Sunday, 21 June 2015
PADAN MUKA!!! .. NAJIB MINTA PENJELASAN PALANIVEL KERANA MENUDUH DIRINYA PENYEBAB KRISIS MIC
Datuk Seri Najib Razak berkata hari ini beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Datuk Seri G Palanivel, selepas presiden MIC itu menyalahkan perdana menteri berhubung krisis yang dihadapi parti itu.
Menulis di akaun Facebook dan Twitter rasmi beliau, Najib dalam posting terbaru pagi ini turut mengingatkan menteri sumber asli dan alam sekitar itu supaya berhenti menyalahkan pihak lain bagi masalah dalaman parti etnik India terbesar Barisan Nasional (BN) itu.
"I'll summon @GPalanivel to explain his reported comments at PWTC. He shd stop blaming others & must abide by the decision of the courts &RoS (Saya akan panggil Palanivel bagi menjelaskan kenyataan beliau di PWTC seperti dilaporkan. Dia perlu berhenti menyalahkan orang lain dan patuh keputusan mahkamah dan Pendaftar Pertubuhan)," tulisnya di akaun Twitter sambil mengetag nama Palanivel.
Posting Najib itu diulang tweet oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga naib presiden Umno, dengan menyatakan: "Saya setuju."
Dalam satu perhimpunan bagi menyatakan sokongan terhadapnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, Palanivel berkata, Najib memihak kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan memberi tekanan kepada MIC untuk menolak pemilihan parti yang diadakan pada 2013.
"BN dan perdana menteri sendiri terlibat dalam memberikan tekanan kepada MIC untuk menolak keputusan pemilihan 2013 yang disahkan dan untuk parti menyebelahi pengkritik," katanya berucap di hadapan ribuan penyokong yang bersorak untuknya.
"Ini adalah cabaran paling besar dihadapi MIC sepanjang 70 tahun sejarahnya. Isunya mudah dan jelas. Ia satu pertempuran antara yang benar dan yang salah. Antara keadilan dan ketidakadilan. Antara ketenteraman dan huru-hara. Antara yang baik dan yang jahat," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Tak ada siapa yg takut sama Najib. Najib sebenarnya yg takut dengan pengundi dan Che Det. Kita lihat PRU 14 nanti dapatkah Najib kekalkan undi UMNO.
ReplyDeleteBUKAN SAHAJA NAJIB.... TUANG PRESIDENG PON BELUM TENTU MENANG DI TGGANU.
ReplyDeletePRU 14 NANTI KITA LIHAT UMNO ( PAS ) VS PR.
Lawak dikesan..... Rba meroyan macam dalam muktamar kata soros malaysia TGHH kalah teruk sebaliknya calon pasta,dap,pkr bungkus
DeleteApapun yg lebih penting, Selangor TIDAK lama lagi akan dpt semula MB terbilangnya iaitu TSKI. Berkat sokongan padu rakyat, UMNO, PAS, Omakkau Dan Faekah...TSKI akan kembali....takbiir..idup melay!!
ReplyDeleteAyyo yo yo anne.
ReplyDeleteItu Najib apa pasal kasi marah kalu.
Itu Najib mana ada salah belakang dia tak tau apa-apa la anne.
Sana depan BN sudah rakyat kasi tolak la anne.
Belakang kasi minta tolong sama Parti Suci juga la anne.
Parti Suci + MIC + UMNO ini macam ada baik la anne.
Sama-sama gila baru dewa ada suka.
Nanti malam kasi tanni San Miguel la anne.
Amma appa yellek.
Sekian dulu la anne.
Kita tunggu bila parti suci nak sentuh ttg kehilangan wang 1MDB. Itu wang rakyat.
ReplyDeleteHahaha.....
ReplyDeleteIndia dah benci mic begitu juga cina benci mca dan melayu benci umno.... bn akan kalah teruk pru 14 nanti. Rakyat sudah muak dgn bn. Walau pun pr skrg dlm dilema namun rakyat masih mengharapkan pr utk ubah dan rakyat sedang tunggu dan lihat pru 14 masih jauh lg apa2 pun boleh belaku dan berubah. Rakyat skrg hanya akan berfikir asal bukan bn sebab tiada perubahan hanya kesengsaraan buat rakyat malaysia.
Bn kalah teruk dah dgr sejak 10, 20 tahun lps...tak kalah-kalah jugak kahkahkah..
DeleteKerajaan firaun kekal beratus tahun sebelum tumbang,bukan lawan umno tp lawan nabi..ngeh3
ReplyDeleteumno akan Lawan nabi dari pkr dari istana segambut itu
DeletePergi MAMPOS kan lebih baik!
ReplyDeleteBILA BARISAN NANAH MAMPOS, Sudah tentu Rakyat Malaysia Akan Dapat Merayakan "HARI KEMERDEKAAN RAKYAT MALAYSIA!"
salam kunjung
ReplyDeletesalam juga
ReplyDelete