KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 29 June 2015

PELUANG AZMIN MEMBUKTIKAN KEUPAYAANNYA SUDAH BERAKHIR, BERI LALUAN PADA YANG LAYAK ..... FAEKAH HUSIN


Saya sama sekali tidak terkejut melihat reaksi melatah daripada beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ternyata kurang senang dengan berita kesudian mantan Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim untuk kembali menerajui tampuk kerajaan negeri demi memastikan pentadbiran yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab, berintegriti dan bebas rasuah.

Seolah-olah siri ulang tayang kepada apa yang berlaku pada tahun lepas, bilamana pemimpin PKR meneruskan "tradisi" mencerca, maki hamun, fitnah dan pembohongan tanpa segan silu atau rasa hormat terhadap bulan Ramadan yang mulia ini. Sekali lagi saya tegaskan bahawa segala tuduhan liar terhadap Tan Sri Khalid berkaitan penyelesaian luar mahkamah dengan Bank Islam, KIDEX atau mana-mana dakwaan salahguna kuasa adalah berniat jahat, tidak berasas dan berunsur fitnah. Perkara tersebut telahpun dibawa ke mahkamah melalui saman malu yang telah difailkan oleh Tan Sri Abdul Khalid terhadap PKR. Setakat hari ini meskipun beberapa dokumen utama telah difailkan PKR termasuk dokumen Pernyataan Pembelaan, tidak ada satu buktipun yang mampu diketengahkan PKR berkenaan tohmahan dan fitnah tersebut. Mahkamah akan membuktikan bagaimana jahat dan hinanya kumpulan ini menfitnah mantan Menteri Besar demi merampas tampuk pemerintahan di Selangor.

Selain biadab, kenyataan pimpinan PKR yang begitu ghairah mengampu turut menimbulkan beberapa persoalan nyata. Apakah butiran fakta dan hujah yang boleh mereka kemukakan untuk membuktikan kononnya Selangor lebih maju dan makmur setelah YAB Tuan Azmin Ali menjadi Dato' Menteri Besar hanya selama sembilan bulan? Adakah pada mereka maksud “kemakmuran” ialah bersenang lenang berbelanja wang rezab yang dikumpul pentadbiran terdahulu?

Adakah "kemakmuran" telah dinikmati hasil lagak meraih publisiti murahan menerusi aktiviti-aktiviti terjah longkang, lori sampah dan tapak pelupusan; menjahit baju; mencuci pakaian dan yang paling hebat sekali menyembur racun serangga dan ubat nyamuk? Adakah “kemakmuran” namanya apabila Selangor kekal menjadi juara negeri tertinggi kes penyakit denggi meskipun habis semua bas sekolah disembur ubat nyamok? Adakah “kemakmuran” dirasai rakyat apabila kontraktor meraih keuntungan berganda dengan menurap jalan berkali-kali sedang longkang kekal tersumbat dan sampah bertimbunan di bahu jalan dan di taman-taman perumahan?

Adakah "kemakmuran" dirasai segenap lapisan masyarakat setelah Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dtubuhkan di mana para pegawai Dato' Menteri Besar dilaporkan sangat sibuk berbincang; di atas meja mahupun di bawah meja dengan pelbagai pihak untuk menjayakan projek perumahan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10 billion? Adakah "kemakmuran" saksama dikecapi rakyat di seluruh negeri dengan pendirian berbeza-beza mengenai lebuhraya bertol Kerajaan Persekutuan - KIDEX di Kinrara/Petaling Jaya/Damansara/Subang kononnya dibatalkan sedangkan EKVE, projek yang dianugerahkan kepada Ahmad Azri Resources Berhad di Ukay Perdana/Bukit Antarabangsa diluluskan?

Adakah "kemakmuran" yang dimaksudkan itu berlandaskan “keberanian” Menteri Besar membentangkan belanjawan defisit buat pertama kalinya bagi tahun 2015 meskipun tanpa justifikasi yang sah berbanding belanjawan berimbang selama enam tahun berturut-turut sejak 2009?

Atau mungkin "kemakmuran" yang dikecapi bersandarkan kegagalan demi kegagalan Dato' Menteri Besar untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bekalan air bersih sehinggakan sekitar 600 penduduk Selangor berarak "bersenjatakan" gayung dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam baru-baru ini?

