KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 28 June 2015

KHALID IBRAHIM MEMBERI AMARAN KEPADA AZMIN ALI AGAR SELESAIKAN ISU AIR DAN JIKA TIDAK MAMPU SILA BERUNDUR.



Saya yakin ramai rakyat di Lembah Kelang secara amnya dan Selangor khususnya berasa kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri Selangor dan YAB Dato’ Menteri Besar yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan “ancaman” oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), pemegang saham terbesar dalam dua syarikat konsesi air di Selangor yakni Puncak Niaga Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor untuk membatalkan perjanjian jual beli dengan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) selepas lima kali permohonan oleh Air Selangor untuk melanjutkan tempoh memenuhi syarat perjanjian tersebut.

PNHB juga mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak Kerajaan Negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.

Tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti memandangkan “imuniti” yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan kegagalan berlarutan
Kerajaan Negeri memuktamadkan Perjanjian Utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor.

Walaupun DYMM Sultan Selangor sendiri telah berulang kali mengingatkan jemaah pentadbiran negeri untuk memastikan penyusunan semula industri air dimuktamadkan secepat mungkin tanpa bercanggah dengan semangat dan terma Perjanjian Utama, namun titah Tuanku Sultan seolah-olah tidak diendahkan sama sekali.

Sejak hari pertama mengepalai pentadbiran negeri pada hujung bulan September 2014 hinggalah ke hari ini, YAB Dato’ Menteri Besar bukan sahaja kelihatan sengaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan keempat-empat syarikat konsesi air, malah gagal menggariskan satu pelan tindakan terperinci, lengkap dengan langkah-langkah konkrit untuk menyelesaikan semua isu berkaitan perkhidmatan air.

Akibatnya, saya difahamkan bahawa para pegawai yang selama ini bertungkus-lumus dalam usaha menyempurnakan penyusunan semula industri air Selangor kini seolah-olah hilang punca tanpa hala tuju dan garis panduan yang jelas daripada Dato’ Menteri Besar.

Sebaliknya, apa yang beliau mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalih retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Persekutuan. Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Rakyat juga sedang menanti pendedahan Dato’ Menteri Besar nama syarikat dan mereka yang didakwa oleh Ketua Umum PKR pada September 2014 bakal mendapat laba bernilai jutaan ringgi hasil Perjanjian Utama ini. Rakyat berhak diberi maklumat lengkap siapa yang bakal mendapat manfaat melampau yang melibatkan dana awam.

Berulang kali telah saya tegaskan bahawa kejayaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor merupakan prasyarat utama demi menjamin:

    Bekalan air terawat mencukupi bagi kegunaan isirumah, komersil dan industry
    Perkhidmatan air efisien, bebas gangguan serta pada tarif munasabah dan tidak membebankan rakyat
    Berakhirnya perjanjian konsesi berat sebelah yang nyata hanya memberi keuntungan berlipat ganda kepada pemegang konsesi
    Pemulangan semua aset dan hal-ehwal berkaitan air kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk kuasa dan kawalan mutlak serta rakyat dalam bentuk saham.

Berbanding dengan pentadbiran negeri terdahulu yang beriltizam tinggi dan gigih berusaha menjayakan penyusunan semula industri air dan menyelesaikan segala permasalahan berkaitan air dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan, Dato’ Menteri Besar sekarang nampaknya terlalu fokus dengan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) yang baru sahaja ditubuhkan hasil pengubahsuaian Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI).

Malah, saya dimaklumkan bahawa DEIG sekarang sedang giat mengadakan perbincangan dengan pelbagai syarikat pemaju hartanah swasta untuk menjayakan lima projek perumahan yang keseluruhannya bernilai RM10 billion.

Setelah berulang kali saya menegaskan tiada kompromi dalam proses memuktamadkan penstrukturan semula industri Selangor demi kemaslahatan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dijangka bakal mengalami masalah bekalan air kritikal sekiranya Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) gagal disiapkan menjelang 2017, saya yakin Kerajaan Persekutuan tidak akan teragak-agak menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 khususnya Seksyen 114 sekiranya usaha ini menemui jalan buntu.

Sekiranya Dato’ Menteri Besar sendiri sedar akan had keupayaan peribadi dan mana-mana kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah saya utarakan di dalam Dewan Degeri Selangor sebelum ini. Keikhlasan mendahulukan rakyat akan terpancar jika beliau berundur sekarang supaya Dewan dapat mencari seorang pengganti yang benar-benar layak, berkemampuan dan berkebolehan untuk melaksanakan tanggungjawab berat ini..... TAN SRI KHALID IBRAHIM

10 comments:

  1. Alahai Abg K,

    Dah tak sabar nak jadi MB semula ye...

    Sabarlah.

    Ketum suci dengan kerjasama OK sedang buat perundingan sulit dengan Umno.

    Kalau segalanya berjalan lancar, nanti boleh la naik tahta semula.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuli pegangkat najis, pembodek tegar Pasmacha dikesan

      Delete
  2. Macai pkr tak apa lah. tak mandi tak apa. Dap ajar cara macai pkr tak payah mandi, apek dap dah biasa dia orang pergi kerja tak mandi pun tak apa bila tanya sebab apa tak mandi pagi konon sejuk. Apek dap berak pun guna tisu, macai pkr pun berak guna tisu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apek DAP berak pakai tisu dan macai PKR pun guna tisu ,yang kau pulak selepa sapu dengan tangan kau jilat pula,eeee kotornya macam otak kau juga..

