ReplyDelete
  8. Dulu kafir kan org lain...skg sesama sendiri kafir mengkafir....bala dari amanat adi awang peristiwa memali jadi sejarah paling kotor dlm PAS.......mungkin memali je 2 akan brlaku lagi....padah dari kafir mengkafir dah kena barang idung sendiri....padan ssgt muko memasing...puiii....

    ReplyDelete
  9. maksud hadi tu kamu akan tenggelam dr saf kepimpinan PAS kalau tk wala' pada presiden PAS.

    so utk tidak tenggelam maka profesional perlu tubuh parti baru.

    sejak bila hadi sudah bertaraf ayatulaah yg tahu apa akan berlaku akan dtg.

    PKR pun serpihan umno tp kini menjadi ancaman kpd umno.

    ReplyDelete
  10. Anak bawang hanya tahu perkataan kapal, bahtera, belayar, haluan, ketua, tenggelam. Dia memang tiada analogi lain sbb tlebih makan bawang.

    ReplyDelete