Adakah dikatakan “hebat” apabila Dato’ Menteri Besar dengan sewenang-wenangnya meletakkan beban kegagalan memuktamadkan penstrukturan semula industri air ke atas bahu mantan Menteri Besar sedangkan beliau hanya perlu melaksanakan terma dan syarat Perjanjian Utama yang telah dimeterai hasil rundingan kompleks dan holistik selama lima tahun dalam lebih 60 sesi mesyuarat dan perbincangan di antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Apatah lagi apabila aspek paling penting dan rumit dalam proses penstrukturan semula ini yang melibatkan struktur dan kerangka kewangan telah pun disempurnakan sendiri oleh mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setelah menolak perkhidmatan bank pelaburan antarabangsa, sekaligus menjimatkan Kerajaan Negeri daripada membayar fi dan caj bernilai sekurang-kurangnya RM20 juta.

YAB Tuan Azmin Ali telah mempersiakan peluang yang telah diberikan untuk membuktikan keupayaan beliau selama sembilan bulan. Maka tiada jalan lain yang lebih adil dan berfaedah bagi rakyat Selangor melainkan beliau beri laluan kepada yang lebih layak.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS KEPADA ADUN PELABUHAN KLANG

5 comments:

  1. Hahaha......tiada komen kah????
    Mana gi penyokong khalid!!! Adakah hanya omak kau seorg.....sj.
    Adakah masalah air sejak puluhan tahun umno memerintah air diselangor tidak di laksanakan dgn baik malah bila kretikal baru nak buat mcm2, bukan ke sebab wang nak untung lebih. Kalau umno nak selesaikan masalah ini dulu lg sebelum khalid berkuasa. Dan khalid bersetuju pun sebab tiada jln baik utk selesaikan masalah air jadi setuju tandatangan. Namun khalid berapa tahun jadi mb di selangor??? Kenapa masalah air masih tak selesai??? Skrg nak salahkan azmin.ali yg belum setahun berkuasa dan masalah air kering skrg berkaitan dgn cuaca panas, bagaimana semuanya azmin ali bertanggungjawap!! Dari tangan umno terus khalid juga bertanggungjawap dgn masalah air yg tidak diselesaikan sebelum azmin dan adakah rakyat selangor harus salahkan tuhan juga??? Sebab jadikan cuaca panas keringkan air!! Maka jgn mcm budak berfikir dan mengambil peluang bila azmin hadapi masalah air nak jatuhkan beliau sebaliknya membantu bukan mengkritik. Kalau tuhan nak keringkan satu malaysia apa kerajaan buat sekali pun tetap akan kering juga jgn lawan kuasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pundek la lu...

      Delete
    2. lu kesian la......

      Delete
  2. Tak mustahil TSKI dilantik semula sbg MB. Siapa2 saja ahli DUN boleh jadi MB sekiranya dpt sokongan majoriti. Kalau UMNO (12) sokong + PAS (15-4) + PKR (12 - 6) Jadi 12+11+6 = 29. Ini erti Khalid boleh dilantik semula sbg MB. Apa mcm? OK dak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus! bagus! .....khalid dilantik semula lepas tu selangor ada air taklah sengsara puasa.......umno pula gembira kangtaw msk pas pula megah dgn adanya kuasa di selangor dan pkr pastinya tiada hanya macai bebas je...yg ada kalaulah nak khalid dilantik . namun adakah ini harapan rakyat selangor hanya kerana air tiada tukar mb tetapi kos hidup pasti naik lepas tu lain pun ceritanya! inilah manusia tamak semua nak tak pula sabar nanti tukar lg mb selangor . negeri terkaya kononnya!!!! air pun kering.....skrg nak salahkan mb azmin pula.....negeri termiskin air tak kering2 pun....jadi jgn tamak kalau dah maju semuanya bangunan mana ada sungai merata hanyalah bangunan yg tinggi !!! maju kononnyalah.....air tiada belum hujan lebat!!! kuala lumpur banjir....! inilah akibatnya tamak!!! semua mahu macammana bala tak singgah!!
      pernah bersyukur kah saudara ????

      Delete