Thursday, 18 June 2015

RUPA-RUPANYA DAP TIDAK BERANI NAK DESAK AZMIN BUBARKAN DUN SELANGOR.



Ingatkah lagi kata-kata hebat keramat Ketua Wanita KeADILan Pusat yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin betapa jika DUN Selangor dibubarkan UMNO akan dapat rtelor .. dapat DUN kosong .. PR akan sapu bersih semua 56 DUN Selangor ... masih ingat?????

Realitinya???? ... malas nak ulas nanti dituduh derhaka pula.

PKR dan DAP sepakat untuk tidak membubarkan DUN Selangor untuk mengelakkan pilihan raya negeri dijalankan ekoran perpecahan Pakatan Rakyat.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, pilihan raya negeri tidak perlu dilakukan kerana tiga parti dalam Pakatan sebelum ini berjaya menguasai Selangor dengan majoriti besar.

Pilihan raya negeri yang baru juga akan membazirkan dana, katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen hari ini.

“...lebih baik jika diteruskan kerjasama politik dalam bentuk kerajaan gabungan di peringkat negeri,” tambah Rafizi.

Beliau berkata, parti itu mengambil kira kritikan yang timbul apabila pilihan raya kecil DUN Kajang dijalankan pada tahun lalu.

“Di Selango, tiada apa yang berubah dalam soal kerjasama tiga parti dalam pentadbiran negeri,” katanya.

Katanya, kerajaan Selangor juga tidak boleh dibandingkan dengan kerajaan persekutuan, yang dikuasai BN dengan hanya 48 peratus undi popular.

“BN hanya meraih 48 peratus undi popular dalam pilihan raya umum lalu, kami pula (Pakatan pada masa itu) mendapat 52 peratus undi,” kata Rafizi.

Sementara itu, pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata langkah untuk membubarkan DUN adalah pilihan terakhir yang akan difikirkannya.

Katanya, DAP akan bertemu Menteri Besar, Azmin Ali dalam tempoh secepat mungkin untuk membincangkan pilihan yang ada bagi mengekalkan kerajaan Selangor.

"Pembubaran DUN ini adalah perkara yang kita cuba elak,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

MP Shah Alam, Khalid Samad pula berharap partinya tidak akan menyokong sebarang usul untuk membubarkan DUN.

Katanya, ketiga-tiga parti dalam kerajaan Selangor kini perlu meningkatkan usaha untuk memberi khidmat kepada rakyatnya.

8 comments:

  1. Kalau BUBAR DUN , banyak ROHINGYA jadi Melayu

    Habis lah kalah

    Apa apa yang sahih dan betul pun boleh kalah bila ROHINGYA jadi Melayu

    Mana ada hantu bulan puasa ini

    Tapi BON BON boleh buat , tak de hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bulan puasa pun suka fitnah ye?

      Delete
  2. KALAU PR BUBAR....HARAPAN KHALID AKAN CERAH KEMBALI. TIGA EXCO PAS BERSIAP SEDIA UTK ANGKAT KHALID JADI MB. OMAKKAU AKAN BERNAFAS LEGA BILA AZMIN TUMBANG.

    ReplyDelete
  3. DAMACAI PAS parti suci akan menang banyak kerusi DUN dengan bantuan Zuhdi SB UMNO.

    ReplyDelete
  4. Saya suka...saya suka.. klu bubar dun selangor umno pasti menang besar.

    ReplyDelete
  5. Hahaha.....
    Selangor hanya akan dibubarkan dlm pru14 akan dtg. Dap bukan bodoh pkr juga bukan bangang apalg pas tidak akan bertindak tanpa memikirkan kepentingan rakyat yg harus diutamakan. Malah kalau benar nak berpecah biar masa pru 14 nanti, biar rakyat buat pilihan biar rakyat tentukan tetapi bukan skrg yg menyusahkan rakyat malah kehidupan rakyat dan ekonomi malaysia masih belum stabil buat masa ini.

    ReplyDelete
  6. Bila pakatan rakyat lenyap maka sistem 2 parti pun tiada.sekarang ini ada sistem 4 parti, masing2 jadi pembangkang.umngok be end, pasikulutut, dapig dan parti kipas rosak.

    ReplyDelete
  7. Rafizi sebut pasal membazir dana? Time Langkah Kajang ari tu apa cerita? Tak membazir la pulak namanya tu?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...