KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 17 June 2015

AZMIN KINI DIHIMPIT TEKANAN DAN BERADA DALAM SITUASI SERBA SALAH.


Azmin Ali kini bolehlah diibaratkan seperti  DITELAN MATI EMAK, DILUAH MATI BAPA".
Kemelut perpecahan Pakatan Rakyat (PR) bakal memberi impak besar kepada Selangor, dan exco PAS di negeri tersebut kini berdepan dipecat, manakala Mohamed Azmin Ali ketika ini dihimpit tekanan.

Walaupun tiada keputusan diumum selepas mesyuarat biro politik PKR semalam, Difahamkan perbincangan itu lebih menjurus kepada memilih untuk bersama-sama DAP berbanding PAS.

Namun, mesyuarat yang dianggap penting itu tidak dihadiri Azmin, yang berada di Kelantan atas urusan kerja walaupun PKR sudah memaklumkan kepadanya mengenai mesyuarat itu.

Beberapa pertimbangan sedang diambil kira sebelum PKR mengeluarkan sebarang pendirian berkenaan kemelut itu, antara situasi tersebut kemungkinan besar adalah exco PAS Selangor bakal dipecat atau disuruh letak jawatan sukarela.

Dalam situasi ini, Azmin berada dalam keadaan serba salah membuat keputusan kerana beliau berjaya menjadi menteri besar Selangor selepas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertindak membantah keputusan DAP dan PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan itu.

"Belum ada kenyataan daripada Azmin, rundingan mungkin sedang berjalan.

"Dalam keadaan sekarang, Azmin terhimpit dan pilihan yang bakal dibuat akan memberi kesan kepada parti dan juga kerajaan yang diperintahnya ketika ini," kata sumber itu.

Keadaan akan memaksa Azmin berbuat demikian (pecat Exco PAS) kerana DAP pastinya akan beri tekanan kepadanya mengambil langkah sedemikian.

Walaupun DAP tidak menyatakan secara terbuka kerana masih menunggu keputusan PKR, situasi itu dijangka bakal berlaku memandangkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sudah meminta ahli PAS yang memegang jawatan dalam pentadbirannya melepaskan jawatan.

Situasi itu menyebabkan Azmin dihimpit tekanan, jika kekal bersama DAP maka beliau perlu memecat exco PAS tersebut.

Lebih-lebih lagi sikap ahli PAS yang berdegil tidak mahu melepaskan jawatan seperti berlaku di Pulau Pinang bakal menambah kesukaran kepada Azmin berbuat demikian, malah disebabkan perkara ini juga, DAP sudah memberi teguran awal mengatakan terpulang kepada menteri besar Selangor bagaimana mahu membentuk kerajaan negeri dengan parti sekular itu.

Membentuk kerajaan bersama DAP bukan sesuatu yang mudah disebabkan sumber mendedahkan pihak Istana mungkin akan campur tangan dalam kemelut yang sedang berjalan ini.

Difahamkan, pihak istana sedang memerhati secara dekat perkembangan politik di Selangor.

Campur tangan mungkin berlaku sekali lagi sekiranya kerajaan negeri yang dibentuk hanya membabitkan PKR dan DAP sahaja, menyebabkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melayu tidak lagi majoriti dalam pentadbiran negeri sebagaimana dikehendaki istana.

Jika PKR dan DAP bekerjasama, bermakna Adun Melayu hanya 10 orang berbanding Adun bukan Melayu sebanyak 18 orang (3 Adun PKR bukan Melayu, 15 Adun DAP bukan Melayu).

Perkara itu akan menjadi pertimbangan pihak istana sekiranya PKR memilih bersama DAP dan bukannya bersama PAS di Selangor.

Memecat exco PAS pula memerlukan kelulusan Sultan Selangor kerana pembentukan kabinet negeri adalah atas perkenan baginda.

Jika Azmin tidak melakukan sebagaimana dituntut DAP, daripada satu aspek, kestabilan kerajaan Selangor sudah tidak lagi berjalan.

Oleh yang demikian, saranan para pemerhati politik dan pakar undang-undang, rata-rata bersetuju mengenai pilihan raya negeri adalah jalan penyelesaian terbaik mendapatkan pengakhiran kepada kemelut yang melanda antara PAS dan DAP, serta PKR.

8 comments:

  1. Omakkau je ganti exco pas. Omakkau kan baik sangat dgn hj hadi.

    ReplyDelete
  2. Azmin terhutang budi dgn Hadi krn mencalonkan namanya jd mb.

    Azmin jgn buat keputusan bodoh mcm pas buat usul abudoh dlm muktamar.

    ReplyDelete
  3. Hahaha.......
    Kerajaan selangor tak henti2 dgn masalah kemelut party bagaimana rakyat selangor tidak bengang dan memungkinkan pru akan dtg selangor beralih arah .
    Kalau pr tidak sehaluan sejak pemergian am pas dan anwar yg dipenjarakan , ini membuktikan tanpa anwar pr akan berpecah jadi pentingnya anwar.

    ReplyDelete
  4. Ah suma bodoh.......dari mkn babi dgn dap..baik mkn kambing dgn pas.....ayuh kita dokong hj hadi smpi ke syurga......hehehe. ...

    Sekian terima kasih
    umno dulu kini dan selamanya. ...

    ReplyDelete
  5. Masaalah sebenar Pakatan ialah DAP nak PAS tukar asas perjuangan Islam kepada secular macam UMNO dan Keadilan. Kalau itu yang di capai takde bezanya Pakatan atau Barisan yang memerintah kerana semua politik secular membuncitkan perut. Pas penting untuk perjuangan sinar Islam dalam pemerintahan Kerajaan Malaysia. Nak harapkan UMNo takde la. Mempergunakan Hudud sebagai senjata berpolituk. Kalau depa nak dah lama Hudud berjalan. Jadi cuba la fikr sendiri. Penentang Islam di akhir zaman dah pasti kaum Kafir dan kaum Munafik. Hakikat sebenar yang di tentang ialah perjuangan Pas bukan sangat Haji Hadi. Hangpa fikir la sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di akhir zaman..kamu umat islam tak ubah spt buih di lautan...
      bersedialah utk kehancuran kamu umat islam...ini nabi kamu yg kata..

      Delete
  6. kemelut politik pakatan rakyat ada pengajaran penting...impak nombor...bilangan...nisbah...dlm percaturan kuasa politik... Nisbah keramat 2/3 majoriti boleh ubah landskap politik...hari ini aku sebantal dgn kau...esok-esok tak boleh janji... demi bulan & bintang, sedarlah penghijrahan aku boleh meruntuh empire kau...maka tumbanglah wahai rakan seperjuanganku...tapi spesies melayu kebanyakannya alergik dgn ilmu matematik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, itulah orang Melayu tak mau nak faham. Cuba2lah belajar cari benda tersembunyi dalam sekeping gambar.

      Delete