Tuesday, 23 June 2015
HARTAWAN INDONESIA NAFI NAJIB TERLIBAT PEMBELIAN FGV DALAM EAGLE HIGH
Pemilikan saham Eagle High Plantation milik PT Rajawali oleh Felda Global Ventures Holdings (FGV) tidak ada kaitan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata firma Indonesia itu seperti dilapor The Star.
Pengerusi dan juga ketua pegawai eksekutif Rajawali, Tan Sri Peter Sondakh yang rapat dengan Najib juga berkata, urusniaga itu dimulakan FGV dan bukan pihaknya.
"Perniagaan (hasrat FGV membeli Eagle High) dibuat oleh pegawai bank mereka bermula enam minggu lalu. Kami tidak kenal mereka. Bank Malaysia mewakili FGV yang memulakannya," katanya dipetik laporan akhbar harian berbahasa Inggeris itu.
"Saya tidak berjumpa Najib mengenai FGV."
Kumpulan Rajawali memperoleh saham Eagle High pada Disember 2014 dengan kadar harga Rp400.
Enam bulan kemudian, FGV berminat membeli 37% saham dengan harga lebih tinggi, Rp755, sekaligus memberikan keuntungan AS$328 juta (RM1.23 bilion) kepada Sondakh.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), salah satu pemegang saham FGV, membantah pembelian itu dan mahu syarikat perladangan itu menjelaskan punca ia membayar premium yang tinggi bagi saham tidak terkawal di Eagle High.
Namun, Sondakh dalam laporan The Star hari ini menepis dakwaan FGV membayar premium terlalu tinggi sehingga perlu meletakkan "deposit tinggi" menjamin saham itu selamat.
"Sejujurnya kami mencari harga yang lebih tinggi. Ada pihak lain yang turut berminat tapi kami lebih suka dengan tawaran sinergi FGV. FGV ada perniagaan hiliran dan bertapak di 13 buah negara.
"Kami bukan bersedia membeli tetapi mencari sinergi. Saya mahu membina syarikat yang sebahagiannya menjadi rangkaian pembekal global. Jika saya boleh lakukannya dengan syarikat Malaysia, mengapa tidak?" pemilik Rajawali dipetik berkata.
Beliau mendakwa terkejut dengan laporan negatif mengenai cadangan pemilikan yang diumumkan minggu lalu.
"Berdasarkan harga pasaran, bolehkah anda beli kepentingan 30% atau 37%? Tidak boleh," katanya mempertahankan premium yang dicari kumpulan Rajawali bagi cadangan melupuskan blok 37%.
"Untuk membeli ladang ketiga terbesar di negara ini hampir mustahil. Tidak ada sesiapa yang menjual kepentingan begitu besar. Sebab itu kami melihat sinergi ini dan kami adalah pemain jangka masa panjang. Kami mahu berada dalam industri hiliran kerana di situ adanya wang," katanya.
Sondakh juga menafikan dakwaan Rajawali memulakan rundingan menjual beberapa sahamnya di Eagle High kepada syarikat perladangan Malaysia pada hujung tahun apabila ia menanggung satu hak terbitan.
"Jujurnya saya tidak tahu sebarang perjanjian dengan kumpulan perladangan Malaysia berhubung terbitan hak sebelum ini. Bank selalu bercakap tanpa tanggungjawab," katanya dilaporkan berkata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Kah! Kah! Kah! Penyamun bugis menyamun lagi! Habis duit makcik dan pakcik felda! Kah! Kah! Kah!
ReplyDelete