Monday 15 June 2015

WARGA THAILAND MENYERANG SEORANG PEGAWAI POLIS SEHINGGA PATAH TANGAN BERJAYA DICEKUP.



Polis menahan seorang lelaki warga Thailand yang dipercayai terlibat dalam kejadian seorang pegawai polis cedera dan patah tangan kiri selepas diserang suspek di Kampung Pertama, di sini semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, pegawai polis berusia 27 tahun dan sedang bercuti di sini, berjalan ke arah keretanya selepas makan di sebuah restoran di kawasan berkenaan.

"Mangsa yang bertugas di Kuala Lumpur itu tiba-tiba didatangi seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang kemudiannya menyerang pegawai polis itu dengan mengeluarkan sebilah pisau pemotong daging.

"Pegawai polis itu yang terkejut dengan kejadian itu bertindak melarikan diri sebelum terjatuh dan mengalami beberapa kecederaan termasuk patah tangan kirinya," katanya di sini.

Katanya, sepasukan polis yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan berjaya menemui suspek yang dalam keadaan mencurigakan sedang membuka sebuah pintu kedai gunting rambut di kawasan berkenaan.    

Jurucakap itu berkata, suspek dipercayai cuba bersembunyi di dalam kedai berkenaan, bagaimanapun tindakan pantas polis bersama orang ramai di situ telah berjaya menahan lelaki berkenaan dan merampas sebilah pisau pemotong daging.

Katanya mangsa yang cedera dalam kejadian itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.

"Siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali lelaki yang menyerangnya dan suspek juga didapati tidak mempunyai pasport atau sebarang dokumen perjalanan diri," katanya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kes itu dan berkata motif kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat menurut 506 Kanun Keseksaan dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. 

4 comments:

  1. Warga Thailand tu penyokong Pasma. Menjadi gila lepas makan bihon sop lebih MSG. Adalah ini saudara addin, greenboc Dan malaysiawavea. Adalah mereka ini tidak boleh menerima kekalahan

    ReplyDelete
  2. Warga thai tersebut d syaki penagih...penagih najis dap...akibat kitagihan melampau boleh hilang akal...spt cai2 dap yg lain ari2 meroyan gila vavi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tantah sedara omak kau tak

      Delete
  3. Benda2 macam ni bukan susah nak settle
    Panggil aje ketua ulamak
    tak ada masalah

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...