Thursday, 18 June 2015

KERAJAAN PR SELANGOR LEBIH BANYAK BERPOLITIK DARI JAGA KEBAJIKAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT KATA KHALID IBRAHIM



Permainan politik kembali mengatasi tumpuan terhadap memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat, kata bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya beliau melepaskan jawatannya dahulu semata-mata demi faedah rakyat, tetapi malangnya pengunduran beliau tidak meredakan sikap tamak dan sombong ahli politik yang mendakwa mereka memperjuangkan pembaharuan, kesaksamaan dan keadilan.

"Kesudahannya, peletakan jawatan saya ternyata sia-sia sahaja apabila kepercayaan rakyat disalah guna dengan sewenang-wenangnya.

"Ketika saya menjadi menteri besar dahulu, saya dan pasukan saya menghabiskan banyak masa untuk cuba menenangkan kumpulan ahli politik ini, hingga mengorbankan hak serta kepentingan rakyat," kata Khalid dalam satu kenyataan.

Mengenai perkembangan dalam Pakatan Rakyat, yang disiytiharkan DAP sebagai sudah tidak lagi wujud, beliau berkata ketaksuban para pemimpin negeri itu terhadap politik mengakibatkan berlaku perpecahan dalam pakatan pembangkang serta "membelakangkan semakin banyak isu penting berkaitan rakyat".

Khalid berkata para pemimpin Pakatan, yang gemar menggelarkan diri mereka sebagai pejuang rakyat, perlulah mengamalkan kepimpinan melalui teladan serta melayan rakan, sekutu, penyokong dan pihak yang bersimpati dengan mereka dengan penuh rasa hormat dan bermaruah.

"Melakukan campur tangan terhadap isu dalaman sesebuah parti tidak seharusnya dijadikan suatu norma dalam mana-mana gabungan, lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat.

"Tamak, tidak peka dan tidak bermaruah kesemuanya merupakan perencah yang melahirkan perasaan curiga secara mendalam, tidak boleh bekerjasama dan akhirnya membawa perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Perkara paling menyedihkan ialah akhirnya, rakyatlah yang menanggung kerugian paling besar," katanya.

Khalid terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri ketika berlaku krisis kepimpinan di Selangor tahun lepas dan digantikan pesaing politik beliau, Mohamed Azmin Ali.

Krisis itu mencetuskan ketegangan antara PAS dan PKR serta DAP, yang menyokong presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala PAS menentang pendirian menamakan beliau sebagai calon tunggal bagi jawatan menteri besar. – Bernama

18 comments:

  1. Azmin sibuk jaga kebajikan rakyat kelantan.buat banglo untuk mangsa banjir kelantan.kahkahkah.kerajaanPASCHAI kelantan buat apa?azmin nak tekan kerajaan pusat khalid sibuk main politaik dengan PASUG nak buruk kan azmin.khalid lupa rakan subahat untuk jatuhkan azmin pun ada jawatan di selangor kahkahkah.jangan jadi macam kelantan semua benda nak di gadai pada kerajaan pusat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yg nk digadai pada kerajaan pusat? kiranya DAP tu pejuang rakyat lah. nampak sgt ko ni baru berpolitik.

      http://bankami.blogspot.com

      Delete
    2. SIAPA KHALID IBRAHIM NIH. SEORANG ADUN TAK BERPARTI. TUTUP MULUT KAN LEBIH BAIK.

      Delete
  2. Kahkahkah...padan muka rakyat sgor yg undi pakatan huruhara...

    ReplyDelete
  3. kalau macam tu kita ambil semula jadi MB .apmacam Oamak kau .nanti rakyat selangor akan dapat harta karun untuk di bahagikan sesama rakyat selangor,betul ta oamak kau.jom kita cari khalid semula.hidup kahldi

    ReplyDelete
  4. demikianlah bagi golongan yg kufur nikmat ..dijanjikan kepada mereka kepimpinan yg berbuat kerosakan demi kerosakan yg membawa kemudharatan yg lebih besar dari kepimpinan yg telah berlalu..tiada pernah dlm sejarah MB digantikan selain dari berlakunya PRU atau kematian..tiada pernah juga krisis air menjadi rutin setiap tahun...gejala rasuah tetap subur...kezaliman masih berleluasa...syariat islam tidak lebih kuat melainkan dipersenda dan ditekan oleh rakan "tahalufnya" ..banyak kemungkaran yg bukan sahaja dikekalkan malah diperhebatkan ... diadakan juga kemungkaran2 yg tidak pernah diperbuat oleh kepimpinan yg lalu ... selamat menyambut ramadhan

    ReplyDelete
  5. SELAMAT MENYAMBUT DAN MENGERJAKAN IBADAT PUASA DENGAN TENANG.

    MOHON AMPUN DAN MAAF DIATAS SEGALA KESALAHAN.

    SEKIAN, TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
  6. Balasan utk rakyat selangor yg kufur nikmat..
    sentiasa tamak mahu lebih dan lebih lagi konon..
    Rasakan negeri kamu..

    ReplyDelete
  7. Buang sahaja perkataan "RAKYAT" dlm PR tu...
    naik menyampah...semua tindakan pr lebih kpd politik dan diri sendiri sahaja...

    ReplyDelete
  8. PR.. Pakatan Rumahtangga

    ReplyDelete
  9. Bn adalah peneroka Kerajaan Selangor.Kerajaan pkr dap Dan pas Serta Azmin adalah penerus Dan penumpang saja.INI fakta .jgn tak sedar diri.ambil alih Selangor semua dah ada.Kerajaan yg ni tak tahu malu.pilihan raya kalau dun di bubar kau orang semua ada harapan kalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke.pp plak sapa bg cina yerk.kahkahkah

      Delete
  10. Hahahahaha.dah agak dh mesti omakkau laju2 update kata2 pakwe nyer nih..kahkahkah
    kahkahkah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...ini anon 9:25 baru betol2 spesis
      malaun tak sedar diri...

      Delete
  11. Berpecah pakatan. Ini semua bala Dari Allah kerana umat Selangor kerana pernah berketuakan penjenayah liwat sbg ketua.

    ReplyDelete
  12. Kita tengoklah kalau pakwe omak kau ni tidak berpolitaik.kita tengok kalau pru nanti dia nak jadi calon parti mana

    ReplyDelete
  13. Pakatan Rakyat adalah gabungan
    3 parti Pas Pkr Dap...tapi...

    Muktamar Pas sebulat suara bersetuju memutuskan hubungan  dgn Dap

    Rafizi Ramli berkata
    Sekarang kami bercerai

    Lim Guan Eng berkata
    Cec Dap menerima keputusan muktamar pas untuk memutuskan
    hubungan dgn Pas dan Dap

    Ada lagi ke Pakatan Rakyat ni.??
    atau selangor dah tak berkerajaan..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...