KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 30 June 2015

BUANG BAYI DEKAT TANGGA MASJID KETIKA JEMAAH SEDANG SOLAT MAGHRIB

Jemaah lelaki yang nampak seorang wanita menghampiri tangga Masjid Sungai Gelugor sebelum tergesa-gesa keluar

GEORGE TOWN:
Seorang bayi yang masih bertali pusat dan berbalut tuala ditinggalkan di tepi tangga Masjid Sungai Gelugor ketika jemaah sedang menunaikan solat Maghrib.

Bayi perempuan itu kemudian ditemui sebaik orang selesai menunaikan solat Maghrib di masjid berkenaan kira-kira jam 8 malam.

Seorang saksi, Mohammad Hafiz Mohammad Zaidi, 26, berkata jemaah lelaki dimaklumkan mengenai bayi itu oleh seorang jemaah wanita yang terdengar bunyi tangisan bayi.

“Selepas solat Maghrib, saya ke tandas dan seorang makcik bertanya kepada saya ada jemaah perempuan solat di bahagian lelaki ke, kerana dengar bunyi tangisan bayi di tangga masjid.

“Sebaik dimaklumkan, kami terus ke bahagian tangga dan mendapati bayi perempuan sedang menangis. Saya terus beritahu imam dan jemaah lain,” katanya.

Mohammad Hafiz berkata seorang daripada jemaah terus mengambil bayi itu dan melihat ada lampin pakai buang serta beberapa helai baju bayi dalam sebuah beg berhampirannya.

“Ada jemaah lelaki yang nampak seorang wanita menghampiri tangga masjid sebelum tergesa-gesa keluar, tapi dia tidak sangka wanita itu meninggalkan bayi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi Bernama, mengesahkan kejadian itu, dan berkata bayi itu dalam keadaan sihat dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Beliau berkata polis akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan
masjid itu untuk siasatan lanjut.

“Saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
.... BERNAMA

8 comments:

  1. Malu Umno dan Pas Kelantan

    Nak buat Masjid pun kena mintak tolong DAL

    Merayu rayu pak lebai dan songkok tinggi mcm Kuching kelaparan

    ReplyDelete
  2. Kawasan G.town mmg menakutkan pun kalau pepagi gi suboh kat mesjid india kkdg pompuan kuaq dr lubang mana ntah t'hoyong hayang bwk botol balik umah diaorg kot....tak taulah kawalan polis camner....kalau kat K.L lorong hj taib ada ler jugak polis pantau walau tak 100% secured tp ok la sikit....area cina mmg bahaya skit byk triad mcm kes bomb tgn kat bukit bintang.....

    ReplyDelete
  3. Tak minum arak pun ada yg mabuk. Hari2 burukan Azmin. Macam ibu tiri. Jgn salah sikit anak tiri...akan dibelasah separuh nyawa. Kesian Azmin. Tak apa Azmin. Kuatkan semangat. DAP + PKR + G18 + 2 ADUN digantung x bertali = PR pasti kuat kembali.

    ReplyDelete
  4. Nih mesti melayu punya kerja...sedap nak sorang sorang...masalah bagi kat org lain...WHAT A DAMN FU**ER!!...SHIT MANNNN..........................

    ReplyDelete
  5. ni mesti kerja macai yg sokong lgbt , pkr dan dap !

    ReplyDelete
  6. Ini mesti kerja org yg buat kerja tu. Dah beranak tahu pulak antar kat masjid.

    ReplyDelete
  7. Baru tahu gelagat melayu ke....sebab tu islam buat melayu supaya lebih baik jaga nafsu kalau tak pasti lg teruk dari anjing yg mrk sering sebut!! Maka islam di perkukuhkan bukan melayu diperkuatkan sebab hanya akan membawa padah kepada bangsa lepas tu agama.

    ReplyDelete