      Delete
  3. Khaldi tak malu ke.budak sekolah pun ada perasaan malu.orang gelandangan pun tahu malu.jagalah maruah sikit,masih tak cukup ke.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuli pegangkat najis, pembodek tegar Pasmacha dikesan

      Delete
  4. Guling TSKI Halal. Guling De Facto Haram

    Kurang setahun lebih selepas keputusan PRU13, Anuar Beraheem dan Gang lilin telah berjaya mengerah kesemua orang2 PKR untuk memilih jijah kipas sebagai MB.

    TSKI yang ketika itu berada di Shah Alam tidak tahu menahu lantas kerusi MB mahu dicabut dari beliau

    Alasan yg diberika TSKI membelakangi parti.

    Dulu pun lepas 2008, TSKI dijualang. Tapi Anuar Berahim tetap mau TSKI sebagai calon MB dlm sekelip mata.

    Dia tunggu sat dekat seminggu sampailah TSKI dilantik.

    Lepas tu PRU 13 cukup haul baru Anuar bagi surat sokongan kepada Bini dia dapat jadi MB.

    Ni semua bukti Anuar dan bini bersubahat menggulingkan TSKI.

    Atas sebab itu Tuhan nak tunjuk bini Anuar tak jadi MB.

    Padan muka. Sorang kena baling selipar. Sorang kena sepak.

    Inilah wajah "kepimpinan liberal-nepotism, pluralism dan despotism". Kepimpinan hasad dengki tamak haloba tikam belakang.

    Ada hati nak cerita pasal keadilan den reformasi konon.


    SELANGOR HAMPIR PASTI TUMBANG KEPADA bn

    Rahsia kekuatan PKR di Kelantan adalah perpaduan di kalangan ahli2 dan penggerak walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat.

    Perpaduan ini hancur luluh apabila TSKI digulingkan oleh geng2 Kajang Move, Gang lilin serta keluarga Segam-Boot.

    Sedangkan TSKI berpengaruh besar di kalangan PKR Selangor serta pengundi2 Selangor.

    Bukan stkt dgulingkan, mereka yang amanah menyokong TSKI juga dibuang, digantung da nada dan dipecat dgn tiada belas kasihan i.e Che Gu Bard

    Sedangkan orang2 yang dikatakan rapat dgn TSKI ini banyak berjasa kepada PKR Selangor.

    Makanya, kalau Selangor jatuh adalah kerana hasil kerja tangan gang2 lilin pimpinan clan segam-boot dan Gang Kajang Move yang berjasa memecah belahkan PKR Selangor.

    Syabas kerana Gang Lilin dah buat kerja untuk musuh.

    Sikap hasad, dengki, tamak, haloba puak2 nepotism pkSahakal menumbanngkan kerajaan Selangor dan menyerahkannya kepada musuh
    Gang2 yang sama ini jugalah yang ke hulu ke hilir bercerita pasal Justice.

    Cakap tak serupa bikin

    TULANG BADAK @ MURATABAKWAVES

    ReplyDelete
  5. Azmin syok nak jadi MB saja. Bukan nak senangkan rakyat. Dia tubuh DEIG supaya nak jadi mcm 1MDB. Bila org politik tubuh syarikat investment tu hati2 lah. Last2.semua wang habis habuk pun tak ada. Rakyat tanggung hutang.

    ReplyDelete
  6. TIDAK MALUKAH KITA MENGATA SESAMA ISLAM SEDANGKAN ORANG LAIN TIDAK SUKA MELIHAT UMAT ISLAM MELAYU BERSATU KERANA APA? KERANA KALAU KITA BERSATU DI BAWAH SATU PAYUNG KITA KUAT.MAKA TIADA PELUANG MERAKA MEMEGANG JAWATAN MENTERI DAN SEBAGAINYA. KITA TIDAK PERLU TABUR WANG UNTUK KEMPEN PILIHANRAYA KERANA KITA BOLEH MENENTUKAN KEMENANGAN DALAM PILIHANRAYA. INILAH HAKIKATNYA. SUDAH TIBA MASANYA KITA BERSATU DIBAWAH SATU PAYUNG KALAU TIDAK SATU PARTI PUN SEKURANG KURANGNYA DENGAN KERJASAMA YANG ERAT UMNO,PAS DAN PKR. KITA YAKIN AKAN MENANG BESAR , PAS KETIKA ITULAH KITA BOLEH BINCANGKAN APA SAJA HUDUD KAH? PEMBANGUNAN KAH? BELEH SAJA DENGAN SYARAT KETIGA-TIGA PARTI MESTI BERJIWA BESAR UNTUK BERSATU. BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH. BUANG SIFAT BALAS DENDAM, TAMAK HALOBA HARTA DAN HASAD, BARULAH BOLEH SELESAI SEMUANYA.

    ReplyDelete
  7. Hahahahaha. Sudahlah Khalid. Nak harapkan kau datang Parlimen Bandar tun razak pon takde. Lagi mau ada hati warning kat azmin. Pooooraaahh!

    ReplyDelete