Friday, 26 June 2015
PKR DALAM KEDUDUKAN BAHAYA BAKAL DISIKU DAN DILUTUT OLEH DAP SEBAGAI KETUA DALAM PAKATAN RAKYAT?????
Walaupun ketika mengisytiharkan penubuhan suatu gagasan dinamakan Pakatan Rakyat menyatakan dalam PR tiada siapa yang dominan dan abang besar .. semua ketiga parti PKR/PAS/DAP adalah sama .. mempunyai sama hak bersuara dan membuat keputusan .. tiada parti akan diketepikan dan disishkan tanpa diberi maklum terlebih dahulu jika ingin membuat sesuatu keputusan baik kecil maupun besar yang melibatkan PR.
Tetapi secara realitinya sebaik sahaja nama Anwar Ibrahim dijulang dan dijaja sebagai Perdana Menteri sedang menunggu pada PRU 13 lalu maka secara automatik dan tidak langsung PKR terus dianggap sebagai peneraju untuk memacu PR ke Putrajaya.
Alasan ini menjadi lebih kuat dan menebal apabila PKR menjadi parti pelekat dan penyatu antara PAS dengan pegangan Islamnya dan DAP cara liberalnya yang sudah sekian lama dikatakan kurang sebulu dalam mempejuangkan kefahaman politik masing-masing.. peranan yang hanya mampu dilakukan oleh parti yang dilihat dan di iktiraf sebagai " abang besar ".
Masing-masing dalam PR mempunyai peranan tanpa disuruh bagi meraih dan menarik sokongan rakyat ... PAS lebih kepada menarik sokongan pengundi masyarakat Melayu /Islam diluar bandar dan rancangan-rancangan Felda seperti di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang ... DAP pula khusus untuk raih sokongan pengundi masyarakat Tionghua diseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak ... manakala PKR tertumpu kepada meraih sokongan pengundi urban dan kontemporari serta golongan bumiputera dipendalaman Sabah dan Sarawak.
Kini dengan pergeseran secara terbuka antara PAS/DAP semakin parah sehingga berlaku keputusan yang dimulai oleh DAP dengan mencampuri urusan pemilihan Muktamar PAS dengan memberi kata dua selagi Hadi Awang menjadi Presiden PAS, DAP tidak akan mau lagi berkerjasama dengan PAS malahan sebelum itu DAP telah membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Hadi Awang tetapi tidak dengan PAS sebagai suatu hasutan halus dari DAP untuk mengertak ahli-ahli PAS membuat pilihan sama ada pilih Hadi Awang atau DAP .. keputusannya sudah pun diketahui umum siapa ahli-ahli PAS maukan.
PKR dianggap sebagai ketua PR sudah dikira menjadi sejarah sebaik sahaja Anwar Ibrahim disumbat kedalam penjara untuk kali kedua selama 5 tahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari.
DAP sudah mulai menunjukkan belangnya sedikit demi sedikit dengan membelakangkan semangat dan janji PR ketika ditubuhkan.
Pertama tanpa diajak berbincang dan dirujuk dengan PKR terus DAP Sarawak dan diikuti DAP Sabah memtuskan hubungan dengan PAS dan paling jahatnya memberitahu betapa Pakatan Rakyat sudah tidak wujud lagi disana.
Suatu langkah bolehlah dianggap sebagai sombong, angkuh, berlagak dan besar kepala. Sebabnya??? kerana DiSabah dan Sarawak kedudukan dan pengaruh PAS tidaklah kuat mana pun .. dikedua-dua negeri tersebut kehadiran DAP amat dirasai malahan PKR pun tidak sekuat dan sehebat DAP disana .. itu hakikat yang tidak siapa boleh nafikan.
Ketidakmampuan PKR dalam meredakan kemelut PR yang dicetuskan oleh DAP dan disambut secara aktif oleh PAS ialah bukannya kerana Anwar Ibrahim disumbat kedalam penjara sangat, tetapi lebih kepada sikap membisu para pemimpin PKR melihat gelagat DAP cuba membuli PAS.
Pimpinan PKR dilihat seperti lebih rela mengambil sikap selamat dengan senyap dan buat tidak nampak serta memekakkan telinga. Tidak berani membuat keputusan tegas.
Hanya yang dilihat ada sedikit tulang belakang dan keberanian bila berdepan dengan nafsu membuak-buak DAP ialah Dato' Menteri Besar Selangor, YAB Hj Azmin b Hj Ali yang juga merupakan Timbalan Presiden PKR. Dikalangan AMK pula ialah barisan exco AMK yang diketuai Timbalan Ketua AMK yang diketahui umum sebagai pro Azmin. Yang lain, semacam menikus dan takut amat nak menguris hati DAP .. berwatak seolah-olah DAP itu "Abang Besar" dalam PR.
PKR kini berada dalam kedudukan bahaya bukan sahaja bakal disiku lutut oleh DAP sebagai pemacu Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya tetapi yang lebih membahayakan ialah sokongan warga urban dan kontemporari dikhuatiri akan semakin menipis jika masih menikus untuk berdepan dengan DAP dan membuat suatu pendirian siapa bos dalam PR.
Contoh terbaik apabila PasMa mau berhasrat menubuhkan parti baru Islam selepas Aidil Fitri parti yang dirujuknya ialah DAP dan bukan PKR .. ini bolehlah dijadikan penada aras betapa PKR kini bukanlah parti yang boleh menentukan hala tuju PR pada pandang mata dan hati PasMa .. suatu tamparan hebat kepada PKR.
PKR harus bangkit menunjukkan sikap tegas dan berani sebagai pendamai krisis antara DAP/PAS yang kini menjadikan kedudukan PR dalam kritikal jika mau kedudukan dan penghormatan sebagai ketua tidak rasmi dalam PR dikekalkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Apa yg ditulis oleh OK aku tak baca pon.
ReplyDeleteApa yang pasti kedudukan OK juga dalam bahaya.
Sekian, terima kasih.
Omak kau, mesti tahu perkara ini kan menganku je omak kau ya.
ReplyDeletePkr mesti kena sedar diri. pkr sekarang terpaksa minta bantu pas dengan muka tak tahu malu selepas pas di malu dulu, kalau aku jadi hadi aku buat tak tahu je pkr itu, pas tetap tak nak mahu tinggal pkr itu, sekarang dap dalam keadaan selesa dengan menyerang pas dan pkr dengan mengunakan g18 dan pengikut setia dap berada dalam pkr itu, azmin terpaksa minta bantuan pas selamatkan dun selangor dari piliharaya negeri selangor , sebab azmin ada pengaruh dalam pas.
Yg tersepit sekarang keluarga nepotism itu, nak pergi dap tak boleh sebab anwar berada dalam penjaran dan dap lebih percayakan anwar itu tidak percaya dengan kebolehan nurul ice cream dan jijah si kipas mereka tak kebolehan untuk memimpin
Bye bye pkr, parti yang ditubuh tiada tujuan, akhirnya akan berkubur juga.
ReplyDelete